Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Mar 14, 2024

Epitome Siti Nurhaliza - Tak sangka dapat jugak tengok Tokti depan mata

 


Bukan senang nak dapat tengok Konsert Siti Nurhaliza tahun ni . saya antara yang berjaya battle masa beli tiket Tokti. Teringat  bulan december lepas pukul 2pm dah duduk depan laptop masa tu dekat pejabat line sangat slow, dari pukul 2 sampai pukul 4pm saya tunggu giliran untuk masuk dan berjaya masuk masa tu nak ambik tiket bronze jer sebab murahkan . Tapi peminat Siti Nurhaliza desup habiskan semua , masa tu tinggal Gold sahaja . Nak tak nak berjaya dapat 2 tiket dengan banyak kali payment sangkut dekat atome, last2 guna kredit card baru berjaya . 

Hari yang ditunggu pun tiba pada 9 Mac 2024 . saya pergi axiata sorang sahaja naik LRT sebab adik tak dapat join , satu tiket saya jual. Pukul 6.45 saya dah sampai , lepas tu terus pergi solat maghrib di Surau LRT Bukit Jalil. Pukul 7.30 macam tu baru gerak ke Axiata Arena . Masa tu tengok ramai peminat Tokti ada yang bawak keluarga, pasangan dan kawan-kawan . Scan sahaja code dekat tiket alhamdulilah lepas masuk terus beli air dulu sebelum masuk hall . Nak beratur beli air mineral yang RM6 tu pun lama ya beratur, ramai sangat orang . Lepas tu saya dapat cari section saya 306 dan seat B nombor ikut jer dekat tiket . Rupenya seat saya betul- betul depan sekali dekat dengan tiang  . Orang sebelah ada tanya nak tukar dengan kawan ke adik die yg seat tengah atas sikit so nak tengok stage oklah dari seat bawah tu . Saya pun ok jerlah tukar lebih selesa lah seat tu dapat tengok jelas Siti Nurhaliza kat bawah tu .


Bermula lah konsert epitome Siti Nurhaliza, lebih 10 ribu orang menjerit dan bergema Axiata Arena . Tokti yang pakai baju warna biru tu dari jauh dah nampak terang menerang . Intro dengan lagu Lebih Indah (Di sekelilingmu ada dinding dinding ....) . Epitome Saya Siti Nurhaliza ni peminat dapat tengok perjalanan karier Siti sepanjang tempoh 28 tahun . Siti bawakkan 36 lagu termasuk medley sepanjang konsert yang berlangsung 3 jam . 


Siti Nurhaliza juga menunjukkan solidariti terhadapat rakyat Palestin dengan menyanyikan lagu Oda bumi anbia dan lagu kegemaran saya Salju kasihnya . Busana gaun Tokti semuanya cantik . Lagu paling susah dari Tokti Kurniaan dalam samaran menjadi pilihan buat peminat . dasyat lagu ni rasa Siti Nurhaliza yang boleh bawakan lagu tu perfect sangat. 



Artis undangan yang tidak disangka , Judika tampil sebagai artis undangan menyanyi lagu Duet . Bermula dengan Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisahku Inginkan . Judika belanja satu lagu untuk kami Mama Papa Larang. Untuk slot terakhir, syamel pun ada sebagai artis undangan menyanyi dengan Siti lagu Kalau berkasih .


Lagu tradisional mestilah ada, Lagu cindai, joget senyum memikat , nirmala, mahligai permata dan kurik kundi . Tak sangka umur Siti Nurhaliza yang dah masuk 45 tahun, masih bertenaga dan suara power . Bagi yang tak dapat berebut tiket haritu jangan risau Siti dan umumkan akan buat konsert akan datang pada bulan Ogos . 

Jan 24, 2024

Teracun beli Kayman Blumarine Hydrating Ampoule

 



Siapa tak kenal Nisha Izzati , dari dulu saya tengok video review skincare atau makeup Nisha , best sangat review dia sebab kita ni tak lah pandai sangat nak jaga muka ni, tak sangka dia Comeback. Nisha review dekat Youtube yang dia dah guna sampai 4 botol Kayman Blumarine Ampoule dan kesan dia sangat sangat bagus. Oleh itu saya pun beli dan dah guna for this week . Kayman HQ sangat pantas ya delivered tak sampai 2 hari barang sampai dekat rumah . Harga asal Blumarine Ampoule RM75 tapi saya dapat harga promotion RM63 terus grab.

Kenapa perlu beli Kayman Bluemarine Ampoule

  • 1st gredient adalah Deep sea water  (air laut dalam sebagai base)
  • Mengandungi 3 jenis hyaluronic acid yang membuatkan kulit rasa hydration
  • Mengandungi 7 Jenis seaweed Extract
  • Boost hydration , minimize pores  dan control sebum
  • Tak melekit langsung , bila pakai macam letak air laut dekat muka
  • Sesuai untuk sensitive skin, oil dan dry skin (suit  all skin types)
  • Improve skin texture
  • mengurangkan jerawat dan jeragat kulit

Full Ingredient :
Sea Water, Methylpropanediol, Betaine, Water, Hydroxyethyl Urea, 1,2-Hexanediol, Succinic Acid, Pentylene Glycol, Sodium Hydroxide, Panthenol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Xanthan Gum, Adenosine, Allantoin, Hyaluronic Acid, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Tocopherol, Hydrolyzed Collagen, Propylene Glycol, Chondrus Crispus Extract, Codium Tomentosum Extract, Enteromorpha Compressa Extract, Macrocystis Pyrifera (Kelp) Extract, Ecklonia Cava Extract, Gelidium Cartilagineum Extract, Laminaria Japonica Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Pearl Extract

Free Of: Parabens, Mineral Oil, Phthalates, Drying Alcohol, Synthetic Fragrances & Dyes.

Jom cantik sebelum raya dan layari Kayman Beauty website untuk more details .

Jan 20, 2024

Kolam Mandi di Kampung Cegar Bidor, Perak Review

 


Hi semua,

Tak sangka dekat kampung pun ada kolam mandi, bukan satu kolam tapi ada 5 kolam. Ni nak kabor dekat orang-orang Perak yang mana tak tahu di Kampung Cegar Bidor terdapat kolam mandi untuk semua RM12 untuk dewasa dan kanak-kanak RM7. Dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang setiap hari . Nak sampai ke sini waze sahaja Kolam Mandi Kg Cegar, tak jauh pun dari pekan Bidor. 


Terdapat 5 kolam mandi , 3 kolam yang open dan 2 yang tertutup (ada bumbung) . Kedalaman setiap kolam berbeza beza,2 kolam open sesuai untuk kanak-kanak dan pastikan anda melihat anak-anak kecil semasa bermain air. Makanan dibenarkan masuk tetapi bayaran RM2 per head. Pendapat saya sebelum datang dah sesiap makan di luar kerana makanan yang dijual hanya makanan ringan . Sewa pelampung juga ada untuk kanak-kanak average dalam RM10 sehingga RM15. Surau dan toilet juga disediakan dan sangat selesa dan bersih untuk penghujung .


Air kolam yang berbumbung sangat sejuk berbanding yang open . Kolam ini sesuai untuk dewasa untuk berenang, sebab tak panas dan tak ramai berbanding di luar . Homestay juga disediakan untuk bermalam cuma tak pasti harga penginapan . Yang nak tinggal di homestay korang bolehlah hubungi Admin (016-553 5079).






Jan 19, 2024

Japanese Grill di Yakiniku Kuro Review

 


Hi semua, 

Minggu lepas saya dapat menikmati Daging Grill di Yakiniku Kuro di IOI City Mall 2  berdekatan dengan Cinema GSC IOI 2 , Level 3 . Selain IOI City Mall terdapat branch baru dibuka di TRX Exhange dan juga One Utama . Siapa peminat daging grill anda semua wajib cuba ya , sumpah sedap sangat-sangat . Banyak pilihan daging  yang boleh korang pilih, saya ambil Prime Angus Combo (Harami & Rosu Set Meal (200gram)) yang berharga RM66.90 . Set ni anda akan dapat nasi , kimchi or salad (boleh pilih) , miso soup dan dipping sauce. Daging anda boleh pilih nak marinate atau not marinate tapi baik korang pilih marinate lagi sedap! 

Cara nak order staff akan beri QR Code di atas meja dan scan di telefon untuk add cart menu yang korang pilih . Lepas tu submit order , bayar lepas habis makan . Paling murah korang boleh dapat set meal berharga RM34.90 untuk 100 gram . Kalau ada duit lebih boleh cuba  Japanese atau Australian Wagyu. Bagi yang single datang seorang ada disediakan seat yang sesuai, tak bawak kawan pun boleh enjoy. Saya beri 5/5 star untuk rasa dan dekorasi restauran macam dekat Japan . Nak lebih lanjut boleh layari https://www.yakinikukuro.com/


Dec 14, 2023

Review Drama W : Two Worlds versi Malaysia


 

 Hi semua,

W: Two World versi Malaysia telah ditayangkan di Platform Viu bermula 30 November 2023 . Saya dah tengok drama ini di Viu sehingga episod 5 dan drama ini masih on going setiap hari Khamis menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisya sebagai watak utama .

Mesti ramai yang dah tengok drama original ini versi Korea kan jadi jalan cerita setakat ini saya lihat story line sama dengan versi korea mengikut kesesuai drama Melayu . Untuk versi drama melayu saya bagi 5 star dari segi editing dan visual memang tak sangka kita boleh buat drama setanding Korea. Lakonan Hun Haqeem sebagai Aliff setakat ni ok hensem lah walaupun teringat Lee Jong Suk. Daiyan Trisya  belum dapat rasa feel lagi dan  watak dia kelam kabut sebagai Izara.

Cuma pemakaian baju Hun ada yang tak sesuai dengan cuaca Malaysia, kalau Hun pakai baju kemeja pun dah ok.Pelakon tambahan seperti Faizal Hussein, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman juga ada di W: Two Worlds. Elizabeth Tan sebagai watak Hana memang sesuai dalam drama ni seorang yang independent woman dan selalu ada bila Aliff berhadapan dengan masalah . Amierul Aiman sebagai watak Ghaz lain sikit untuk versi Malaysia ni , bodyguard yang agak tegas dan bitter.

Sinopsis

Mengisahkan Izara adalah Doktor muda yang tiba-tiba sahaja muncul dalam komik webtoon popular yang dilukis oleh bapanya . Izara menyelamatkan Aliff  dari dibunuh , Aliff Hadi adalah watak utama yang dicipta oleh bapa Izara mencari identiti pembunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dia dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

Jun 17, 2023

Review Campsite di Riveside Camp Gopeng


vlog camping di Riverside camp Gopeng

Apa yang ada di Riverside Camp Gopeng

  • Kemudahan yang disediakan surau dan tandas /ruang mandi.
  • singki untuk basuh pinggan dan mangkuk
  • Tempat letak kereta disediakan dekat dengan campsite.
  • Lokasi yang sesesuai untuk camping berdekatan dengan sungai.
  • Ada aktiviti yang disediakan seperti water rafting, river tubing, cave exploration dan macam2 lagi.
  • Bayaran yang berpatutan RM20/per pax untuk lebih dari 2 pax dan Free untuk kanak-kanak yang berumur 0 sehingga 5 tahun. Selain itu ada harga mengikut Lot dari RM180 sehingga RM250 mengikut bilangan orang.
  • Staff berada di tapak perkhemahan dan bersedia membantu selama 24 jam.
  • Phone coverage ok tiada masalah
  • Nak tahu lebih lanjut layari - > Radak Adventure



Tapak berkonsep bebas siapa yang datang dahulu akan dapat tempat . Kalau datang dalam group besar sila lah datang awal atau datang semua sekali dalam satu waktu untuk susun tempat yang bersesuai . Nanti terpisah dengan ahli keluarga jadi tak best . Tapah khemah muat untuk 100 orang dalam satu masa jadi sangat besar kawasan Riverside Camp ni. Untuk mencari Riverside ni sangat senang tak sesat sebab admin akan hantar gambar panduan lokasi tempat atau waze Dataran Sungai Pahang. 

Untuk tempahan sesuai seminggu awal lah , check in pada pukul 1 sehingga 9pm dan check out pada pukul 12pm.

Jun 2, 2023

Moh Cuba Opah Merry Cafe di Ipoh mengimbau Vibes Lama



Masuk ajer kome di Cafe Opah Merry rasa vibes lama dah mula lah mengimbau zaman kanak-kanak memang  kenalah dengan namanya . Salah satu cafe di Ipoh yang menyediakan makanan tradisional dan sajian kampung. Saya dan rakan pesan Nasi putih dan ayam kicap , lempeng kelapa bersama sambal, cekodok dan tidak lupa kopi O . Lepas tu kami order dessert ada disediakan Croffle dan puding caramel. Penyediaan pinggan mangkuk juga sangat klasik ya baru lah vibe Opah gitu.


Rasa makanan ok kenalah dengan tekak kami . Air yang disediakan penuh ya satu plastic tu kalau jenis minum sikit baik kongsi sebab kami pun tak sangka kuantiti dia banyak . Dessert dari Opah Merry juga sangat sedap dan tak muak. Untuk penggemar manis anda boleh ambil Croffle perisa coklat yang tak suka manis boleh ambil perisa matcha rasa plain sikit.  Dekorasi saya bagi A+++ memang menggamit memori dan kampung style. Jangan risau walaupun stail zaman dulu Opah Merry ada aircond ya taklah kepanasan. Overall Opah Merry makanan yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia !


Lokasi Opah Merry bersebelahan Pejabat Pos Taman Ipoh dan buka pada 10 pagi sehingga 8 malam . Hanya selasa sahaja tutup . Dah sampai Ipoh Perak singgah le ya .








May 21, 2023

Harga menginap di Gopeng Glamping Park

Salam semua

Siapa teringin nak tidur di dalam khemah besar dan nak buat aktiviti outdoor? ha saya recommend Gopeng Glamping Park di Gopeng Perak . Macam-macam aktiviti disediakan oleh pihak Gopeng Glamping Park antaranya berbasikal, ATV, water rafting, cave explore dan macam-macam lagi . Best kan jadi tak bosan tau dekat sini . Malam minggu ada Fire show  dan BBQ disediakan termasuk dalam pakej. Gopeng Glamping ni perlu book cepat jangan last minute tau sebab asyik penuh jer terutama hari minggu. Nak book boleh whatsapp sahaja di nombor admin 6013-240 8857 . Pakej disediakan termasuk katil, makan (4x), fire show dan live band (hari sabtu). Makanan disediakan secara buffet dan sedap.


Weekend package 




vlog dari kami berempat . Share Like & Subscribe

Bestkan bila lagi nak buat aktiviti macam ni hanya di Gopeng Glamping Park 
Nak lebih lanjut layari website Gopeng Glamping Park


May 20, 2023

Cantiknya Hotel Casa 33 Hatyai


Hi semua, 

Rasa lamanya tak post bercuti ni. Tahun lepas pergi Turkey pun tak sempat nak share dekat sini. Tapi kali ini saya nak share short trip saya pergi Hatyai sebelum puasa, bulan February 2023. Saya dah jejak Hatyai ni buat kali ketiga . First trip pergi rombongan naik bas , second trip pergi sendiri naik kereta api  (Hatyai naik train). Trip untuk kali ini saya pergi dengan kawan naik kereta sampai ke Hatyai . Kalau naik kereta ni best nya boleh shopping barang banyak dan sangat senang rupanya bawak kereta ke Hatyai. 

Kami menginap 2 hotel untuk 3 hari 2 malam . Hotel pertama adalah Casa 33 Hatyai dan seterusnya Siam Mansion Hotel . Sangat-sangat recommend untuk menginap di 2 hotel ini . Kami book di Agoda Hotel Casa dapat harga RM246 per night untuk Twin Room dan RM232 untuk King Room . Hotel Casa servis terbaik dan kawasan Hotel sangat cantik boleh OOTD . Masa datang jer terus ada staff akan layan dan disediakan welcoming drink. Hotel juga berdekatan dengan 7E, almaklum lah kalau lapar boleh cari makan. 



Jangan lupa bawak baju renang disediakan kolam renang untuk mandi. Bagi yang  membawa kereta parking ada disediakan tetapi lebih senang park di luar Hotel sebab limited nak park di dalam Hotel. Kami 5 orang ambil 2 bilik , King Room dan Twin room, ada caj ya bagi lebihan pax di dalam satu bilik dan mereka check passport setiap orang yang menginap . Tuala, seterika (iron), hair dryer dan travel adapter disediakan juga. Ada cafe juga di dalam hotel ini boleh beli kopi dan teh . Sesiapa yang nak berkunjung ke Hatyai bolehlah menginap cepat2 book selalu full dan pakai baju cantik-cantik tangkap gambar ok. Yang tangkap gambar kami ni staff Casa tau . cantik sangat!


Video Tiktok -  Casa 33 Hatyai

Jun 11, 2022

She Was Pretty Malaysia di platform Viu

 


Penuh ya video teaser dekat Tiktok sekarang She Was Pretty versi Malaysia bakal ditayangkan di Viu. Pelakon Utama untuk versi Malaysia diterajui oleh Diana Danielle ,Aiman Hakim dan Alvin Chong . Ramai yang excited untuk versi Malaysia ni mana taknya drama korea memang best la pelakon Park Seo Joon dan Hwang Jung-eum. Rating pulak tinggi.  Mesti akan buat perbandingan pelakon dan jalan cerita . 

Sinopsis She Was Pretty

Hanif dan Nadia adalah kawan zaman kanak-kanak dan akan bertemu semula selepas 15 tahun tidak berjumpa. Mereka buat keputusan untuk berjumpa tetapi Hanif tidak mengenali Nadia kerana wajah Nadia telah berubah dan tidak secantik masa zaman kanak-kanak. Nadia meminta kawan nya untuk menyamar sebagai diri dia. Adakah Nadia akan reveal sebagai diri dia yang sebenar ? Akan ada konflik percintaan dan komedi romantis , Jom menonton di platform Viu She Was Pretty.

Jun 9, 2022

Nifayyi Warung dan Kafe - Best Warung di Ipoh

 

Tak tau nak cakap macam mana , Sedap nya makanan dekat Nifayyi cafe ni . Saya ni tak pernah menipu kalau bab makan. Kalau saya review tu sedap confirm sedap . Patutlah ramai orang dekat cafe tu , saya dan kawan-kawan dah siap booking 3 hari sebelum . Kalau tak mau lah tunggu lama dekat luar. Nifayyi warung dan cafe dibuka setiap hari pukul 12 tengah hari sehingga 11.30 pm . Bukan jer makan jer sedap deko dia sangat cantik dan tenang. so korang jangan lupa OOTD dekat cafe ni .



Saya tengok jer menu banyak betul sampai tak tahu nak pilih yang mana. Saya nak makan western dan pilih Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio (spicy) . Portion die besar jadi sangat berbaloi dengan harga. Korang boleh jer pergi dekat website die nak tengok menu makanan klik sini .Service ok tip top sebab makanan dapat cepat dan yang paling utama toilet bersih. Surau pun ada disediakan tau.




Macam biasa dah sampai Ipoh jangan lupa ya singgah. Book dulu sesiap , whatsapp jer admin di 010-3732368 . Ha ni ada video dekat Tiktok - https://vt.tiktok.com/ZSdGgcGM5/?k=1

Lokasi :

No. 77, Jalan Kamaruddin Isa,

Taman Fair Park, 31400

Ipoh, Perak

Nov 28, 2020

REVIEW MOVIE THE CALL DI NETFLIX, DON'T CHANGE THE PAST

 


Movie ini baru ditayangkan di Netflix, tapi dah menjadi perbualan hangat dekat Twitter.
Dan tak sangka Filem penuh dengan debaran dan jalan cerita yang sangat menarik , tambah dengan elemen Psyko, Thriller , plot twist. Tidak kurang hebat pelakon utama Jeon Jong Seo sebagai Young-Sok dan Park Shin Hye sebagai Seo-yeo. 

Filem ini bermula dengan panggilan telefon dari Young Sok pada tahun 1999, mengubungi rakan tetapi tah macam macam telefon itu diangkat oleh Seo Yeo pada tahun 2019 yang berada di rumah yang sama. Pada mulanya Young Sok cuba untuk membantu Seo yo mengubah masa lalu dengan menyelamatkan ayah Seo Yeo yang mati pada tahun 1999. Selepas diselamatkan perubahan terus berlaku pada masa depan. Seo Yeo membalas budi kepada Young Sok dengan memberitahu Young Sok akan mati pada malam kejadian. Young Sok berjaya selamat dari dibunuh oleh Mak tiri dia tapi yang jadi lebih teruk dia yang bunuh mak dia. Lama-lama terus makin jadi Psyco Young Sok ni nak bunuh orang jer. Dia pun ada masalah sakit mental, dan Seo yeo ni dah tak nak tolong sebab tahu dia bunuh orang. Apa lagi Young Sok ni dah lah psyco memang dia balas dendam dan buat macam-macam dekat Seo yeo masa kecik. Kalau nak tahu lebih lanjut apa jadi dengan diorang ni cepat-cepat tengok dekat NETFLIX. sebab tak sangka ending dia macam tu, kemungkinan ada season 2 tapi itu tak pasti dan plot twist ya. 

Pengajaran cerita ini jangan percaya dengan orang yang baru kenal tambah-tambah dalam telefon. Kedua jangan ubah perkara lalu sebab pasti perubahan tu akan jadi lebih teruk pada masa depan. Ketiga jangan salahkan kesilapan orang, dan move on jer sebab pasti ada kesilapan kita yang kita tak sedar. Rating 4.8/5.0

Nov 1, 2020

Review Drama Terbaru Korea Start Up


Hi, saya nak review drama korea baru sahaja episode 5 ditayangkan di Netflix. Sumpah drama lain dari yang lain dan sangat best , Episode 1 dah buat aku rasa wow drama ni walaupun mula-mula tu agak sedih lah jugak. Selalu drama korea kalau anda perasan episod 1 sampai 3 dia nak penonton kenal dulu dengan watak dalam drama ni. dah masuk episod ke-4 itu yang ditunggu-tunggu.

Drama ini ada komedi, sedih, Friendship, Family dan love. Start up mengisahkan kehidupan anak muda nak berjaya tapi masih tak tahu cara untuk mereka berjaya tu dan diorang ambil keputusan join Sandbox. Sandbox ini adalah tempat untuk orang yang nak mula belajar dalam dunia business. Seronok nya sandbox ni semua benda FREE, tempat latihan semua cantik. Tapi nak masuk bukan mudah ya. Banyak la cabaran diorang nak harungi sepanjang berada di Sandbox. 

Dalam drama ni juga persaingan antara adik beradik gitu, Seol dal mi (Suzy) dan Wong In Jae (Kang Hana)  disebabkan mak ayah diorang decide nak bercerai. Dal mi pergi ke ayah, In jae pergi dekat mak dia. Lepas tu Mak dia kawin dengan orang kaya. Makin diva dan berlagak la kakak dia ni. Dal mi pulak stay dengan hidup yang sederhana. Dah besar bila jumpa kakak dia diva lah cakap yang dia buat keputusan yang tepat ikut mak dia dari ayah dia. Lepas tu dua2 pulak masuk Sandbox ni so nanti kita tengok lah persaingan adik beradik ni. Saya sokong dal mi !

Watak utama dalam drama ini mestilah akak Suzy kita, Kim seon Ho dan Kang Hana.Boleh tengok di Netflix setiap hari Sabtu dan Ahad. 

Jul 21, 2019

Menginap di Avenue Garden Bangi Hotel




Siapa pernah pergi Bangi Wonderland Theme Park? Ha kalau nak tahu Avenue Garden Hotel sangat berdekatan dengan Bangi Wonderland. Sebenarnya hotel ni dah dekat dengan rumah saya tapi disebabkan keluarga datang , saya book bilik di sini. Selalu pergi kerja balik kerja lalu teringin jugak nak bermalam kan. Haritu saya first time datang, memang cantik dan ekslusif lah. Tak sangka hotel dekat rumah ni selesa sangat! Saya ambil 2 single bed dengan harga Walk in RM208. 



Fasiliti cukup lengkap, ada TV, aircond dan FREE WIFI. untuk parking anda perlu park dekat kawasan yang disediakan. Parking memang senang, ambil jer tiket, lepas tu jika nak keluar bagi resit parking dekat admin hotel untuk cop, tiada bayaran untuk parking yang menginap di hotel ini.








Bagi saya Avenue garden sangat selesa untuk menginap, bilik luas dan lobi yang sangat menarik.
    Nak tempah boleh pergi ke laman web https://avenuegardenhotel.com.my/
AddressNo.3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor


Mar 28, 2018

HOTEL ROYAL PENANG REVIEW


Tahun ini sahaja, dah dua kali mai Penang, kali ini tak ada persediaan pergi Penang. Sebenarnya ada kenduri kahwin sedara di Grik, Perak. Ayah cakap bawak ajer baju siap-siap mana tahu nak ke Penang. Habis kenduri dalam pukul 3pm lebih kami terus gerak ke Penang.

Sebelum ini kalau pi Penang siap dah book hotel, research sikit hotel mana okay kan. Tapi kali ini memang pergi Penang walk in sahaja ke Hotel Royal. Tahu mengenai Hotel Royal ini pun recommend dari kawan Atiah. Atiah memang tak sempat nak search dekat google, sebab kena drive dari Kuala Kangsar ke Penang terus. Sebelum ini menginap di Hotel Jen, tapi nak lah merasa Hotel lain pulak kan.

Hotel Royal ini di Geogetown Pulau Pinang berdekatan sahaja dengan UNESCO World Heritage Site. Bilik yang ditawarkan ialah  Superior, Deluxe to Premium Deluxe Rooms, Executive Suite, Apartment Suite dan Presidential Suite. Saya memilih deluxe room untuk 2 katil single bed . view bilik kami nampak city dan laut.






Kawasan yang strategik untuk menginap, disediakan juga parking, tiada bayaran dikenakan dan selamat. Hanya tetamu yang menginap di Hotel ini sahaja mendapat parking di basement. Breakfast include untuk dua orang, bagi tambahan dikenakan bayaran dalam RM20 lebih. okay lah murah, makanan semua pun sedap-sedap .






Selesa sangat katil dan toilet, ada bath tub lagi dan shower. Wifi pun free. Terdapat juga dua botol mineral water. 



Pagi lepas breakfast pergi tengok  swimming pool lupa dah tingkat berapa, tak mandi pun. InsyaAllah kalau ada kesempatan datang Penang boleh mandi sini. cuma swimming pool Hotel Royal ini tak besar, yang jenis nak swimming kuak lentang ke apa tak sesuai lah. swim suka-suka boleh lah. Disediakan jugak pool untuk kanak-kanak. comel jer tengok pool untuk kids. Harga Hotel Royal affordable, service pun tip top. Saya bagi 4/5 star.