Mar 12, 2023

Fashion Show Kekaboo Raya 2023 - Tudung Rahmah RM15 sahaja

 


Tahniah Kekaboo rekaan Raya 2023 yang sangat exclusive, selesa, minimalis dan berpatutan. Saya dan rakan turut hadir memeriahkan majlis di Lightbox di Sungai Buloh pada 25 Februari 2023. Tudung Kekaboo menawarkan Bawal Rahmah berharga RM15 sahaja untuk Raya Collection 2023. Wow murahkan! 

60 koleksi tudung bawal yang dilancarkan sempena Aidilfitri kali ini. Harga bermula dari RM15 hingga RM28 sahaja bagi bidang 45 dan RM38 untuk bidang 50 . Harga dah mampu milik sangat dah ni.

credit photo : tudung kekaboo FB

Persembahan dari Wany Hasrita dan turut memakai raya collection dari Kekaboo. 


Korang mesti grab tudung bawal kekaboo dah lah cantik dan paling utama senang nak bentuk dan selesa . Yerlah masa raya seharian kita beraya bila pakai lama tudung bawal kekaboo masih lagi elok terletak gitu. Nak tengok lagi collection raya Kekaboo , follow Instagram tudungkekaboo atau layari www.kekaboo.com . Selamat membeli .

 More video (Tiktok) :  https://vt.tiktok.com/ZS8XFgQqQ/

Oct 25, 2022

Makan Oyster di Ipoh Night Market (Bakar-bakar Danok Seafood)

 


Ada yang belum lagi sampai Ipoh Night Market, dah singgah Ipoh tu rugi la tak makan dekat Danok Seafood. Semua jenis seafood ada tau , nak oyster, udang, sotong, octopus, lobster, latok dan kerang, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Perlu cuba semua baru lah berbaloi . Sebagai pencinta seafood, sangat lah sedap dapat makan oyster dekat Danok Seafood, sambal cicah yang dia bagi tu pun sedap sangat. Nak jumpa seafood dekat Ipoh sangat lah susah, bila dapat memang ambik banyak. Waktu operasi pada pukul 6.30pm sehingga 12 malam kecuali Isnin Cuti. Kalau nak tambah cheese dekat osyter RM1 . 

Harga untuk oyster bersaiz ;

XL : 2pcs RM15

L: 2pcs RM12

M : 2pcs RM10

S: 3pcs RM10

@atiahmulkan Ipoh Night Market #oyster #latok #ipohnightmarket ♬ Old Love - yuji & putri dahlia

Sep 30, 2022

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

 

Saya dah lama tak aktif dalam blog ni, macam nak comeback semula la. Maaf semua kalau tidak mengenali saya, saya nya post pun sendu  sibuk sangat dengan kerja .

Saya terlogin dan ternampak post Mamapie buat GA rasa macam nak join macam dulu-dulu. Ramai blogger buat GA la bagi hadiah la. Tengok hadiah mamapipie pun comel-comel la, kot lah rezeki dapat.

Kita paling suka post makan-makan di blog Mamapipie , semua review rasa nak cuba. Antaranya;

Shopping Di Seven Cafe by Seven Eleven Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Home FOOD Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Dinner di Laparbetul.co Kapar Klang Selangor

btw Mama kita dah subscribe youtube mama dan follow ig.

Sewa Basikal di Putrajaya - KL Ebike (Bicycle Rental)

Nak tempat yang selamat berbasikal dan permandangan yang menarik. Kalau nak tahu lokasi yang sesuai untuk berbasikal bersama keluarga dan rakan anda adalah di KL Ebike Putrajaya. KL  Ebike menyediakan basikal sewa untuk penghujung yang ingin berbasikal di sekitar Dataran Putrajaya dengan harga yang berpatutan . Paling menarik basikal elektrik juga ada , sangat sesuai bagi yang tak larat nak kayuh. KL Ebike ni berdekatan dengan Dataran bulatan Putrajaya dan Masjid Putrajaya. 

Dibuka pada pukul 9am sehingga 8pm untuk hari minggu, hari biasa bermula pukul 10am. Kalau datang hari minggu dan public holiday perlu datang awal ya . Kalau lambat menunggu la turn anda. Korang juga boleh booking di whatsapp  60 19-681 9858 . Sewaan basikal selama 2 jam berharga RM25 untuk Electric Bike, Folding bike (RM15) dan City bike (RM10) . Basikal yang disewa baru dan berkualiti untuk di guna. Sepanjang berbasikal akan menyusuri Tasik Putrajaya yang sangat cantik.


Jul 17, 2022

Bercuti di Redang Beach Resort Pulau Redang

 


Tahun 2022 barulah ada peluang nak jejak pulau tercantik di Malaysia ni. Perjalanan dari Perak ke Kuala Terengganu 8 jam, kami ambil bas pukul 9.30 malam dan sampai pukul 7 pagi, dah sampai kami makan pagi Nasi dagang RM3 sahaja. Kalau dekat KL/selangor susahnya nak dapat harga macam tu. Selepas itu kami naik myBas  untuk pergi ke jeti Merang. 

Perjalanan mybas ke jeti sejam macam tu RM4.70 per pax . Sampai je jeti merang kami berangkat pula di Al Ameen Jeti untuk tunggu boat di sana, lebih kurang 5 minute sahaja naik kereta. Nasib baiklah akak restaurant dekat jeti merang hantarkan , orang ganu ni baik2 sangat dan mudahkan perjalanan kami berdua. Kami pertama kali datang jadi tak pasti al ameen jeti tu dekat mana . akak tu cakap kalau jalan kaki jauh dik, akak hantarkan. 

Selepas itu kami register dulu nama di bawah Redang Beach Resort. Dekat situ memang team resort dah tunggu dan semak nama kami untuk naik boat pukul 10.30am . Al Ameen jeti ke Pulau Redang lebih kurang 40 minutes.


                                              vlog di Redang Beach Resort. Like & Subscribe ya 

Kami menginap di Redang Beach Resort dan ambil pakej diving selama 3 hari 2 malam. Resort kami terletak di Long Beach dan bersebelahan dengan Laguna Redang Island Resort. Total bayaran RM9++ per pax termasuk;

  • Boat transfer (pergi dan balik)
  • Makan (breakfast, lunch, tea break dan dinner)
  • Penginapan 2 malam 
  • Diving (4 boats dives with dive guide) , tank & weight
  • Marine park fees (Malaysian)
Selain diving Redang Beach Resort menyediakan pakej snorkeling, nak tahu lebih lanjut boleh visit https://www.redang.com.my/




Best ke Redang Beach Resort?
  • Makanan yang disediakan secara buffet  sedap dan kena dengan tekak melayu. Hari-hari lauk berlainan. Ada juga disediakan bbq dinner . saya bagi 5/5 for food .
  • Dive centre team sangat friendly dan membantu saya dan adik yang dah lama tak dive.Sebelum dive  mereka briefing dulu checkpoint dan facility sangat teratur tempat untuk letak barang, ada dryer, locker, cuci equipment, disediakan bilik charge battery camera/gopro dan toilet. 
  • Selain itu, ada disediakan souvernior shop di Redang Beach Resort. Saya beli baju dan fridge magnet, mana tau tak sempat nak beli sesiap beli di resort. Kedai runcit pun ada ya (mana tau malam kelaparan boleh lah beli)
  • Reception sangat membantu , saya request untuk sediakan kenderaan dari jeti al ameen ke jeti merang masa balik. Bayaran dikenakan RM5 sahaja.
  • Disediakan kenderaan untuk angkat bag dari jeti ke Resort. takde lah berat guest nak bawak sampai ke Resort.
  • Tempat sangat bersih dan view pun cantik. Sangat recommend untuk korang menginap di Redang Beach Resort .
  • Ada juga disediakan untuk korang buat aktiviti bola tampar pantai, kalau bosan boleh lah petang2 main dengan kawan-kawan dan keluarga
Banyak lagi resort yang ada di Pulau Redang yang korang boleh survey yang penting korang happy sepanjang tinggal dekat Pulau. Jomlah ke Redang tahun ini.