Oct 4, 2020

Bercuti Ke Korea Musim Luruh




Hi, dah lama tak menulis dan menaip, sebenarnya dah lama nak story travel pergi Seoul,Korea tapi baru dapat harini post. Masa ni pergi tahun lepas musim luruh (autumn). rindunya nak cerita balik travel dekat sana. Dah covid ni tak dapat nak travel macam dulu dah. Nanti Covid dah pupus boleh lah travel macam dulu. 

Ramai tanya musim luruh sejuk ke, yes sejuk tambah lagi waktu pagi dan malam. Die macam ni masa luruh ni masalah nak pakai baju yang sesuai sebab kalau pakai tebal sangat nanti waktu tengah hari panas pulak, tapi tak pakai tebal malam dah mengigil sejuk. Jadi pandangan saya beli lah thermal winter dekat Shopee murah jer, beli yang tebal sikit  lepas tu korang boleh lah sarung tshirt/baju yang ni tak perlu tebal sangat dan jangan lupa bawak lah jacket ya bersesuai untuk musim luruh. Sebelum pergi Korea diingatkan buatlah research dan itinerary ya jadi perjalanan korang lebih teratur dan siap-siap book penginapan itu yang penting. Insurance pun kena ada sepanjang travel. Yang backpacker install korea subway memudahkan perjalanan nak naik train dan topup T-money dah sampai Seoul nanti.

Yang bestnya musim luruh ni orang-orang Korea memang bergaya sebab musim luruh lah macam2 fashion diorang pakai suka lah tengok. Masa musim luruh ni ada Seoul Lantern Festival, masa kami pergi tu adalah hari pertama pada  1 November, nak pergi tempat sini senang jer naik Train dekat Seoul Station ke Jonggak (exit 5) . Mesti kena pergi tau sebab lampu2 die MasyaAllah cantik dan sangat kreatif. Harap lepas habis Covid ni lantern festival ni masih kekal ada.


Hari Kedua saya pergi sewa Hanbok ala nak pakai korean nya tradisional, yang ni dah sampai Korea haruslah pergi ke Istana Gyeongbokgung. Besar sangat istana ni kalau berkesempatan melawat lah semua tempat cantik, nak pergi sini saya naik Train Seoul station ke - Gyeongbokgung (exit 4). Hotel kami berdekatan dengan Seoul station . Lepas tu kami singgah Bukchon Hanok. kawasan ni kena senyap sebab tempat tinggal orang Korea kan tapi jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak.

Malam pulak kami pergi Hans River nak naik basikal. Naik train dari Gyeongbokgung ke Yeouinaru. sewa basikal tak silap 3000 won. 


Hari ketiga kami pergi jalan-jalan Myeongdong, cuci mata. lepas tu pergi Namsan Tower naik bas. Ambil bas 05 Myeongdong station line 4 exit 3. Selepas tu pergi singgah Starfield library, ala library yang cantik dan unik tu dan singgah minum dekat SM Town.

Hari keempat perjalanan kami jauh sikit sebab nak pergi Gangchoo Railbike dan Nami Island. Kami naik train to Cheongnyagni. ITX Cheongnyagni ke Gapyeong. lepas tu Train Gapyeong ke Gimyujeong untuk ke Gangchoo Rail bike. Nak naik gangchoo korang siap-siap beli ticket dekat KLOOK jer ya. Sorang dalam RM42.50 (2 seat). For me tempat ni patut ada dalam list korang sangat lah berbaloi pergi Gangchoo rail bike sebab masa saya pergi tak ramai rakyat Malaysia yang ada jumpa 2 orang jer maybe salah timing atau orang Malaysia tak tahu nak pergi sini. sampai sekarang saya tak pernah lupa tempat ni. 

Selepas tu kami jalan kaki ya korang pergi train Gimyujeong ke Gapyeong. Naik taxi ke Harbor. Dah sampai saya inform kawan nak naik Zipwire pergi Jara Island , lepas tu naik boat pergi Nami Island. kami berpecah saya naik zipwire dan kawan saya naik ferry pergi Nami Island dan jumpa nanti dekat restauran Asian Cuisine Halal . Skyline zipwire ni harga 44,000 won sahaja. 

Hari Kelima kami tukar tempat tinggal ke  Sodam Hanok, nak merasa duduk rumah tradisional Korea gitu. Kami naik train Seoul Station ke Jogno 3 ga (exit 7) . Dah letak barang pergi Ewha Women University. Dekat sini saya ingat memang murah nak shopping. Mask muka ,baju semua beli dekat area Ewha Women University. Kami lunch dekat Yangpang Chicken. Lepas tu decide malam nak pergi Naksan Park. Tembok die sumpah cantik, penat sikit sebab kena mendaki tapi berbaloi. 



Hari terakhir pagi2 letak bag dekat area supermarket Seoul station. Lepas tu shopping dekat Namdaemun. Ada kedai tu murah Namil Arts and craft, sila lah pergi beli souvenier dekat situ.dekat kawasan Daedo Shopping Tower ya. Next kami ada masa lagi kami pergi Haneul Park. Sini pun patut dalam list ya, cantik lah sangat rumput2 panjang diorang ni waktu musim luruh. Musim lain saya tak sure cantik ke tak tapi musim luruh sangat lah cantik 

Ewha Women University

Naksan Park

Boleh lah play video dan subscribe my youtube ya. Thank you

1 comment:

  1. Bestnya perjalanan ke Korea.. Sha menyimpan hasrat nak ke sini..
    InsyaAllah, satu hari nanti..

    ReplyDelete