Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Mar 9, 2018

Hilangkan batuk dan kahak

Salam,
Bila anda batuk dan terkena selesema, hidung anda mungkin tersumbat. Kesannya, mengalami batuk dan kahak. Bila jadi mesti menggangu harian urusan kita kan. Kalau saya tak boleh nak buat kerja, sampai nak cakap dengan orang pun rasa terganggu.


Bila mengalami batuk dan kahak jangan dibiarkan begitu sahaja. Kahak yang tidak keluar tentu mengganggu pernafasan anda. Untuk mengatasi masalah ini, minumlah air kelapa muda, berselang hari selama tiga hari. InsyaAllah batuk dan kahak anda akan berkurangan. Dan jika masih teruk, anda perlu lah pergi ke klinik dan makan ubat yang diberi oleh doktor.

Credit : Panduan Petua Untuk keluarga

Mar 1, 2018

Serbuk Teh Cantikkan Kulit anda

Related image

Jika anda ada serbuk teh yang sudah digunakan tanpa campuran gula atau sebagainya, jangan anda buangkan bahan ini kerana ia boleh digunakan untuk menghaluskan kulit anda.

Caranya mudah dengan melumurkan serbuk yang telah digunakan itu pada tangan anda.Selain tangan boleh juga untuk kulit wajah dan mata.

Manfaat Ampas Teh Untuk kulit 

Mengandungi Vitamin E yang sangat baik untuk membantu menghaluskan kulit apabila terasa kering.
Ampas teh tersebut boleh dibuat masker supaya kulit lebih lembap, halus, dan cerah. Selain itu teh juga dapat menghilangkan jerawat serta bekas jerawat di wajah anda.

Related image

Caranya keluarkan ampas teh dari kantongnya, lalu pindahkan ke bekas yang bersih. Masukkan satu sendok madu dan satu sendok tepung beras atau beras tumbuk. Gaul masker sampai rata, boleh tambahkan air jika terlalu kental. Kemudian, letakkan masker pada wajah secara merata dan gosok dengan lembut dalam 5-10 minit. Jika sudah, biarkan sehingga kering. Terakhir, bilas masker dengan air hangat sampai bersih, kemudian bilas lagi dengan air sejuk atau air ais.

Siapa ada masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda? Yes saya antara salah seorangnya. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan ampas teh tersebut. 



Caranya paling mudah, hanya perlu celup ampas teh tersebut ke dalam air sejuk (ais) hingga betul-betul sejuk. Selepas itu letakkan di kawasan kelopak mata dan biarkan selama beberapa minit, jika selalu amalkan dapat mengurangkan mata panda dan mata anda semakin segar dan sihat.

Selain pada muka dan mata, banyak manfaat serbuk teh ini seperti mengatasi kemerahan akibat di gigit nyamuk, bekas luka, menggelupas, dan sunburn. 

Air teh bukan sahaja untuk di minum. Tetapi serbuk teh itu sendiri mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan diri kita agar kekal sihat dan cantik. Sentiasa amalkan. Selamat mencuba!

Feb 10, 2018

Limau Nipis Ubat Sakit Kepala

Related image


Sakit Kepala kalau datang, memang tak boleh nak buat kerja apa-apa. Atiah memang jarang sakit kepala tapi bila datang sekali memang sakit dia tak tahu nak cakap apa.

Jadi cara paling mudah mengatasi sakit kepala ialah anda perlu kan dua biji limau nipis. Limau nipis itu dibelah dua. Campurkan sedikit air lalu digosok pada kepala beberapa kali. Insya Allah sakit kepala akan hilang.

Jika diamalkan selalu boleh menghilangkan kelemumur di kepala serta dapat menyihatkan rambut.


Sumber : Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 7, 2018

Buah Delima Ubat Kurus

Tahukah anda buah delima yang dicampurkan dengan garam dapat membantu mengatasi masalah gemuk.

Caranya ambil tiga biji buah delima yang masih muda, tumbuk sehingga halus kemudian campurkan dengan air yang suam, campur sedikit garam dan tapis hingga menjadi airnya segelas.

Minumlah ramuan ini selama seminggu. Berat badan anda akan turun . Jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

Photo credit: Google.com
Sumber: Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 5, 2018

Menghilangkan Parut di Muka


Image result for daun lidah buaya

Parut antara paling susah untuk di hilangkan, mengambil masa yang lama untuk pulih terutama parut dari kesan jerawat atau luka. Bagi menghilangkan parut ada banyak cara antara rawatan tradisional  yang boleh kita amalkan ialah daun lidah buaya. Caranya adalah ambil sehelai daun lidah buaya, kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka anda.

Lakukan cara ini sehingga anda memperolehi kesannya. Anda boleh lakukan setiap hari jika ingin cepat pulih. Itu kalau rajin, sekarang dah ada jual gel aloe vera brand Natural Land, Natural Republic dan banyak lagi , jadi sapu sahaja lebih senang dan cepat. Yang penting beli yang Original ya.


Sumber : Panduan Petua Untuk Keluarga

Jan 11, 2018

Petua Mata Masuk Cili


Image result for tumbuk sambal

Salam, Atiah nak berikan tips atau petua kalau mata termasuk cili, almaklumlah tengah tumbuk cabai tu nak buat sambal , mesti pernah terpericik masuk matakan. Pedih dia tak tahu lah nak kabor.

Untuk mengatasi masalah ini, cepat-cepat jiruskan ibu jari kaki anda sebelah bertentangan dengan mata anda. Jika mata kiri yang terkena, jiruslah kaki kanan dengan air dan begitulah sebaliknya.

Selepas itu bolehlah basuh mata anda dengan air sejuk. InsyaAllah pedih mata anda akan berkurangan. Jadi lepas ni hati-hati tumbuk cili tu pastikan pakai Helmet. Hehehehehe


Sumber : Panduan Petua untuk keluarga

Oct 27, 2017

Petua Mengurangkan bengkak payu dara bagi Ibu Menyusu



Assalamualaikum, kembali petua kita pada hari ini. Petua ini daripada ibu saya untuk kongsi pada ibu-ibu cara untuk mengurangkan bengkak payu dara apabila anak menyusu. Caranya adalah menggunakan Kobis. Sebelum menggunakan kobis ibu hendaklah perahkan susu terlebih dahulu . Selepas itu, basuh bersih  kelopak kobis tersebut dan sarungkan kobis ke payu dara yang bengkak. Biarkan kobis sehingga layu. Jika dah layu gantikan kobis yang baru sehingga panas badan berkurang dan badan lebih selesa. Selamat Mencuba


Oct 14, 2017

MENGHANCURKAN BIJI CILI

Image result for biji cili

Cili Kering atau saya panggil Cabai Kering (loghat Perak) adalah bahan masakan yang sangat penting untuk masakan orang Malaysia. Orang Malaysia terutama orang melayu suka akan rasa pedas dalam masakan seharian. Kalau tak pedas rasa tak lengkaplah.

Ada cara mudah untuk menghancurkan biji cili, selalu kita kisar kadang-kadang bijinya tidak hancur. Cara paling mudah untuk mengancurkan biji cili ialah masukkan sesudu minyak masak semasa mengisar cili tersebut. Dengan petua ini akan dapati biji cili tidak akan kelihatan lagi. Moh cuba



Oct 12, 2017

KOBIS MELEMBUTKAN MUKA



Betulkah kobis boleh melembutkan muka? 
Jawapannya adalah YA, jika muka ada kering dan kasar petuanya cubalah ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk dan cuba dapatkan airnya. Campurkan dengan sedikit madu lebah.

Sapukan campuran itu pada kulit muka anda. Lakukan seminggu sekali , anda akan dapati muka akan kembali lembut dan cantik. Barulah berseri-seri nak keluar rumah kan. Ini cara tradisional orang dulu-dulu selalunya mujarab jadi apa kata kita cuba kan.

Oct 9, 2017

TIPS MENYIMPAN GULA





Entry sebelum ini iaitu cara mengusir semut paling mudah LINK INI . Saya akan kongsi pertanyaan dari hasrulhassan.com berkenaan cara menyimpan gula dari dimasuki semut .

Gula jika tidak disimpan dengan baik pasti mudah dihurungi semut dan kemungkinan berair jika tidak disimpan pada tempat yang sesuai.

Oct 8, 2017

Cara mengusir semut paling mudah

Semut antara makhluk yang banyak di jumpai di rumah dan luar rumah. Mesti ramai yang geram dengan semut bila tengok berkerumun semut dekat meja makan, apalagi terus racun kan. Tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk menghalau semut tanpa menggunakan racun atau membunuhnya. 

Kenapa kita tidak boleh membunuh semut dalam Islam


Oct 6, 2017

Pakaian Terkena Minyak




Related image

Photo Credit : Google.com

Pernahkan pakaian anda terkena minyak masak? Bab ini memang kalau kena ajer minyak masak dekat baju terutama baju warna putih atau terang mesti rasa geram sangat sebab cuai. Tapi biasalah kita orang perempuan kan kalau setakat minyak kena dekat baju apalah sangat . Macam-macam tragedi dah berlaku dekat dapur kan. Paling tak best dapat parut minyak panas!

Tapi kita nak cerita macam mana nak hilangkan pakaian terkena minyak dengan cara paling mudah ialah dengan menyapu sebarang bedak powder, digosok-gosok dan biarkan sebentar ya. Kemudian basuh lah pakaian yang kena minyak itu seperti biasa.

Insya Allah kalau dah kering, tompokan minyak akan hilang. Selamat mencuba!


Sep 9, 2017

Tips memilih skincare untuk Kulit Kering



Credit : Google

Assalamualaikum semua
Entry kali ini saya akan share Tips Skincare bagi yang menghadapi masalah kulit kering (dry skin). Pasti ramai yang menghadapi masalah kulit kering seperti mengelupas dan bersisik di sebabkan cuaca, alergi, atopik dermatitis (Ekzema) , sabun, efek ubat-ubatan. Saya antara menghadapi masalah kulit kering kerana mengalami penyakit ekzema, jika tidak di atasi kulit saya akan mengelupas dan bersisik.

Jadi saya nak kongsi Tips untuk memilih skincare product bagi kulit sentiasa cantik dan sihat.

1. Facial Cleanser 

Bagi yang menghadapi masalah kulit kering di wajah pencuci muka adalah sangat penting. Anda perlu memilih pembersih wajah yang lembut, tidak mengandungi alcohol dan pewangi. Kurangkan pengunaan Scrub atau foaming ini dapat menambahkan pengeringan di muka anda.

2. Moisturising Cream 

Pelembap perlu di gunakan setiap hari selepas mandi terutama yang menghadapi kulit kering. Selain melembapkan wajah anda ia juga dapat menjaga wajah dari paparan sinar UV. Jika berada di luar pilih pelembap yang memiliki SPF untuk melindungi dari sinaran matahari. Manfaat pelembap juga dapat menyegarkan, menghalus dan mencerahkan kulit wajah anda. Bagi kulit kering pilih pelembap wajah yang mengandungi bahan dasar air atau minyak. Hindari kandungan alcohol, pewangi dan perwarna sintetis.