Bukan senang nak dapat tengok Konsert Siti Nurhaliza tahun ni . saya antara yang berjaya battle masa beli tiket Tokti. Teringat bulan december lepas pukul 2pm dah duduk depan laptop masa tu dekat pejabat line sangat slow, dari pukul 2 sampai pukul 4pm saya tunggu giliran untuk masuk dan berjaya masuk masa tu nak ambik tiket bronze jer sebab murahkan . Tapi peminat Siti Nurhaliza desup habiskan semua , masa tu tinggal Gold sahaja . Nak tak nak berjaya dapat 2 tiket dengan banyak kali payment sangkut dekat atome, last2 guna kredit card baru berjaya .
Hari yang ditunggu pun tiba pada 9 Mac 2024 . saya pergi axiata sorang sahaja naik LRT sebab adik tak dapat join , satu tiket saya jual. Pukul 6.45 saya dah sampai , lepas tu terus pergi solat maghrib di Surau LRT Bukit Jalil. Pukul 7.30 macam tu baru gerak ke Axiata Arena . Masa tu tengok ramai peminat Tokti ada yang bawak keluarga, pasangan dan kawan-kawan . Scan sahaja code dekat tiket alhamdulilah lepas masuk terus beli air dulu sebelum masuk hall . Nak beratur beli air mineral yang RM6 tu pun lama ya beratur, ramai sangat orang . Lepas tu saya dapat cari section saya 306 dan seat B nombor ikut jer dekat tiket . Rupenya seat saya betul- betul depan sekali dekat dengan tiang . Orang sebelah ada tanya nak tukar dengan kawan ke adik die yg seat tengah atas sikit so nak tengok stage oklah dari seat bawah tu . Saya pun ok jerlah tukar lebih selesa lah seat tu dapat tengok jelas Siti Nurhaliza kat bawah tu .
best dapat tengok live konsert siti nurhaliza, tapi sis belum dapat peluang lagi nak join.
ReplyDelete