Sep 22, 2017

Wonderful of Sabah Malaysia

Assalamualaikum
Ini adalah percutian saya yang ketiga sebenarnya, tahun lepas bulan November kalau tak silap. Lama kan nak update entry pergi Sabah. Okay untuk percutian ini adalah travel bersama keluarga. Sebenarnya agak susah nak bercuti bersama disebabkan sebelum ini saya study dan ayah pun bekerja. Masa ini pun saya ada training di ILSAS tapi nasib baik mereka bagi cuti sebab tempahan tiket semua dah dibuat 6 bulan awal dan ayah pulak baru sahaja bersara. Saya belanja view dekat Sabah dulu. Kalau cantik sila comment. Hahahaha. Okay gurau!






Gambar di atas adalah di Muzium Sabah. Pertama kali saya pergi muzium yang cantik macam ni dekat luar. Selalu kita tengok dekat indoor tapi Muzium Sabah berbeza ada indoor dan outdoor. Indoor banyak kepada sejarah-sejarah di Sabah. Outdoor banyak tentang  rumah-rumah di Sabah, Adat resam dan budaya. Apa yang digambarkan macam betul-betul berada di perkampungan Sabah. Kalau ada kesempatan pergi Sabah dishorkan pergi Muzium Sabah di Kota Kinabalu.


Nampak muka bersinar dibantu oleh cahaya matahari, ketika ini kami menunggu Sunset di Signal Hill Observatory Tower di KK, Sabah. Pemandangan di sini begitu indah, jangan lepas peluang snap photo banyak-banyak.


Signal Hill Observatory Tower

Hari kedua, kami ke Rumah Terbalik dan Kundasang Sabah. Kalau dekat semenanjung, Kundasang macam Cameron Highland lah sejuk dan nature gitu. dan kami singgah di Pekan Nabalu  dapat dilihat pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik. Dalam perjalanan, kami singgah di Kinabalu Eartquate Monument iaitu memperingati mangsa akibat gempa bumi yang berlaku di Sabah pada tahun 2015.

Kami menuju ke Gunung Kinabalu tapi berada di bawah sahaja, tidak hiking, waktu itu hujan renyai-renyai. Sempat lah juga melihat pemandangan dan memberi tupai makan.
Desa Cattle Dairy Farm adalah yang di tunggu-tunggu, sebab cantik sangat. Tips kalau pergi Desa Cattle Diary Farm hindari waktu weekend atau cuti sekolah. Ramai sangat orang, nak beli ice cream milk pun lama saya nak tunggu. Rasa memang sedap dan fresh. Seterusnya kami pergi ke Poring Hotspring Ranau, Sabah. Tak lama pun dekat hotspring, waktu itu pun hujan renyai-renyai dapatlah berendam kaki. Memang best dapat panaskan badan.


Rumah Terbalik


Pekan Nabalu, Kota Belud


Desa Cattle Dairy Farm


Saya nak kongsi makanan di Sabah sangat lah enak terutama Seafood. Kami pergi makan malam di Seafood Foodcourt Pasar Besar. Berdekatan ada Pasar Filipina untuk membeli mutiara atau barang cenderamata.

Keesokanya kami pergi ke Pulau Manukan. Apalagi Snorkeling lah bersama adik saya. Ma dan ayah tak minat snorkeling jadi saya dan adik sahaja. Saya tak tahu kawasan yang ada ikan dan coral, tanya abang penyelamat duduk-duduk situ, dia bagi tahu lah kawasan mana yang cantik.


Pulau Manukan ni dekat ajer dengan Bandar KK tak jauh pun. Sampai disini sahaja dapat kongsi, saya pun banyak yang lupa sebab cerita pun dah lama. Kalau ada lagi next travel saya akan cerita okay.


Pulau Manukan

5 comments:

  1. Sabah tak pernah mengecewakan! Tp tak pernah pegi lagi sobs. Sabah top list tau kalau dlm msia. Okay gmabq cantik okay sis bg 9.5/10 !hehe

    ReplyDelete
  2. i really wanted to go to sabah someday

    ReplyDelete
  3. wahh kita sekali ja sampai sabah tp tak p pun kat situ..jln2 pekan kk ja..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. Cantik ya amat.. Tak tahulah bila nak ada peluang ke sini.. semenanjung pun tak habis jelajah lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete