Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Dec 14, 2023

Review Drama W : Two Worlds versi Malaysia


 

 Hi semua,

W: Two World versi Malaysia telah ditayangkan di Platform Viu bermula 30 November 2023 . Saya dah tengok drama ini di Viu sehingga episod 5 dan drama ini masih on going setiap hari Khamis menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisya sebagai watak utama .

Mesti ramai yang dah tengok drama original ini versi Korea kan jadi jalan cerita setakat ini saya lihat story line sama dengan versi korea mengikut kesesuai drama Melayu . Untuk versi drama melayu saya bagi 5 star dari segi editing dan visual memang tak sangka kita boleh buat drama setanding Korea. Lakonan Hun Haqeem sebagai Aliff setakat ni ok hensem lah walaupun teringat Lee Jong Suk. Daiyan Trisya  belum dapat rasa feel lagi dan  watak dia kelam kabut sebagai Izara.

Cuma pemakaian baju Hun ada yang tak sesuai dengan cuaca Malaysia, kalau Hun pakai baju kemeja pun dah ok.Pelakon tambahan seperti Faizal Hussein, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman juga ada di W: Two Worlds. Elizabeth Tan sebagai watak Hana memang sesuai dalam drama ni seorang yang independent woman dan selalu ada bila Aliff berhadapan dengan masalah . Amierul Aiman sebagai watak Ghaz lain sikit untuk versi Malaysia ni , bodyguard yang agak tegas dan bitter.

Sinopsis

Mengisahkan Izara adalah Doktor muda yang tiba-tiba sahaja muncul dalam komik webtoon popular yang dilukis oleh bapanya . Izara menyelamatkan Aliff  dari dibunuh , Aliff Hadi adalah watak utama yang dicipta oleh bapa Izara mencari identiti pembunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dia dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

Oct 7, 2017

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 HASRULHASSAN.COM


Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Harini saya join Segmen Bloglist Akhir tahun 2017 dari Hasrulhassan.com .

Blog saya di beri nama chea94.blogspot.com kerana nama samaran saya di sekolah adalah cheah dan lahir pada tahun 1994 maka tercetusnya chea94. Masa itu saya join blog ketika  Tingkatan 3 pada tahun 2009. Ketika itu masih budak-budak lagi, sekarang rasa nak tukar nama blog pulak sebab kenapalah bubuh nama blog cenggitu. Tapi teruskan jer lah kan.

Tujuan menjadi seorang blog ketika itu , paham-paham lah umur pun 15 tahun, waktu tu nak have fun jer dan ikut trend. Waktu tu tengok blog paling popular Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik Epal dan ramai lagi. Jadi rasa nak jadi macam diorang jugak. Blog saya pernah menyepi selama 4 tahun semenjak masuk belajar dekat Uniten, sebab menyepi saya memang jenis akan fokus satu perkara jadi bila belajar minat tu dah kurang dan penat sebab banyak benda kena buat bila menjadi seorang pelajar.

Saya aktif balik menjadi seorang blogger setelah menjadi seorang penggangur , ya sebab dah tiada komitmen dan bebas. Boleh lah tumpu 100 peratus dan menghilang bosan saya di rumah. Selepas aktif , banyak yang saya pelajari dalam dunia blogger dan penulisan yang sebelum ini saya tidak tahu. Ini akan memberi saya lebih pasion untuk kekal dalam dunia blog. Cerita di blog saya lebih kepada lifestyle seperti travel, tips dan petua.

Harapan mestilah amat berharap dapat masuk dalam list Hasrulhassan.com dan support blogger Malaysia. Selain itu dapat mengenali blogger yang lain .


Oct 1, 2017

Pemenang Segmen Blogwalking Bersama Atiah


Assalamualaikum semua.
Seramai 26 blogger yang menyertai segmen Blogwalking Bersama Atiah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang menyertai Segmen ini. Saya telah blogwalking dan follow back yang join segmen ini. InsyaAllah akan datang saya akan buat Giveway dan pasti hadiah juga menarik nanti. Tunggu okay. Pemenang dipilih melalui https://www.random.org/ .

Senarai Peserta boleh click sini

3 Pemenangnya akan menerima Reload Topup sebanyak RM5:-

Sep 28, 2017

Senarai Peserta Segmen Blogwalking Bersama Atiah


Terima Kasih kepada semua blogger yang support saya untuk menyertai "Segmen blogwalking bersama Atiah" dari 23 September sehingga  30 September. Sesiapa yang belum lagi menyertai anda boleh pergi ke LINK ini  . Tarikh tutup adalah pada 30 September pada pukul 11.59 pmKeputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2017 di blog dan juga Instagram saya. Moh kita blogwalking dan visit Instagram peserta segmen. 

Sep 23, 2017

Segmen Blogwalking bersama Atiah



Ini adalah first segmen daripada saya untuk mencari blogger yang aktif. Segmen Blogwalking by Atiah bermula 23 September 2017 sehingga 11.59 malam 30 September 2017.  3 Pemenang bertuah akan menerima Reload RM5 setiap seorang. Semua di jemput menyertai segmen ini.

Syarat-syaratnya:-

1. Follow blog Blog AtiahM , Add to Circle Google+ AtiahM   , Follow Instagram cheah_shop .
2. Buat Entri bertajuk Segmen Blogwalking bersama Atiah berserta Banner.
3. Tinggalkan URL anda berserta instagram id di kotak komen ini.
4. Tarikh akan tamat pada 11.59 malam 30 September 2017.

3 Pemenang akan dipilih melalui random.org. Keputusan akan diumumkan kelak. Share pada rakan-rakan yang lain ya.





Aug 10, 2017

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com




Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.
** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....
 


Read more: http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html#ixzz4pH8xnuOx

Jul 10, 2017

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

 http://www.mialiana.com/2017/07/segmen-blogwalking-raya-2017-mialianacom.html
click banner untuk join

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Harini saya nak join Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com. Bermula pada 9 Julai sehingga 19 Julai 2017. Moh semua join. 5 blogger yang bertuah akan dapat duit raya RM10.00. Mana tahu bertuah kan.