Nov 28, 2020

REVIEW MOVIE THE CALL DI NETFLIX, DON'T CHANGE THE PAST

 


Movie ini baru ditayangkan di Netflix, tapi dah menjadi perbualan hangat dekat Twitter.
Dan tak sangka Filem penuh dengan debaran dan jalan cerita yang sangat menarik , tambah dengan elemen Psyko, Thriller , plot twist. Tidak kurang hebat pelakon utama Jeon Jong Seo sebagai Young-Sok dan Park Shin Hye sebagai Seo-yeo. 

Filem ini bermula dengan panggilan telefon dari Young Sok pada tahun 1999, mengubungi rakan tetapi tah macam macam telefon itu diangkat oleh Seo Yeo pada tahun 2019 yang berada di rumah yang sama. Pada mulanya Young Sok cuba untuk membantu Seo yo mengubah masa lalu dengan menyelamatkan ayah Seo Yeo yang mati pada tahun 1999. Selepas diselamatkan perubahan terus berlaku pada masa depan. Seo Yeo membalas budi kepada Young Sok dengan memberitahu Young Sok akan mati pada malam kejadian. Young Sok berjaya selamat dari dibunuh oleh Mak tiri dia tapi yang jadi lebih teruk dia yang bunuh mak dia. Lama-lama terus makin jadi Psyco Young Sok ni nak bunuh orang jer. Dia pun ada masalah sakit mental, dan Seo yeo ni dah tak nak tolong sebab tahu dia bunuh orang. Apa lagi Young Sok ni dah lah psyco memang dia balas dendam dan buat macam-macam dekat Seo yeo masa kecik. Kalau nak tahu lebih lanjut apa jadi dengan diorang ni cepat-cepat tengok dekat NETFLIX. sebab tak sangka ending dia macam tu, kemungkinan ada season 2 tapi itu tak pasti dan plot twist ya. 

Pengajaran cerita ini jangan percaya dengan orang yang baru kenal tambah-tambah dalam telefon. Kedua jangan ubah perkara lalu sebab pasti perubahan tu akan jadi lebih teruk pada masa depan. Ketiga jangan salahkan kesilapan orang, dan move on jer sebab pasti ada kesilapan kita yang kita tak sedar. Rating 4.8/5.0

No comments:

Post a Comment