Mar 28, 2018

HOTEL ROYAL PENANG REVIEW


Tahun ini sahaja, dah dua kali mai Penang, kali ini tak ada persediaan pergi Penang. Sebenarnya ada kenduri kahwin sedara di Grik, Perak. Ayah cakap bawak ajer baju siap-siap mana tahu nak ke Penang. Habis kenduri dalam pukul 3pm lebih kami terus gerak ke Penang.

Sebelum ini kalau pi Penang siap dah book hotel, research sikit hotel mana okay kan. Tapi kali ini memang pergi Penang walk in sahaja ke Hotel Royal. Tahu mengenai Hotel Royal ini pun recommend dari kawan Atiah. Atiah memang tak sempat nak search dekat google, sebab kena drive dari Kuala Kangsar ke Penang terus. Sebelum ini menginap di Hotel Jen, tapi nak lah merasa Hotel lain pulak kan.

Hotel Royal ini di Geogetown Pulau Pinang berdekatan sahaja dengan UNESCO World Heritage Site. Bilik yang ditawarkan ialah  Superior, Deluxe to Premium Deluxe Rooms, Executive Suite, Apartment Suite dan Presidential Suite. Saya memilih deluxe room untuk 2 katil single bed . view bilik kami nampak city dan laut.






Kawasan yang strategik untuk menginap, disediakan juga parking, tiada bayaran dikenakan dan selamat. Hanya tetamu yang menginap di Hotel ini sahaja mendapat parking di basement. Breakfast include untuk dua orang, bagi tambahan dikenakan bayaran dalam RM20 lebih. okay lah murah, makanan semua pun sedap-sedap .






Selesa sangat katil dan toilet, ada bath tub lagi dan shower. Wifi pun free. Terdapat juga dua botol mineral water. 



Pagi lepas breakfast pergi tengok  swimming pool lupa dah tingkat berapa, tak mandi pun. InsyaAllah kalau ada kesempatan datang Penang boleh mandi sini. cuma swimming pool Hotel Royal ini tak besar, yang jenis nak swimming kuak lentang ke apa tak sesuai lah. swim suka-suka boleh lah. Disediakan jugak pool untuk kanak-kanak. comel jer tengok pool untuk kids. Harga Hotel Royal affordable, service pun tip top. Saya bagi 4/5 star.


3 comments:

  1. best ni kalau p pinang boleh lepak tido sini

    ReplyDelete
  2. Wah.. Menarik ini.. Ada swimming pool yang best tu..

    ReplyDelete
  3. alaaa tak meriah la kalau pool tak boleh kuak lentang bagai

    ReplyDelete