Mar 28, 2018

HOTEL ROYAL PENANG REVIEW


Tahun ini sahaja, dah dua kali mai Penang, kali ini tak ada persediaan pergi Penang. Sebenarnya ada kenduri kahwin sedara di Grik, Perak. Ayah cakap bawak ajer baju siap-siap mana tahu nak ke Penang. Habis kenduri dalam pukul 3pm lebih kami terus gerak ke Penang.

Sebelum ini kalau pi Penang siap dah book hotel, research sikit hotel mana okay kan. Tapi kali ini memang pergi Penang walk in sahaja ke Hotel Royal. Tahu mengenai Hotel Royal ini pun recommend dari kawan Atiah. Atiah memang tak sempat nak search dekat google, sebab kena drive dari Kuala Kangsar ke Penang terus. Sebelum ini menginap di Hotel Jen, tapi nak lah merasa Hotel lain pulak kan.

Hotel Royal ini di Geogetown Pulau Pinang berdekatan sahaja dengan UNESCO World Heritage Site. Bilik yang ditawarkan ialah  Superior, Deluxe to Premium Deluxe Rooms, Executive Suite, Apartment Suite dan Presidential Suite. Saya memilih deluxe room untuk 2 katil single bed . view bilik kami nampak city dan laut.






Kawasan yang strategik untuk menginap, disediakan juga parking, tiada bayaran dikenakan dan selamat. Hanya tetamu yang menginap di Hotel ini sahaja mendapat parking di basement. Breakfast include untuk dua orang, bagi tambahan dikenakan bayaran dalam RM20 lebih. okay lah murah, makanan semua pun sedap-sedap .






Selesa sangat katil dan toilet, ada bath tub lagi dan shower. Wifi pun free. Terdapat juga dua botol mineral water. 



Pagi lepas breakfast pergi tengok  swimming pool lupa dah tingkat berapa, tak mandi pun. InsyaAllah kalau ada kesempatan datang Penang boleh mandi sini. cuma swimming pool Hotel Royal ini tak besar, yang jenis nak swimming kuak lentang ke apa tak sesuai lah. swim suka-suka boleh lah. Disediakan jugak pool untuk kanak-kanak. comel jer tengok pool untuk kids. Harga Hotel Royal affordable, service pun tip top. Saya bagi 4/5 star.


Mar 21, 2018

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi

 https://ombakbergigis.blogspot.my/2018/03/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

Wah ada segmen pencarian bloglist dari Ombak Bergigi lah. Segmen ini berlangsung dari 17 hb sehingga 23 hb 2018. Jom memeriahkan segmen.

Mar 20, 2018

Hadiah Top Commentator



Nak menang hadiah Top Commentator, boleh click LINK ini. Hanya tiga pemenang sahaja yang dipilih. Tak cukup bajet nak bagi hadiah banyak. Tapi InsyaAllah kalau ada rezeki lebih saya buat lagi giveaway. Terima Kasih yang masih comment di setiap entri saya. Saya sangat terkejut melihat entri yang zaman dulu kala pun comment juga. Sokay, tengok semangat saya tambah sikit hadiah tambahan. Yang belum menyertai boleh join sehingga 31 March 2018, pukul 11.55pm. Semoga Berjaya!

Hadiah First Top Commentator

1 Fridge Magnet dari Guangzhou China
1 Coin purse dari Sabah
1 Key chain dari Sabah
1 Key chain dari Indonesia

Hadiah Tambahan :-
Mini Perfume Avon
Lipstick Avon

Hadiah Second Top Commentator

1 Fridge Magnet dari Guangzhou China
1 Key chain dari Sabah
1 Key chain dari Indonesia

Hadiah Tambahan :-
Lipstick AVON

Hadiah Third Top Commentator

1 Fridge Magnet dari Guangzhou China
1 Key chain dari Sabah
1 Key chain dari Indonesia


Mar 12, 2018

GANTUNG THE SERIES REVIEW


Image result for gantung the series

Hi, siapa dah habis tengok drama Gantung the series yang sekarang tengah hot di social media? Belum ada tayangan di Malaysia lagi tetapi sudah ditayangkan di Indonesia. Saya sudah tengok drama ini sebanyak 16 episode di Facebook yang di share oleh Fb Rafiq  . Drama Gantung di adaptasi dari novel Fixi Gantung dari penulis Nadia Khan. Bergenre seram, cinta, persahabatan, remaja dan gender.

Image result for gantung

Best ke Gantung the series ini?

Pendapat saya gantung the series lain dari yang lain dan  tak da lah asyik sama macam drama TV3 pukul 7pm tu.  Jalan cerita yang sangat menarik dan uniknya mempunyai banyak plot twist, isu realiti yang terjadi pada masa kini. Pemilihan pelakon yang tepat untuk watak Gibs, Ray, Troll dan Kj. Saya paling suka dengan watak Ray, natural dan cool.

Menceritakan kisah 4 sekawan iaitu  Gibs, Gay, Troll dan KJ yang masih bersekolah tetapi antara pelajar yang sangat popular kerana mempunyai kelebihan muka yang kacak. Selain itu mereka mempunyai bakat dalam basketball, menulis skrip dan mengarah drama. Kelebihan yang ada membuatkan mereka mengenakan orang lain iaitu bersetubuh dan berkongsi bersama. Kesannya ada tragedi yang berlaku yang menghantui hidup mereka.

Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. - Novel Gantung

Pelakon
Gibs : Randy Pangalila
Ray : Ikmal Amry
Troll : Hafreez Adam
KJ : Brandon Salim
Ratna : Gita Sucia
Fara : Mentari De Marelle

Tahniah buat penulis Nadia Khan memberi satu cerita yang fresh. Sejujurnya, saya belum baca lagi novel ini, kalau ada kesempatan nak beli dan baca full story sebab drama ini tergantung di akhir episod, kemungkinan akan disambungkan untuk Gantung 2. Novel Gantung 2 juga dah berada di pasaran sambungan dari Gantung yang pertama. Yang belum tengok lagi Gantung the series, boleh menontan di Fb atau telegram. Saya bagi 4.5/5 star untuk Gantung The Series!

Mar 11, 2018

Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak



Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangadd sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.


Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!



top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom













Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:






  • Koleksi kraf yang buat korangg buntang bijik mata!

  • Travelog - pengalaman sendiri ke Singapore & Indonesia

  • Pakej lawa 3 sekawan: guestbook, propcraft & photobooth

  • 30 Resepi kreatif jika nak turun 10kg dalam masa sebulan

  • D-i-y "homemade skincare" patut uols cuba




  • Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!



    Mar 10, 2018

    Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway

     http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-april-hingga-jun-mini-giveaway.html?m=1

    Hi, Ciklah ada menganjurkan segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway dari 8 March sehingga 31 March 2018. Jom memeriahkan segmen ini, ciklah akan memilih 10 blog bertuah di bloglist selama 3 bulan dan 5 orang pemenang giveaway. Menarik kan!

    Mar 9, 2018

    Hilangkan batuk dan kahak

    Salam,
    Bila anda batuk dan terkena selesema, hidung anda mungkin tersumbat. Kesannya, mengalami batuk dan kahak. Bila jadi mesti menggangu harian urusan kita kan. Kalau saya tak boleh nak buat kerja, sampai nak cakap dengan orang pun rasa terganggu.


    Bila mengalami batuk dan kahak jangan dibiarkan begitu sahaja. Kahak yang tidak keluar tentu mengganggu pernafasan anda. Untuk mengatasi masalah ini, minumlah air kelapa muda, berselang hari selama tiga hari. InsyaAllah batuk dan kahak anda akan berkurangan. Dan jika masih teruk, anda perlu lah pergi ke klinik dan makan ubat yang diberi oleh doktor.

    Credit : Panduan Petua Untuk keluarga

    Mar 8, 2018

    Cash Giveaway by FarhanaJafri

     http://www.farhanajafri.com/2018/03/cash-giveaway-by-farhanajafri.html

    Hi, Jom memeriahkan segmen Cash Giveaway by farhanajafri . Saya sentiasa support rakan-rakan blog untuk join giveaway. Menang tak menang itu rezeki. Syarat yang sangat mudah, giveaway ini akan berlangsung sehingga 7 April 2018.

    Mar 7, 2018

    Drama Korean Odyssey Review

    Hi, siapa belum menonton lagi drama Korean Odyssey? Saya memang peminat setia drama ini. Kenapa, sebab lain dari yang lain. Drama Korea tidak pernah menghampakan saya. Jalan cerita yang sangat menarik dan saya bagi 5 star untuk semua pelakon yang memainkan watak sungguh hebat.

    Kalau siapa pernah tengok drama China yang popular ketika dulu Journey to the West, pasti tahu watak Sun Gokong dengan 3 adik seperguruannya yang menemani Biksu Tom Sam Chong dalam perjalanan ke barat mencari kitab suci untuk umat manusia. Dulu tengok dekat TV 7, memang best. Drama korea ini adaptasi dari Journey to the west tapi version korean moden la. 

    Kisah drama yang bagi saya menarik kerana ada sedih, romantis, fantasi, komedi dan seram. Drama ini sinematografi sangat best, efek bunyi pun gempak. Siapa yang suka kisah fantasi dishorkan tengok drama ini.

    Untuk download drama ini boleh click ini Free download dari Episode 1 sehingga yang terakhir Episode 20.

    First episode date: December 23, 2017
    Final episode date: March 4, 2018

    Cast

    Lee seung Gi -  Son O Gong
    Oh Yeon Soo - Jin Su Mi
    Cha Seong Won - Whoo Whee
    Lee Hong Gi - P.K
    Jang Gwang - Yoon Dae-Sik

    Song Jong-Ho - Kang Dae Sung
    Lee El  - Ma JiYoung
    Lee Se-Young - Bong Soon


    Sinopsis

    Drama “Hwayuki” menceritakan sebuah cerita dari novel klasik China yang di tafsirkan kembali ceritanya hingga hari ini dan akan ada perpaduan kisah fantasi dan juga romantis. Pada tahun 2017, Son O-Gong dan King Wooma (Cha Seung-Won) saling bertentangan satu sama lain dan mereka mencari cahaya sejati di dunia yang gelap dimana kejahatan terjadi di mana-mana.
    Di sisi lain sebenarya Son O-Gong memang memiliki kekuatan khusus dan dia unggul dalam seni bela diri/ berkelahi. Dia melakukan kesalahan besar di Surga yang menyebabkan dia ditendang keluar dan dikirim ke Bumi. Selai dengan Raja Wooma Dia juga terlibat dengan Jin Sun-Mi (Oh ​​Yeon-Seo), mereka memulai sebuah perjalanan untuk menyingkirkan iblis yang mengganggu dunia ini.

    credit : korean odyssey

    Mar 6, 2018

    Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

     http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    Salam, jom ramai-ramai sertai giveaway by Raydah. Segmen ini berlangsung 1 March sehingga 31 March 2018.

    Mar 1, 2018

    Serbuk Teh Cantikkan Kulit anda

    Related image

    Jika anda ada serbuk teh yang sudah digunakan tanpa campuran gula atau sebagainya, jangan anda buangkan bahan ini kerana ia boleh digunakan untuk menghaluskan kulit anda.

    Caranya mudah dengan melumurkan serbuk yang telah digunakan itu pada tangan anda.Selain tangan boleh juga untuk kulit wajah dan mata.

    Manfaat Ampas Teh Untuk kulit 

    Mengandungi Vitamin E yang sangat baik untuk membantu menghaluskan kulit apabila terasa kering.
    Ampas teh tersebut boleh dibuat masker supaya kulit lebih lembap, halus, dan cerah. Selain itu teh juga dapat menghilangkan jerawat serta bekas jerawat di wajah anda.

    Related image

    Caranya keluarkan ampas teh dari kantongnya, lalu pindahkan ke bekas yang bersih. Masukkan satu sendok madu dan satu sendok tepung beras atau beras tumbuk. Gaul masker sampai rata, boleh tambahkan air jika terlalu kental. Kemudian, letakkan masker pada wajah secara merata dan gosok dengan lembut dalam 5-10 minit. Jika sudah, biarkan sehingga kering. Terakhir, bilas masker dengan air hangat sampai bersih, kemudian bilas lagi dengan air sejuk atau air ais.

    Siapa ada masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda? Yes saya antara salah seorangnya. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan ampas teh tersebut. 



    Caranya paling mudah, hanya perlu celup ampas teh tersebut ke dalam air sejuk (ais) hingga betul-betul sejuk. Selepas itu letakkan di kawasan kelopak mata dan biarkan selama beberapa minit, jika selalu amalkan dapat mengurangkan mata panda dan mata anda semakin segar dan sihat.

    Selain pada muka dan mata, banyak manfaat serbuk teh ini seperti mengatasi kemerahan akibat di gigit nyamuk, bekas luka, menggelupas, dan sunburn. 

    Air teh bukan sahaja untuk di minum. Tetapi serbuk teh itu sendiri mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan diri kita agar kekal sihat dan cantik. Sentiasa amalkan. Selamat mencuba!