Jun 7, 2022

Tempat Menarik di Ipoh - Gua Kek Look Tong

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Post terakhir saya November 2020, tiba - tiba saya teringat blog saya, lama sungguh tak login, nasib boleh login lagi sebab email masih aktif sampai sekarang. Bayangkan 2 tahun tak kemaskini blog macam -macam berlaku dekat diri dan negara. ah gitu. Walaubagaimanapun hidup harus diteruskan.


ok, back to the story sebagai IC O8 semestinya saya nak kongsi tempat cantik di negeri sendiri la. Saya jejak ke gua ni sebelum puasa , cerita 3 bulan lepas ni nak ingat balik. Saya dan rakan waze jer Gua Kek Look Tong dan terus sampai , tak sesat ya . Nak parking pun senang dan free sahaja. Untuk makluman dah sampai jaga tingkah laku ya disebabkan Gua Kek Look Tong ini adalah tempat ibadat masyarakat Cina . Tapi jangan risau dibenarkan untuk masuk . Tiada bayaran untuk masuk , ya FREE tetapi untuk aktiviti sewa boat, sewa basikal, bagi ikan makan tu ada lah caj. Dibuka setiap hari 9am sehingga 4pm.

Keunikan batu kapur di Gua Kek Look Tong ni cantik , bila masuk jer dalam gua ni sejuk dan berangin. Keluar pulak gua terus nampak keindahan tasik. Dekat situ boleh sewa paddle boat, basikal dan jalan2 di tasik.

Kalau dah sampai Ipoh tu jangan lupa lah singgah. Jom click video tiktok saya pergi Gua Kek Look Tong

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSdsGNEUR/?k=1

No comments:

Post a Comment