Salam semua, tak sangka cepatnya bulan Ramadan nak berakhir, minggu hadapan nak raya dah. Persiapan raya apa pun tak ready. Saya pulak cuti raya pertama sahaja. Selepas itu kerja seperti biasa. Kerja dekat tempat pelancongan ini, kami cuti waktu hari biasa bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, hari minggu atau public holiday kenalah kerja.
Minggu ini dapat berbuka puasa di luar, bersama rakan sekerja. Kami cuti setiap hari selasa. Mr Dakgalbi sudah kali kedua Atiah makan. Masa pertama kali makan dekat IOI City Mall. Kali ini makan di Ipoh. Mr Dakgalbi baru sahaja di buka di Aeon Station 18 Ipoh Perak dan yang pertama di buka di negeri Perak. Semestinya hari biasa pun penuh orang berbuka di Mr dakgalbi, kalau hari minggu tak taulah.
Saya suka makanan korea ini, walaupun harga sedikit mahal tapi memang puas hati. Kami ambil main coarse set untuk 2 pax, ada 1 ramen ,1 nasi dan 1 cheese. Dakgalbi ni ada ayam yang di marinated, kentang, kobis, chilli pepper & rice cake. Boleh refill kimchi, air satu jag , jeruk lobak, dan salad. Jangan risau, ada orang yang akan masak kan untuk kita, dah siap masak boleh terus makan. Harga RM67, yang bestnya bila bayar tak ada service tax dan GST. Jadi tak perlu lah jejak korea nak makan makanan korea. Kalau rasa nak tambah ramen atau nasi boleh add on, RM7 sahaja. Ada pelbagai lagi menu, kalau nak tahu kena lah try makan sini.
Kalau ada yang nak berbuka di Mr Dalgalbi tidak perlu reservation tapi pukul 6.30 anda dah pergi walk in ke restoran tu dan diberi nombor dan senduk kayu. nanti staff panggil nombor anda. Cuma haritu tak puas hati dengan staff situ sebab tak bagi penerangan yang betul. Dia cakap boleh masuk pukul 7 pm, jadi kami jalan-jalan lah dahulu sebelum nak pukul 7 pm tu. Pukul 7 baru kami datang tetiba meja kami dah bagi dekat orang lain. sebab orang tu panggil nombor kami tak ada masa itu. Manager tu minta maaf dan kami kena tunggu dalam 15 minit. Tak apalah yang penting dapat juga makan.
sedap sedap sedappp.. :D
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi..
ReplyDelete