Jun 7, 2018

Berbuka di Mr Dakgalbi Ipoh



Salam semua, tak sangka cepatnya bulan Ramadan nak berakhir, minggu hadapan nak raya dah. Persiapan raya apa pun tak ready. Saya pulak cuti raya pertama sahaja. Selepas itu kerja seperti biasa. Kerja dekat tempat pelancongan ini, kami cuti waktu hari biasa bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, hari minggu atau public holiday kenalah kerja.




Minggu ini dapat berbuka puasa di luar, bersama rakan sekerja. Kami cuti setiap hari selasa. Mr Dakgalbi sudah kali kedua Atiah makan. Masa pertama kali makan dekat IOI City Mall. Kali ini makan di Ipoh. Mr Dakgalbi baru sahaja di buka di Aeon Station 18 Ipoh Perak dan yang pertama di buka di negeri Perak. Semestinya hari biasa pun penuh orang berbuka di Mr dakgalbi, kalau hari minggu tak taulah.



Saya suka makanan korea ini, walaupun harga sedikit mahal tapi memang puas hati. Kami ambil main coarse set untuk 2 pax, ada 1 ramen ,1 nasi dan 1 cheese. Dakgalbi ni ada ayam yang di marinated, kentang, kobis, chilli pepper & rice cake. Boleh refill kimchi, air satu jag , jeruk lobak, dan salad. Jangan risau, ada orang yang akan masak kan untuk kita, dah siap masak boleh terus makan. Harga RM67, yang bestnya bila bayar tak ada service tax dan GST. Jadi tak perlu lah jejak korea nak makan makanan korea. Kalau rasa nak tambah ramen atau nasi boleh add on, RM7 sahaja. Ada pelbagai lagi menu, kalau nak tahu kena lah try makan sini.

Kalau ada yang nak berbuka di Mr Dalgalbi tidak perlu reservation tapi pukul 6.30 anda dah pergi walk in ke restoran tu dan diberi nombor dan senduk kayu. nanti staff panggil nombor anda. Cuma haritu tak puas hati dengan staff situ sebab tak bagi penerangan yang betul. Dia cakap boleh masuk pukul 7 pm, jadi kami jalan-jalan lah dahulu sebelum nak pukul 7 pm tu. Pukul 7 baru kami datang tetiba meja kami dah bagi dekat orang lain. sebab orang tu panggil nombor kami tak ada masa itu. Manager tu minta maaf dan kami kena tunggu dalam 15 minit. Tak apalah yang penting dapat juga makan.





Apr 27, 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest

https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Hi, bertemu kembali dengan Lazada Birthday Festival Blogger Contest. Nasib baik sempat join, ada dapat email dari Lazada. Kalau dapat email sebab contest, mesti lah happy. Setiap tahun tak miss nak join. Hadiah best sangat. Lazada melancarkan Birthday Festival Sale https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 April 2018 ini tersangat istimewa kerana Birthday Lazada yang ke-6 tahun! Terdapat pelbagai jenama produk sehingga 90 percent diskaun tau. Rugi tak beli ini.

Sempena Birthday Lazada yang ke-6 tahun  lokasi yang saya pilih adalah Flora Cafe Kuala Lumpur. Berkonsepkan bunga-bunga menjadi pilihan saya. Perhiasan bunga dan deco yang menarik memberi suasana yang sangat eksklusif dan romantik.

1

Tema mestilah Flower Birthday Party. Deco dan hiasan yang penuh dengan pelbagai warna-warni dapat memberi ketenangan dan kesegaran .Dekorasi yang kita perlukan ialah:-



Untuk menghias tidak perlu menggunakan kos yang banyak dengan harga RM10.70 sahaja dapat 15 head bouquets Rose Flower bagi kelihatan cantik dan menarik.

Tak menarik lah tanpa birthday banner di hias, jadi saya memilih banner untuk hanging deco. Sekarang promosi RM29 sahaja



Birthday cake semestinya Flower cake! Tema pun Flower birthday party bersesuai dengan cake bunga yang sangat cantik dan  sedap untuk para tetamu makan dengan penuh kenikmatan. Yummy!

Image result for flower cake design

Untuk lebih meriah mestilah dihiasi dengan light dekorasi iaitu candle blossom lotus. Harga yang sangat berbaloi RM14.02 sahaja. Uniknya candle blossom lotus ini menghasilkan musik.


OOTD untuk tema flower party semestinya flower dress! Harga pun best RM49 sahaja. Elegant sangat sesuai dengan tema.



Summer Casual Women Long dress hanya RM45.99. Corak bunga yang sangat menarik minat si gadis untuk membeli.


Apr 18, 2018

AMYLEA FT KAER - TAK PERNAH HILANG

Lagu terbaru dari Amylea dan Kaer bekas Akademi Fantasia yang disimpan kira-kira 3 tahun lalu ciptaan Farouk Roman dan lirik Amylea. Masa zaman AF suka sangat suara Amylea dan Kaer. Tak sangka ada lagu duet. Semoga dengan lagu terbaru ini membuka peluang untuk Amylea dan Kaer terus maju dalam Industri  dengan erti kata lagu nya 'tak pernah hilang'.

Boleh lihat video rasmi lagu Tak Pernah Hilang


LIRIK

Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siapa yang pernah rasa
Biar mereka coba mau, coba ada denganku

Mestikah kau perlu menjauh
Mestikah kau perlu menghalang
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Jika aku yang engkau ingin
Kunantikan satu jawaban
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu rindu
Yang selalu menantimu

Apr 16, 2018

Segmen bloglist April

Asalamualaikum semua. Jom join segmen blogwalking, boleh tingkatkan pageview + tambah rakan rakan baru.

klik banner untuk join sekaki !

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

 http://www.siqahiqa.com/2018/04/letter-of-happiness-giveaway-by-blog.html?m=1

Hi, jom join Letter of Happiness Giveaway dari Blog Siqahiqa. Kenapa mesti join, hadiah utama dia tudung  New Duck Scarf tu. Memang selalu tengok dekat Ig sahaja mampu. Hadiah yang lain pun tak kurang hebat, buku Love & Happiness by Yasmin Mogahed dan Duck Notebook. Giveaway ini berlangsung dari 13 April sehingga 13 May 2018. Semoga berjaya semua!