Dec 14, 2023

Review Drama W : Two Worlds versi Malaysia


 

 Hi semua,

W: Two World versi Malaysia telah ditayangkan di Platform Viu bermula 30 November 2023 . Saya dah tengok drama ini di Viu sehingga episod 5 dan drama ini masih on going setiap hari Khamis menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisya sebagai watak utama .

Mesti ramai yang dah tengok drama original ini versi Korea kan jadi jalan cerita setakat ini saya lihat story line sama dengan versi korea mengikut kesesuai drama Melayu . Untuk versi drama melayu saya bagi 5 star dari segi editing dan visual memang tak sangka kita boleh buat drama setanding Korea. Lakonan Hun Haqeem sebagai Aliff setakat ni ok hensem lah walaupun teringat Lee Jong Suk. Daiyan Trisya  belum dapat rasa feel lagi dan  watak dia kelam kabut sebagai Izara.

Cuma pemakaian baju Hun ada yang tak sesuai dengan cuaca Malaysia, kalau Hun pakai baju kemeja pun dah ok.Pelakon tambahan seperti Faizal Hussein, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman juga ada di W: Two Worlds. Elizabeth Tan sebagai watak Hana memang sesuai dalam drama ni seorang yang independent woman dan selalu ada bila Aliff berhadapan dengan masalah . Amierul Aiman sebagai watak Ghaz lain sikit untuk versi Malaysia ni , bodyguard yang agak tegas dan bitter.

Sinopsis

Mengisahkan Izara adalah Doktor muda yang tiba-tiba sahaja muncul dalam komik webtoon popular yang dilukis oleh bapanya . Izara menyelamatkan Aliff  dari dibunuh , Aliff Hadi adalah watak utama yang dicipta oleh bapa Izara mencari identiti pembunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dia dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

3 comments: