Apr 5, 2018

LOVE SUSHI & PROMOTION SAY CHEESE

Siapa peminat Sushi King, saya fans sangat dekat sushi sebulan sekali memang kena makan. Nak makan hari-hari tak boleh lah, sekali makan dah RM20 lebih walaupun makan beberapa plate jer. Kalau siapa yang belum cuba makan sushi ni, mula-mula cuba makan yang simple-simple dulu.

 Nanti dah okay dengan rasa baru cuba makan salmon yang mentah. Tapi ada jugak kawan saya dah bertahun makan sushi masih tak boleh makan salmon. Mula-mula saya pun tak boleh masuk tapi korang kena try yang Salmon Nishoku, first saya cuba makan tulah terus jatuh hati dengan salmon.

Sekarang ada promotion Say cheese dari 1 April sehingga 30 June 2018. Tak sabarnya nak cuba menu baru ni.Saya memang suka cheese, jadi memang tak akan lepas peluang lah menikmati SAY CHEESE ini.






Mana yang belum cuba try dulu on the kaiten tu, contoh inari, tamago, ebi fry, inari boat tuna mayo.Banyak tau sebenarnya yang okay. Belum cuba belum tahu. Makanan ni kita kena sentiasa cuba, kalau masih tak boleh masuk tekak , jangan lah pergi lagi dah, kira first and last lah. hahahaha


Favourite saya, wajib order sashimi


Salmon Nishoku

Selain itu ada set meal yang sedap tau. Dessert pun best. masih ingat lagi makan ice cream durian. Sedap sangat. Set meal paling saya suka Piri- Piri Chicken Set, dengan panas-panasnya makan.


Cara order makan sushi king:-
  • Saya tahu ramai yang nak cuba tapi tak tahu order, masa saya pertama kali datang tak tahu nak order, memang kawan ajar lah jawabnya.
  • Masuk ke dalam restoran, boleh pilih mana tempat duduk yang kosong, kalau penuh sila lah beratur dan tunggu. Kalau pilih tempat duduk saya suka dekat dengan kaiten, alah pinggan yang bergerak-gerak tu.
  • Akan ada Ipad di setiap meja makan, jadi just slide down sahaja kuantiti berapa orang. lepas tu boleh pilih menu.
  • Pelbagai menu di sediakan seperti dessert, beverage, set meal dan macam-macam lagi. Setiap menu ada tertera lagi setiap kalori makanan dan kandungan makanan.
  • Next, lepas dah order boleh click submit.
  • Kalau saya, dekat ipad saya selalu order air atau dessert sahaja, lepas tu makan sushi dekat on kaiten tu. Ha nak bagi tahu setiap pinggan ada warna. Bukan saja-saja dia letak warna. Warna tu adalah mengikut harga. Boleh lihat harga ada jer tertera dekat setiap meja. 
  • Makan sushi sahaja dah kenyang tau. ambik 5 pinggan confirm kenyang. 
  • Dah selesai makan, boleh lah click di ipad untuk bayar. nanti staff sushi akan datang dekat anda kira plate yang anda makan.


5 comments:

  1. Suka sushi tapi dah jarang makan sebab susah nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat tempat atiah pun takde sushi king kena pergi daerah lain.

      Delete
  2. Thanks for the info, lama juga dah tak makan Sushi, nasib baik terbaca artikel awak ada menu baru rupa nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, saya baru jer makan last week. okaylah nice

      Delete
  3. wahhhh nak try tapi takut franchise area rumah ni tak meriah sangat

    ReplyDelete