Mar 12, 2018

GANTUNG THE SERIES REVIEW


Image result for gantung the series

Hi, siapa dah habis tengok drama Gantung the series yang sekarang tengah hot di social media? Belum ada tayangan di Malaysia lagi tetapi sudah ditayangkan di Indonesia. Saya sudah tengok drama ini sebanyak 16 episode di Facebook yang di share oleh Fb Rafiq  . Drama Gantung di adaptasi dari novel Fixi Gantung dari penulis Nadia Khan. Bergenre seram, cinta, persahabatan, remaja dan gender.

Image result for gantung

Best ke Gantung the series ini?

Pendapat saya gantung the series lain dari yang lain dan  tak da lah asyik sama macam drama TV3 pukul 7pm tu.  Jalan cerita yang sangat menarik dan uniknya mempunyai banyak plot twist, isu realiti yang terjadi pada masa kini. Pemilihan pelakon yang tepat untuk watak Gibs, Ray, Troll dan Kj. Saya paling suka dengan watak Ray, natural dan cool.

Menceritakan kisah 4 sekawan iaitu  Gibs, Gay, Troll dan KJ yang masih bersekolah tetapi antara pelajar yang sangat popular kerana mempunyai kelebihan muka yang kacak. Selain itu mereka mempunyai bakat dalam basketball, menulis skrip dan mengarah drama. Kelebihan yang ada membuatkan mereka mengenakan orang lain iaitu bersetubuh dan berkongsi bersama. Kesannya ada tragedi yang berlaku yang menghantui hidup mereka.

Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. - Novel Gantung

Pelakon
Gibs : Randy Pangalila
Ray : Ikmal Amry
Troll : Hafreez Adam
KJ : Brandon Salim
Ratna : Gita Sucia
Fara : Mentari De Marelle

Tahniah buat penulis Nadia Khan memberi satu cerita yang fresh. Sejujurnya, saya belum baca lagi novel ini, kalau ada kesempatan nak beli dan baca full story sebab drama ini tergantung di akhir episod, kemungkinan akan disambungkan untuk Gantung 2. Novel Gantung 2 juga dah berada di pasaran sambungan dari Gantung yang pertama. Yang belum tengok lagi Gantung the series, boleh menontan di Fb atau telegram. Saya bagi 4.5/5 star untuk Gantung The Series!

12 comments:

  1. tgk sinopsis mcm best jee nii.. nak try lahhh tgkk.
    tq for sharing sis

    ReplyDelete
  2. mana nak tengok yer?
    ramai kata best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi link fb rafiq. baca balik entri di atas. saya ada share. click sahaja

      Delete
  3. Memang menarik drama ini.. Tak sabar tunggu second season..

    ReplyDelete
  4. ramai jugak yg review citer ni, tiah.
    hmmmm... pelakon2 nyer pun ganteng-ganteng!

    ReplyDelete
  5. ha'ahhhh kak neddo saja buat ending tergantung sebab nak tengok feedback penonton. Kalau ramai yang curious apa jadi lepastu baru keluar gantung 2. Can't wait!!

    ReplyDelete
  6. omg nak tgok! but dah x boleh tekan dh fb rafiq tu..maybe kena block kot

    ReplyDelete