Jan 26, 2018

Review Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu

Kenapa saya memilih Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu , ceritanya hotel ini berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) jadi adik saya berjaya sambung ijazah di UMT pada November lepas. Kami book di Agoda.com untuk 2 malam. Hotel TH berdekatan dengan Airport di sebabkan itu menjadi tumpuan untuk para jemaah haji dan umrah untuk menginap.

Hotel TH parking agak luas, jadi tak perlu risau jika lambat untuk check in. Bila masuk dekat pintu masuk hotel ini, memang besar dan puas hati walaupun belum masuk bilik lagi. Kami disambut dengan layanan yang mesra oleh receptionist. Harga untuk 2 malam  pun mampu milik,  include breakfast.

Kami satu family 4 orang, jadi kami memilih bilik superior twin , 2 single bed. Memang selesa sebab katil single bed pun besar. Di sediakan juga, sejadah, tasbih dan Al-Quran. Hotel TH menawarkan perkhidmatan free wifi di semua bilik dan public area. Selain itu anda boleh berenang di swimming pool yang disediakan di bawah. Ada swimming pool indoor dan outdoor serta untuk kanak-kanak. Semasa kami di sini swimming pool indoor dalam pembersihan. maka saya swim di outdoor pukul 8.00 pagi. Tak nak ramai orang swim lah awal pagi. boleh lah kuak lentang ke terjun ke kan.









 



Keseluruhan, saya bagi 4/5 star untuk Hotel TH Kuala Terengganu. View cantik, service tip top, bilik pun cantik dan selesa. Saya recommend untuk  anda menginap di sini. 

6 comments:

  1. Wah.. sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Kitorang pi sini sebab nak mandi kolam je..nak tido, balik umah..huhu

    ReplyDelete
  3. Cantik.. Kalau servis tip top memang bestlah..

    ReplyDelete
  4. ni dekat dgn airport kan, atiah.
    aida pernah nak stay tau.
    tapi at last tak jadi ke tganu naik plane.
    drive aje.
    so dok hotel lain masa tu.

    ReplyDelete
  5. Breakfast nya macam mana ya? Makanan apa yang dihidangkan? 😊

    ReplyDelete