Oct 9, 2017

TIPS MENYIMPAN GULA





Entry sebelum ini iaitu cara mengusir semut paling mudah LINK INI . Saya akan kongsi pertanyaan dari hasrulhassan.com berkenaan cara menyimpan gula dari dimasuki semut .

Gula jika tidak disimpan dengan baik pasti mudah dihurungi semut dan kemungkinan berair jika tidak disimpan pada tempat yang sesuai.



  1. Ambil bekas kaca atau plastik kering yang sudah dibersihkan, masukkan gula ke dalamnya. Setelah itu simpan pada tempat yang kering dan sederhana cuacanya. Jangan terlalu lembap dan jangan terlalu kering ya.
  2. Pada mulut bekas gula itu sapukan minyak kelapa untuk mencegah daripada dimasuki semut. Bila mengambil gula gunalah sudu yang kering.
  3. Selain itu, masukkan beberapa batang bunga cengkih atau kulit kayu manis ke dalam balang boleh mencegah semut daripada memasuki balang tersebut. Disamping itu jika gula dalam bekas dimasuki semut jangan di buang , letakkan daun pandan seikat dua dalam bekas gula. InsyaAllah dalam beberapa jam semut akan keluar sendiri.
Selamat Mencuba.




Sumber : Panduan Petua Untuk Keluarga

8 comments:

  1. Ohh letak daun pandan boleh usir semut tu keluar ehh .. hmmm ok ok .. nanti nak try, terima kasih ye.

    ReplyDelete
  2. bagus tips nie.. boleh cube nanti.. sekarang bekas gula dekat penutup die tu e'in lapik dengan plastik..

    ReplyDelete
  3. so far takde masalah dengan semut lagi...hihihi..tapi will keep it in mind..mana tau facing pulak in the future kan!

    ReplyDelete
  4. yes. aida pun so far xde masalah.
    amik tips ni sbg ilmu di masa depan :)

    ReplyDelete
  5. oooooo..rupanya...nnt saya cuba...

    ReplyDelete
  6. one of our biggest concern bila nak simpan gula is takut semut masuk. well, kalu igt nak try this tip la

    ReplyDelete
  7. Sha simpan dalam peti ais.. memang tak ada semut.. Baru tahu mengenai minyak tu..

    ReplyDelete