Sep 30, 2017

Menang Photo Contest dari Hotfm



Cerita  ini lebih kurang sebulan yang lepas tapi baru harini nak update entry.
Saya antara 5 Pemenang Photo Contest Semangat Merdeka sempena Merdeka pada bulan lepas. Terkejut nak cakap macam mana lagi dapat panggilan dari Hotfm mengatakan saya salah seorang pemenang dah memenangi hadiah cash RM200. Ini kali pertama saya masuk pertandingan anjuran Hotfm. Alhamdulilah dengan keadaan saya tengah menggangur sekarang ni, amat bermakna buat saya. Terima Kasih Hotfm . Doa-doakan saya dapat kerja dalam masa terdekat. Dah dekat 4 bulan tanam anggur ni.

Sep 29, 2017

Giveaway by Alia Farhan

 http://www.aliafarhan.com/2017/09/giveaway-by-alia-farhan.html

Jom join Giveaway by Alia Farhan. 

Syarat-syarat:

*paste kan entry ni dekat blog hampa 


* follow @aliafarhan

*follow @aliafarhansaid

* follow @scandi_scandu

* komen DONE dengan paste entry hampa na.

GA ni akan berakhir  30 September

DUA Pemenang akan diumumkan 1 October

Pemilihan pemenang menggunakan Random.org

Sep 28, 2017

Senarai Peserta Segmen Blogwalking Bersama Atiah


Terima Kasih kepada semua blogger yang support saya untuk menyertai "Segmen blogwalking bersama Atiah" dari 23 September sehingga  30 September. Sesiapa yang belum lagi menyertai anda boleh pergi ke LINK ini  . Tarikh tutup adalah pada 30 September pada pukul 11.59 pmKeputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2017 di blog dan juga Instagram saya. Moh kita blogwalking dan visit Instagram peserta segmen. 

Sep 24, 2017

Jom ke Langkawi

Sebut saja Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan?
Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri memudahkan lagi perjalanan anda ke Pulau Langkawi. Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi?


Image result for dataran lang langkawi

Photo Credit : Google.com

Jika datang ke Langkawi, tempat yang anda akan kunjungi adalah Dataran Lang. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.


Image result for laman padi langkawi

Photo Credit : Google.com
Selain itu ,  Laman Padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau anda daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika anda memandu.

Sep 23, 2017

Segmen Blogwalking bersama Atiah



Ini adalah first segmen daripada saya untuk mencari blogger yang aktif. Segmen Blogwalking by Atiah bermula 23 September 2017 sehingga 11.59 malam 30 September 2017.  3 Pemenang bertuah akan menerima Reload RM5 setiap seorang. Semua di jemput menyertai segmen ini.

Syarat-syaratnya:-

1. Follow blog Blog AtiahM , Add to Circle Google+ AtiahM   , Follow Instagram cheah_shop .
2. Buat Entri bertajuk Segmen Blogwalking bersama Atiah berserta Banner.
3. Tinggalkan URL anda berserta instagram id di kotak komen ini.
4. Tarikh akan tamat pada 11.59 malam 30 September 2017.

3 Pemenang akan dipilih melalui random.org. Keputusan akan diumumkan kelak. Share pada rakan-rakan yang lain ya.





Sep 22, 2017

Wonderful of Sabah Malaysia

Assalamualaikum
Ini adalah percutian saya yang ketiga sebenarnya, tahun lepas bulan November kalau tak silap. Lama kan nak update entry pergi Sabah. Okay untuk percutian ini adalah travel bersama keluarga. Sebenarnya agak susah nak bercuti bersama disebabkan sebelum ini saya study dan ayah pun bekerja. Masa ini pun saya ada training di ILSAS tapi nasib baik mereka bagi cuti sebab tempahan tiket semua dah dibuat 6 bulan awal dan ayah pulak baru sahaja bersara. Saya belanja view dekat Sabah dulu. Kalau cantik sila comment. Hahahaha. Okay gurau!




Sep 20, 2017

Makanan Terbaik Untuk Mata

Photo Credit : Google.com

Mata (eyes) sangat penting pada manusia. Tanpa mata maka susah lah untuk kita melakukan pekerjaan seharian. Kita boleh mencegah atau merawat penyakit  seperti Cataracts, Conjunctivitis, Glaucoma, Macular degeneration of the retina, night blindness, visual acuity dengan makan makanan yang baik untuk kesihatan mata anda.

Antaranya adalah:-


Lobak (Carrot) 



Photo Credit : Google.com
  • Lobak adalalah sangat berguna untuk masalah retina dan mata secara umum. Selain itu masalah kulit, gastrik dan menghalang dari penyakit kanser.
  • Lobak atau carrot bersama Alfafa Green adalah kandungan makanan yang sangat kaya dengan Vitamin A.
  • Compositon of carrot : Carotenoids : beta-carotene. Fungsi untuk retina ,terutama night vision atau low light situation. Ia membantu kulit dan mucosa dalam keadaan yang baik. Serat Sayuran (Vegetable Fiber) ,dan Minyak pati (Essential Oil).

Sep 18, 2017

Free Online Drama Korea, Japan, China, Hong kong, Thailand


 http://ondramanice.com/



Hi,
Mesti ramai yang peminat drama dan filem dari negara Korea, Japan China, Taiwan, Hong kong ,Thailand dan Filipina  jadi saya nak share website drama kegemaran saya , pelbagai  latest dan popular drama ada di http://ondramanice.com/ . Bukan sahaja drama tetapi rancangan tv seperti Running Man, infinite challenge pun ada. Selain itu Movie juga turut ada. Kalau ada mahu cari drama dan movie kegemaran anda cuma taip di bahagian box search atau click drama list. Download pun boleh just click di bawah video yang tertera perkataan download. Selamat Menonton


Sep 12, 2017

Filem Kingsman The Golden Circle, menangi Tiket !



Siapa peminat Filem Kingsman, sekuel terbaru Kingsman The Golden Circle akan di tayangkan pada 21 September 2017 di seluruh Malaysia.

Sinopsis Filem

Berkisah tentang penggembaraan Eggsy yang menghadapi misi terbaru iaitu ketika markas mereka hancur dan dunia dijadikan tebusan, perjalanan Kingsman membawa mereka ke penemuan organisasi di US untuk menjalin kerjasama. Kedua-dua organisasi rahsia elit ini mesti bersatu untuk mengalahkan musuh.

Berjayakah Eggsy dan organisasi Statesman untuk misi terbaru ini? Jom pergi panggung berhampiran anda pada 21 September nanti.





Peraduan dari Hangat.com akan memenangi 10 tiket filem tayangan istimewa pra tonton pada 19 September 2017 di GSC Midvalley pada jam 8.45 malam. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 16 September 2017. Jom join peraduan dari hangat.com mana tahu anda antara yang bertuah.


Sep 11, 2017

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

 http://bukupinky.blogspot.my/2017/09/first-giveaway-by-blog-buku-pinky_5.html

Klik Banner

Assalamualaikum
Jom join first giveaway by bukupinky.blogspot.com. Giveaway ini berlangsung dari 5 September sehingga 5 Oktober 2017. Lama kan, Syarat-syarat mudah sahaja. Hadiah pun best!Apalagi tunggu..

.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog saya Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.
5.Copy & paste URL entry korang ke dalam ruang komen.

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20

Sponsor Giveaway:







Sep 9, 2017

Tips memilih skincare untuk Kulit Kering



Credit : Google

Assalamualaikum semua
Entry kali ini saya akan share Tips Skincare bagi yang menghadapi masalah kulit kering (dry skin). Pasti ramai yang menghadapi masalah kulit kering seperti mengelupas dan bersisik di sebabkan cuaca, alergi, atopik dermatitis (Ekzema) , sabun, efek ubat-ubatan. Saya antara menghadapi masalah kulit kering kerana mengalami penyakit ekzema, jika tidak di atasi kulit saya akan mengelupas dan bersisik.

Jadi saya nak kongsi Tips untuk memilih skincare product bagi kulit sentiasa cantik dan sihat.

1. Facial Cleanser 

Bagi yang menghadapi masalah kulit kering di wajah pencuci muka adalah sangat penting. Anda perlu memilih pembersih wajah yang lembut, tidak mengandungi alcohol dan pewangi. Kurangkan pengunaan Scrub atau foaming ini dapat menambahkan pengeringan di muka anda.

2. Moisturising Cream 

Pelembap perlu di gunakan setiap hari selepas mandi terutama yang menghadapi kulit kering. Selain melembapkan wajah anda ia juga dapat menjaga wajah dari paparan sinar UV. Jika berada di luar pilih pelembap yang memiliki SPF untuk melindungi dari sinaran matahari. Manfaat pelembap juga dapat menyegarkan, menghalus dan mencerahkan kulit wajah anda. Bagi kulit kering pilih pelembap wajah yang mengandungi bahan dasar air atau minyak. Hindari kandungan alcohol, pewangi dan perwarna sintetis.