Sep 24, 2017

Jom ke Langkawi

Sebut saja Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan?
Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri memudahkan lagi perjalanan anda ke Pulau Langkawi. Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi?


Image result for dataran lang langkawi

Photo Credit : Google.com

Jika datang ke Langkawi, tempat yang anda akan kunjungi adalah Dataran Lang. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.


Image result for laman padi langkawi

Photo Credit : Google.com
Selain itu ,  Laman Padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau anda daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika anda memandu.


Image result for cable car langkawi

Photo Credit : Google.com

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.

Image result for best star resort langkawi

Photo Credit : Traveloka
Antara hotel yang terbaik di Langkawi adalah Best Star Resort. Best Star Resort adalah antara Resort yang selalu menjadi pilihan pelancong jika ingin menginap di Pantai Chenang. Ini kerana di Best Star Resort mereka menawarkan penginapan berserta 'breakfast' di mana jarang di tawarkan oleh resort/chalet di Pantai Chenang disamping lokasinya yang menarik iaitu betul-betul tepi Pantai Chenang. Anda anda menikmati sarapan pagi sambil ditemani laut yang terbentang luas.


Beach Side Dining at Beach Cove Restaurant
Photo Credit : Best Star Resort Langkawi

Terletak di tengah-tengah Pantai Cenang, Best Star Resort merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Langkawi. Terletak hanya 14. Km dari pusat bandar, para tetamu berada di lokasi sesuai untuk menikmati tarikan dan aktiviti di sekitar bandar. Persekitaran yang terjaga dan kedudukan berhampiran dengan Your Language Books Corner, Pantai Cenang, Cenang Mall memberi hotel ini daya tarikan istimewa.

Best Star Resort juga menawarkan banyak kemudahan untuk memperkayakan penginapan anda di Langkawi. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan di lokasi untuk memuaskan hati tetamu termasuk yang arif.


Related image

Photo Credit : Best Star Resort Langkawi

Best Star Resort mengandungi 115 bilik yang dihias indah dan menawarkan karpet, televisyen skrin rata, internet wayarles, internet wayarles (percuma), penyaman udara. Senarai lengkap kemudahan rekreasi boleh didapati di hotel, termasuk kolam renang terbuka, kolam renang (kanak-kanak), sukan air (bermotor), sukan air (tidak bermotor). Apapun alasan anda untuk melawat Langkawi, Best Star Resort adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik.


Image result for best star resort langkawi bilik

Photo Credit : Best Star Resort Langkawi

Hotel ini menawarkan Wifi percuma dan bilik datang serba lengkap dengan penghawa dingin, teh & kopi percuma dan bilik mandi persendirian. Ada beberapa bilik tertentu yang mempunyai pemandangan laut dari tingkap bilik. So tunggu apa lagi cepat book Best Star Resort Hotel Langkawi.

3 comments:

  1. but ray x penah langsung pegi langkawi. hmmm xde rezeki lg nak pegi sana

    ReplyDelete
  2. Pernah dah pergi langkawi ini.. Lama dulu.. Ada juga cadangan nak ke sini cuma tak tahu bila.. masih dalam planning..

    ReplyDelete