Dec 4, 2016

Throwback My Convocation !




Salam, dah lama nak taip entry ni tapi kekangan masa. Sekarang saya dah berkerja selama sebulan di Kuala Lumpur contract selama 7 bulan, nak cari pengalaman jer dulu. Kalau ada rezeki harap sangat jadi permanent staff. Back to story, konvo bulan 8 yang lepas, 21 OGOS 2016. Tak terkata saat di beri scrool, maka terhasil belajar selama 3 tahun degee di Uniten. Pengalaman pahit manis di alam Universiti tak akan saya lupa. Orang cakap the best moment ever la. Dan jugak impian saya tercapai di umur 22 tahun dan dapat pegang ijazah.

Terima kasih tak terhingga Ayah dan ma, yang mengikut anak nya untuk memilih coarse yang saya nak, Keluarga saya memang tak memaksa apa yang saya nak, ayah ma ikutkan jer. Kalau aku ada anak pon aku tak paksa dia nak ambik coarse apa. Hahahaha. Keluarga yang sangat memahami dan support saya. Terima kasih jugak pada sponsorship YTN, tanpa ytn jenuh la ayah nak bayar yuran pengajian yang sangat mahal tu. Terima kasih YTN. Terima rakan-rakan yang banyak membantu. Aku doakan semua berjaya. Amin. Ini jer photo yang saya dapat share. sebab letak banyak banyak nanti nak nangis, rindu la .









Photo Preconvo











Sep 16, 2016

Masbro Village Melaka - Short Vacay



Salam, ini  percutian 1 April lepas , baru nak buat entri pergi Melaka dengan sahabat sahabat Uniten. Percutian kami singkat jer 2 hari 1 malam . Sahabat saya sorang tu orang Melaka kira nak last bercuti sebab lepas tu kami dah habis belajar. Rindunyalah sekarang semua dah buat hal masing masing, ada yang kerja, ada yang menggangur macam saya ni. hahahaha

Kami tinggal satu malam di Masbro Village Melaka style rumah English kan,  masa April yang lepas harga RM250 untuk semalam. Masbro Village ni dekat tepi jalan jer, kalau nak ke Bandar Melaka nampak dah. Masa kami pergi swimming pool tak siap lagi, sekarang dah siap dah. Mesti lagi cantik. Dekat dalam rumah sangat cantik puas hati sebab ruang tamu besar siap ada tv, Oven, peti ais. Bilik dekat atas pon selesa, ada Dua katil queen. Tandas ada dua. Kalau nak tinggal sini sila lah booking awal sebab memang selalu Full.






credit : google




Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

 http://arwendanish.blogspot.my/2016/09/giveaway-mangkuk-tingkat-by-el-darwena.html

Salam, suka nyalah tengok mangkuk tingkat macam macam warna ada. Harap dapat lah mangkuk tingkat dari El Darwena.

Giveaway ini akan berlangsung dari 15/9/2016 sehingga 15/10/2016.

Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016

 http://aisyaazman.blogspot.my/2016/08/pencarian-bloglist-september-october.html


Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.

Sep 14, 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

 http://www.sallysamsaiman.com/2016/09/beauty-box-giveaway-by-sally-samsaiman.html

Salam

okay entri pasal product, aku paling suka foundation, kalau keluar paling simple pakai foundation dan lipstik jer. First foundation aku pakai sampai sekarang adalah super glowing foundation dari Farra Beauty. Sebab apa aku suka foundation farra beauty kerana long lasting, boleh bawak solat,  ada SPF 35 dan dapat repair kulit (jerawat, jeragat, parut) dan paling utama muka akan flawless.

Kalau skincare sekarang saya guna campur dua brand body shop dan farra beauty. Farra beauty (Cleanser, krim malam) Body shop Vitamin E (Moisturizer, Toner, Scrub). Muka saya kering dan sensitif, Jadi saya amat mengutamakan product semula jadi dan sesuai dengan kulit muka.

Wishlist Product teringin nak try Mary Kay.



Sep 13, 2016

Sep 9, 2016

segmen: bloglist ayuinsyirah tahun 2016

 http://www.ayuinsyirah.my/2016/08/segmen-bloglist-ayuinsyirah-tahun-2016.html

click banner 


Hi, jom join segmen bloglist ayuinsyirah tahun 2016. Tamat segmen pada 30 September 2016.


Sep 7, 2016

3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian



Salam..rindunya lah perhentian, habis jer convocation hari ahad (21/8/2016) , terus stay tak balik perak sebab hari selasa (23/8/2016) petang ada interview di bangsar dan malam jam 10pm bermulalah perjalanan dari TBS - Kuala Besut Terengganu selama 7 jam.

Hari Pertama (First Day)

  • Transport (Bus) : Terminal Bersepadu Selatan (TBS) to Kuala Besut return about RM88 (10pm until 5am)
  • Depan jeti Kuala Besut ada Surau mudah nak istirehat dan solat sementara nak tunggu boat pukul 8 am.
  • Perjalanan naik boat Jeti Kuala Besut - Perhentian Island lebih kurang sejam setengah (1 hour half)
  • Dah sampai kami tinggal di Pangkalan Raja, lepas tu excited sampai matahari terpacak kami jalan dari homestay  sampai ke hujung, tak ingat pulak nama tempat tu..haritu memang berjalan jer dah lama tak pergi pulau katakan
  • Petang sikit kami training snorkeling , tak jauh pon pergi sebab kat tepi tu pon banyak coral dan ikan cantik-cantik. 
  • Malam kami pergi Long Beach nak tengok Fire show . Sebab kena pergi seberang laut kena bayar sorang RM30 seorang dekat boatman.
Hari Kedua (Second Day)

  • Pagi bangun awal , jalan-jalan lagi
  • Hiking ke Windmill. Cantik sangat view. Ini wajib pergi kalau dah pergi perhentian
  • lepas tu bersnorkeling lah apalagi. Memang penat walaupun tiga jer checkpoint. Dapat tengok turtle, coral dan ikan yang sangat lawa. 
  • sampai ke shark point dah tak larat, sekejap jer dekat sini sebab shark pon tak da. takda rezeki nak jumpa shark.
  • Petang mandi laut lagi sampai burn. masa ni dapat tengok ikan Nemo.
  • Malam aktiviti BBQ. Terima kasih dekat pakcik nelayan bagi kami dua ekor sotong gemok-gemok. buat makan bbq malam tu. 
Hari Ketiga (Third day)
  • Hari terakhir. Sedih nak tinggalkan pulau
  • pagi macam biasa aktiviti berjalan sekitar pulau dan mandi laut
  • Tengah hari kami masak manggi sebab pakej makan sampai breakfast jer. pinjam dapur kami masak maggie banyak-banyak. 
  • Pukul 4pm gerak balik Kuala besut
  • Disebaban tiket kami balik pukul 8.30 pm, jadi jalan - jalan tengok rumah api dekat dengan jeti. 
  • sampai TBS pukul 5pagi. Lepas tu drive balik perak . 2jam drive. Kereta memang kita park dekat TBS. Murah jer sehari RM4. 
  • Jumpa lagi perhentian, next year !














Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

 https://www.ahmadhasif.my/2016/09/giveaway-tunai-by-ahmadhasifmy.html#.V8_Lq_l97IX

click banner 

Bersempena Hari Malaysia yang akan menjelang tiba pada 16 September 2016 ini, satu giveaway tunai anjuran Ahmad Hasif bernilai RM30 akan berlangsung bermula 4 September 2016 sehingga 30 September 2016 nanti.

Entry sempena hari kemerdekaan yang ke 59 tahun ialah dengan bertemakan sehati sejiwa pada tahun ini menunjukkan bahawa negara kita yang berbilang kaum, agama dan bangsa mempunyai semangat bersatu padu, kesefahaman dan semangat kesepaduan. 



Sep 4, 2016

Trip ke Medan Indonesia

Cerita sebelum bertolak ke Medan

Salam, inilah percutian yang tak disangka dan tak terpikir pon nak pergi Medan tahun ni. okay aku nak cerita aku pergi medan ni dengan kawan-kawan strangers tak kenal pon..mesti ramai yang tak percaya.kau biar betul, percaya betul kat orang tak kenal. aku jenis positif think, mula-mula takut jugak nak pergi dan deal dengan orang yang tak kenal pon kan, kot-kot tipulah apa lah tapi alhamdulilah aku join group yang sangat-sangat awesome!

Bermula dengan ada orang ni RT di twitter yang ada kosong ke Medan 3 orang lagi, aku tengok aktiviti dia macam seronok, sebab ini betul-betul pergi tempat-tempat Adventure. Aku suka adventure tapi takda geng nak buat aktiviti mencabar ni. Lepas tu aku tanya kawan aku ni, dia senior setahun. Nama dia Aqah. Just tanya dia simple nak tak join, sebab kitaowang dua orang memang plan nak bercuti tapi asyik postpone jer ni saja-saja tanya gitu jer..Dan aku ingat dia macam taknak kot..and dia jawab okay jom. Aku pon macam eh biar betul minah ni.. Just simple jer nak decide kan. Dia pon kata okay, kerja aku pon senang deal dengan orang tu cakap kami confirm pergi. Yang aku deal ni nama dia shahrel, dia lah yang urus semua. dan dimasukkan kami dalam group whatsapp. bila tengok group tu aku ingat ramai lelaki. and what ramai giler perempuan. so aku pon macam okay ramai gang kan. Aku plan nak pergi Medan pon sebab tengok tarikh dia plan pon okay sebab betul-betul aku habis belajar.

Bermula Medan Adventure

Kami pergi ke Medan pada tarikh 27 May, selama 4 hari 3 malam. Flight kami malam jadi sampai Medan pon malam lah, kami bermalam di surau Airport Medan. Pagi pukul 8am barulah pak supir sampai dengan menaiki bas legend, kenapa bas legend. okay bas ni memang bas dulu-dulu tau. yang tingkap boleh tarikh tu, lepas tu pak supir tu bawak hebat giler, dan bas tu sangat lasak, terhujung hayang kami tapi steady jer bas tu. Tempat pertama yang kami sampai adalah Kolam Abadi. Kolam abadi yang sangat-sangat awesome. Air dia sangat-sangat cantik, tak tipu. Kami ber body rafting, jungle trek dan cliffjump. Dekat kolam abadi lama jugak dalam 3 jam kami body rafting dan cliffjump.
















Location : Kolam Abadi Tero , Medan Indonesia

Kami anak Malaysia berbangga dapat sampai di sini !

Kalau nak tengok aku cliffjump bole tengok  di instagram saya misscheare. Ada dua video clifjump. dan kami cliffjump tu serius tinggi, nasib memang aku jenis suka cliffjump.aku tak sangka aku boleh jadi pandelela renong sekejap dengan memakai life jacket.hahahaha. Pada malam hari kami gerak ke Gunung sibayak untuk hiking. kami hiking pukul 3 pagi. Sebelum hiking kami bermandi di kolam Airpanas sidebu-debu. Air panas dari gunung berapi. 

Nak cerita pasal sibayak mountain, pastikan pakai jacket, glove dan mask. Sebab bila dah sampai atas memang sejuk dan angin tiup kencang. Aku pakai 3 lapis baju pun  sejuk sampai kebas satu badan. okay mask kena bawak sebab bau sulfur. 


Location : Air hangat Sidebu-debu brastagi, Medan









Location ; Sibayak Mountain Medan

Keesokkan harinya kami singgah di Lake toba sekejap dan meneruskan perjalanan ke Air terjun sipiso-piso. Kalau ada peluang sesiapa yang pergi Sipiso-Piso pergilah tengok air terjun tu sampai bawah, memang la mencabar kena lalui beratus jugak anak tangga. tapi serius tak rugi waterfall paling tinggi dapat tengok depan mata dekat-dekat dan sampai bawah memang akan basah satu badan jadi mana yang nak bergambar tu bawak lah waterproof casing or gopro/Sj cam. 





Location : Lake toba

Kami bermalam di Air terjun Sipiso Piso style camping, no homestay no hotel okay..tapi bukan bermalam kat bawah tu, dekat atas yang area kedai makan. Bila bangun pagi tengok view cantikla sangat, rasa sedih nak tinggalkan. Lepas siap siap pagi tu kami gerak ke kebun teh sidamanik. Sepatutnya plan first pergi air terjun dwi warna tetapi disebabkan baru jer terjadi kepala air kami terpaksa tukar plan. Selepas itu kami terus gerak ke Airport untuk balik ke Malaysia.






Location : Sipiso Piso Waterfall



The best view ever otw to Kebun teh sidamanik

Location : Puncak Simarjarunjung




Location : Kebun Teh Sidamanik




Terima kasih buat pak supir yang legend, Mas amir dan Bal. Rakan-rakan baru kami yang sangat awesome. Semoga berjumpa lagi kalian. Terima kasih Ya Allah di beri peluang untuk kami melihat ciptaan mu di Medan , Indonesia. Selamat tinggal Medan.