Salam, inilah percutian yang tak disangka dan tak terpikir pon nak pergi Medan tahun ni. okay aku nak cerita aku pergi medan ni dengan kawan-kawan strangers tak kenal pon..mesti ramai yang tak percaya.kau biar betul, percaya betul kat orang tak kenal. aku jenis positif think, mula-mula takut jugak nak pergi dan deal dengan orang yang tak kenal pon kan, kot-kot tipulah apa lah tapi alhamdulilah aku join group yang sangat-sangat awesome!
Bermula dengan ada orang ni RT di twitter yang ada kosong ke Medan 3 orang lagi, aku tengok aktiviti dia macam seronok, sebab ini betul-betul pergi tempat-tempat Adventure. Aku suka adventure tapi takda geng nak buat aktiviti mencabar ni. Lepas tu aku tanya kawan aku ni, dia senior setahun. Nama dia Aqah. Just tanya dia simple nak tak join, sebab kitaowang dua orang memang plan nak bercuti tapi asyik postpone jer ni saja-saja tanya gitu jer..Dan aku ingat dia macam taknak kot..and dia jawab okay jom. Aku pon macam eh biar betul minah ni.. Just simple jer nak decide kan. Dia pon kata okay, kerja aku pon senang deal dengan orang tu cakap kami confirm pergi. Yang aku deal ni nama dia shahrel, dia lah yang urus semua. dan dimasukkan kami dalam group whatsapp. bila tengok group tu aku ingat ramai lelaki. and what ramai giler perempuan. so aku pon macam okay ramai gang kan. Aku plan nak pergi Medan pon sebab tengok tarikh dia plan pon okay sebab betul-betul aku habis belajar.
Bermula Medan Adventure
Kami pergi ke Medan pada tarikh 27 May, selama 4 hari 3 malam. Flight kami malam jadi sampai Medan pon malam lah, kami bermalam di surau Airport Medan. Pagi pukul 8am barulah pak supir sampai dengan menaiki bas legend, kenapa bas legend. okay bas ni memang bas dulu-dulu tau. yang tingkap boleh tarikh tu, lepas tu pak supir tu bawak hebat giler, dan bas tu sangat lasak, terhujung hayang kami tapi steady jer bas tu. Tempat pertama yang kami sampai adalah Kolam Abadi. Kolam abadi yang sangat-sangat awesome. Air dia sangat-sangat cantik, tak tipu. Kami ber body rafting, jungle trek dan cliffjump. Dekat kolam abadi lama jugak dalam 3 jam kami body rafting dan cliffjump.
Location : Kolam Abadi Tero , Medan Indonesia
Kami anak Malaysia berbangga dapat sampai di sini !
Kalau nak tengok aku cliffjump bole tengok di instagram saya misscheare. Ada dua video clifjump. dan kami cliffjump tu serius tinggi, nasib memang aku jenis suka cliffjump.aku tak sangka aku boleh jadi pandelela renong sekejap dengan memakai life jacket.hahahaha. Pada malam hari kami gerak ke Gunung sibayak untuk hiking. kami hiking pukul 3 pagi. Sebelum hiking kami bermandi di kolam Airpanas sidebu-debu. Air panas dari gunung berapi.
Nak cerita pasal sibayak mountain, pastikan pakai jacket, glove dan mask. Sebab bila dah sampai atas memang sejuk dan angin tiup kencang. Aku pakai 3 lapis baju pun sejuk sampai kebas satu badan. okay mask kena bawak sebab bau sulfur.
Location : Air hangat Sidebu-debu brastagi, Medan
Location ; Sibayak Mountain Medan
Keesokkan harinya kami singgah di Lake toba sekejap dan meneruskan perjalanan ke Air terjun sipiso-piso. Kalau ada peluang sesiapa yang pergi Sipiso-Piso pergilah tengok air terjun tu sampai bawah, memang la mencabar kena lalui beratus jugak anak tangga. tapi serius tak rugi waterfall paling tinggi dapat tengok depan mata dekat-dekat dan sampai bawah memang akan basah satu badan jadi mana yang nak bergambar tu bawak lah waterproof casing or gopro/Sj cam.
Location : Lake toba
Kami bermalam di Air terjun Sipiso Piso style camping, no homestay no hotel okay..tapi bukan bermalam kat bawah tu, dekat atas yang area kedai makan. Bila bangun pagi tengok view cantikla sangat, rasa sedih nak tinggalkan. Lepas siap siap pagi tu kami gerak ke kebun teh sidamanik. Sepatutnya plan first pergi air terjun dwi warna tetapi disebabkan baru jer terjadi kepala air kami terpaksa tukar plan. Selepas itu kami terus gerak ke Airport untuk balik ke Malaysia.
Location : Sipiso Piso Waterfall
The best view ever otw to Kebun teh sidamanik
Location : Puncak Simarjarunjung
Location : Kebun Teh Sidamanik
Terima kasih buat pak supir yang legend, Mas amir dan Bal. Rakan-rakan baru kami yang sangat awesome. Semoga berjumpa lagi kalian. Terima kasih Ya Allah di beri peluang untuk kami melihat ciptaan mu di Medan , Indonesia. Selamat tinggal Medan.
the only thing i wish to say is that the view is awesome
ReplyDeletestill belum sampi medan. but i did went to bukit tinggi last year
DeleteAlahai.. Jealousnya tengok awak mengembara... Nice.. Sha mampu tengok je.. Tak berani lagi nak travel ke luar..
ReplyDelete