Jan 31, 2015

Travel ke Jakarta & Bandung Part 2

Assalamualaikum
memang nak buat part2 makan masa yang lama aku nak update, cerita dah ada , nak taip tu ha malas sikit, hahaha

recap balik last aku cerita di betara hotel, sampai situ jer kan. untuk hari ketiga, kami pergi ke kartikasari, tempat jual keropok-keropok, kuih muih, kek, serius sedaplah rugi tak beli banyak. mula aku ni berlagak, sebab kat malaysia pun ada kot jual macam ni jugak, tak berminat la, sampai malaysia nasib baik mak aku beli keropok dua tiga bungkus, rasa perhhh sedap sangat. rugi tak beli banyak.





selepas itu kami terus ke floating market bandung, pasar terampung.cantik sangat tempat ni dan sejuk sangat macam dekat cameron highland, yang suka tangkap gambar sila tangkap gambar banyak-banyak dekat sini.











kami dekat sini tak lama adalah dalam 45 minit jer, kejap jer , sedih sebab banyak tempat tak ronda ronda lagi.kami terus pergi kampung daun untuk makan tengah hari. tempat makan paling best dekat bandung, ada air terjun, tenang dan nyaman makan dekat sini..rindunya










selepas makan, kami gerak ke toko tiga-original jeans centre, best sangat tengok baju dan seluar jeans dekat toko tiga, serius tak tipu murah murah, aku beli satu baju jer, duit dah habis nak beli banyak.next, dinner di kampiun bistro dan balik hotel.

hari keempat,esok paginya checkout hotel, kami terus gerak balik jakarta, sampai jakarta singgah dulu di ITC Cempaka mas. disebabkan flight kami delay, shooping di itc 2 jam, tak tahu nak buat apa dekat situ, sebab barang mahal sikit berbanding kat bandung. lepas tu terus gerak ke airport nak balik malaysia. flight pukul 10 malam waktu indonesia. sampai malaysia dalam pukul 12 lebih. lepas tu terus balik perak sampai tapah pukul 5 pagi.




harap dapat bercuti dekat jakarta dan bandung lagi, best sangat, lepas ni bali lah pulak, hahaha

p/s:next week dah final exam, sem depan dah praktikal 








9 comments:

  1. bestnyaaa :D xpenah pegi lagi :(

    jemput join
    http://mellyareenza.blogspot.com/2015/02/february-giveaway-by-mellya-and-friends.html

    ReplyDelete
  2. bestnya travelling ^^ kenderaan kecik tu comel :P tp xtau la ape benda nama kenderaan tu

    ReplyDelete
  3. namanya bemo, kalau ada kesempatan travel lah di jakarta @mialia

    ReplyDelete
  4. Fuyoo.. gambar makanan itu ohsem betul..

    ReplyDelete
  5. the best part will always be the food. hehe

    ReplyDelete