Assalamualaikum blogger. fuh berhabuk blog ni. selamat duduk di rumah semua warga dunia . Hari ini baru saya dapat menulis. Bila time PKP memang hari-hari berazam nak aktif balik blog tapi disebabkan nak mula balik tu rasa nak bukak enjin lambat sikit dan saya time PKP work from home. Jadi gitulah baru hari ni bermulanya. Sumpah rindu nak blog ni. Korang buat apa dekat rumah? Saya tengok drama korea, masak, makan dan baca twitter! Yes I miss my family. takpelah kita sama-sama berkorban untuk nyahkan COVID19 di Malaysia. InsyaAllah
Saya nak share satu masakan yang saya tak sangka begitu simple dan mudah ya versi Negeri Sembilan ni. Yang pasti mestilah sedap. Masak Lomak ni ada pelbagai cara tapi bagi yang bujang nilah pihannya. Yang tak pandai masak pun boleh pandai.
Bahan-Bahannya adalah
Ayam
serai
cili api
kunyit hidup
santan
Kentang
asam keping
garam
Cara-caranya
1) Masukkan ayam dan serai sekali.
2) Blend cili api nak pedas kaw kaw (20-30 biji) ikut anda semua nak pedas biasa-biasa ke atau pedas giler sekali dengan kunyit hidup. Seterusnya boleh letak dekat dalam periuk
3) Tunggu ayam kecut baru masuk santan dan garam
4) Masukkan kentang dan asam keping
4) Siap , is done. Selamat mencuba
Kadang2 yang tak tahan tu pedasnya ya amat
ReplyDeleteWow memang mudah Ni .. mesti sedap Dan berapi Kalau letak cili api banyak kan
ReplyDelete