Mar 14, 2024

Epitome Siti Nurhaliza - Tak sangka dapat jugak tengok Tokti depan mata

 


Bukan senang nak dapat tengok Konsert Siti Nurhaliza tahun ni . saya antara yang berjaya battle masa beli tiket Tokti. Teringat  bulan december lepas pukul 2pm dah duduk depan laptop masa tu dekat pejabat line sangat slow, dari pukul 2 sampai pukul 4pm saya tunggu giliran untuk masuk dan berjaya masuk masa tu nak ambik tiket bronze jer sebab murahkan . Tapi peminat Siti Nurhaliza desup habiskan semua , masa tu tinggal Gold sahaja . Nak tak nak berjaya dapat 2 tiket dengan banyak kali payment sangkut dekat atome, last2 guna kredit card baru berjaya . 

Hari yang ditunggu pun tiba pada 9 Mac 2024 . saya pergi axiata sorang sahaja naik LRT sebab adik tak dapat join , satu tiket saya jual. Pukul 6.45 saya dah sampai , lepas tu terus pergi solat maghrib di Surau LRT Bukit Jalil. Pukul 7.30 macam tu baru gerak ke Axiata Arena . Masa tu tengok ramai peminat Tokti ada yang bawak keluarga, pasangan dan kawan-kawan . Scan sahaja code dekat tiket alhamdulilah lepas masuk terus beli air dulu sebelum masuk hall . Nak beratur beli air mineral yang RM6 tu pun lama ya beratur, ramai sangat orang . Lepas tu saya dapat cari section saya 306 dan seat B nombor ikut jer dekat tiket . Rupenya seat saya betul- betul depan sekali dekat dengan tiang  . Orang sebelah ada tanya nak tukar dengan kawan ke adik die yg seat tengah atas sikit so nak tengok stage oklah dari seat bawah tu . Saya pun ok jerlah tukar lebih selesa lah seat tu dapat tengok jelas Siti Nurhaliza kat bawah tu .


Bermula lah konsert epitome Siti Nurhaliza, lebih 10 ribu orang menjerit dan bergema Axiata Arena . Tokti yang pakai baju warna biru tu dari jauh dah nampak terang menerang . Intro dengan lagu Lebih Indah (Di sekelilingmu ada dinding dinding ....) . Epitome Saya Siti Nurhaliza ni peminat dapat tengok perjalanan karier Siti sepanjang tempoh 28 tahun . Siti bawakkan 36 lagu termasuk medley sepanjang konsert yang berlangsung 3 jam . 


Siti Nurhaliza juga menunjukkan solidariti terhadapat rakyat Palestin dengan menyanyikan lagu Oda bumi anbia dan lagu kegemaran saya Salju kasihnya . Busana gaun Tokti semuanya cantik . Lagu paling susah dari Tokti Kurniaan dalam samaran menjadi pilihan buat peminat . dasyat lagu ni rasa Siti Nurhaliza yang boleh bawakan lagu tu perfect sangat. 



Artis undangan yang tidak disangka , Judika tampil sebagai artis undangan menyanyi lagu Duet . Bermula dengan Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisahku Inginkan . Judika belanja satu lagu untuk kami Mama Papa Larang. Untuk slot terakhir, syamel pun ada sebagai artis undangan menyanyi dengan Siti lagu Kalau berkasih .


Lagu tradisional mestilah ada, Lagu cindai, joget senyum memikat , nirmala, mahligai permata dan kurik kundi . Tak sangka umur Siti Nurhaliza yang dah masuk 45 tahun, masih bertenaga dan suara power . Bagi yang tak dapat berebut tiket haritu jangan risau Siti dan umumkan akan buat konsert akan datang pada bulan Ogos . 

1 comment:

  1. best dapat tengok live konsert siti nurhaliza, tapi sis belum dapat peluang lagi nak join.

    ReplyDelete