Dec 19, 2014

TRAVEL JAKARTA & BANDUNG part 1

Assalamualaikum
okay cerita aku bercuti di Jakarta dan Bandung dah lama lah juga, sekarang baru nak share-share,hahaha..bukan apa aku sibuk dengan university life, sekarang baru jer habis segala test, sekarang nak cuti krismas dah tapi aku balik Perak hari sabtu sebab aku join dinner esok..

Korang nak taw masa aku bercuti ni sebenarnya aku buat cuti sendiri, seminggu aku tak datang kelas. Jangan lah contohi aku demi bercuti sanggup tak masuk kelas.hahaha..patutnya aku ponteng dua hari je kelas. Pergi hari sabtu balik hari selasa la. 4 hari 3malam, tapi disebabkan flight boleh pulak delay. apa lagi tak larat nak balik, sampai Malaysia pun pukul 12.30 pagi, sampai Perak 5.30 pagi weh, aku punya train nak balik KL pulak pukul 8.30 pagi, memang aku larat nak balik, jawabnya seminggu tak datang kelas sebab kelas aku sampai hari khamis jer.dua haritu tu aku duduk rumah dan boleh tukar braces sekali. nasib baik takda test sepanjang aku bercuti.

okay teruskan pasal percutian,  aku pergi Jakarta/bandung 29 Nov 2014 hingga 2 Disember 2014. Aku sangat puas hati dengan service dan food  naik KLM Royal Airline, pergi dan balik dengan KLM semua okay, siap tangkap gambar dengan steward dia.


pergi dua beg, kita tengok balik nanti

Malaysia ke Jakarta adalah dalam 1 jam lebih.sampai jer Soekarno-Hatta Airport aku blur mungkin sebab pening flight. boleh plak masa aku nak bercuti aku demam, batuk dengan selesama. bertambah pening la aku kat dalam flight tu. nasib demam aku kejap jer, sampai Bandung aku okay.First dah sampai Jakarta kami terus ikut tour guide kami Ibu yanti. service tour guide sangat tiptop, driver pun bagus bangat. Ibu yanti terus bawa kami dinner di Lembur kuring. Restaurant die ekslusif lah jugak, cantik bangat.
              
 Lembur kuring Restaurant Jakarta



Selepas sahaja dinner kami terus dibawa rehat di  d'primahotel WTC Mangga Dua Jakarta.



Esoknya terus bertolak ke Bandung, bangun pukul 4 pagi weh, sebab jakarta masuk subuh awal. 1 jam awal dari Malaysia. breakfast pukul 6 pagi di starbuck bawah hotel ni. satu bilik ni dua orang, so memang selesa lah satu katil sorang, takda gaduh dengan adik aku.hehehe

saya bangun paling awal, peace sikit.


jakarta ke bandung adalah sekitar 2 jam kami sampai, masa kami pergi takda jam, jalan raya smooth jer. ibu yanti bilang kalau jam mau sampai 5 jam ke 8 jam. 

PASAR BARU, BANDUNG


memang sesak lah jalan ke Pasar baru, sebab menjadi pilihan orang nak shopping dekat pasar baru.murah murah. bas kami turunkan kami betul betul depan pasar baru.shopping dekat situ hampir 4 jam.itu pun tak semua lantai (tingkat) dapat shopping. 4 jam diberi memang tak cukup, aku rasa sehari pun tak cukup, hahaha. perempuan kalau pergi sini memang untunglah tak balik balik rumah. selepas bershopping sakan di pasar baru kami gerak factory outlet


selepas di factory outlet dinner di praoe seafood, makanan sini okay lah sedap, tapi aku yang tak makan sangat, sebab terlampau penat sampai takde selera nak makan.selepas dinner terus gerak ke hotel X-Trans De Batara. okay tak tipu bilik die cantik dan besar.








okay kalau nak tahu bilik ni aku tidur dua orang jer weh, besar giler macam boleh tidur 4 orang. selesa lah bila dua orang jer tidur bilik besar ni. service tiptop, nanti saya datang lagi k.hahaha

hari ketiga dan keempat nanti aku sambung lain hari.





5 comments:

  1. Nasib baik kat part ini tak banyak gambar makanan.. Kalau tak memang meleleh air liu.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. bila bilik selesa mood pun okay nak jenjalan. hehe betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lagi-lagi kalau ada anak-anak kecil semuanya nak selesa

      Delete