Foto kredit : google
dah habis spm kononnya nak lah surgery gigi ni lepas tu terpaksa tangguh lagi sekali sebab belajar memandu, lepas tu dapat tawaran uniten, tak dapat lah buat habis cuti sem pertama pulak ada masalah nak buat surgery sebab aku tak habis lagi buat jpj kereta..cuti dua minggu jer terpaksa lah habiskan belajar memandu dulu, so kali keberapa dah aku tangguh tangguh, last last buat masa cuti sem kedua, waku tu tak da pape nak buat baik aku settle kan gigi aku ni, tapi yang peliknya orang cakap gigi bongsu tumbuh sakit semua, tapi aku langsung tak sakit.takde rasa apa pun tu sebab boleh main tangguh tangguh..hehehehe
aku buat dekat klinik shah dekat Tapah,Perak, klinik swasta, bayaran satu gigi RM250, mula2 buat appoiment lah dulu, sebab surgery kan.buat sebatang gigi belah kanan dulu sebab gigi bongsu belah kanan dah teruk..masa mula2 operate tu tak sakit pun sebab nya kena bius, kalau tak bius meraung aku, lepas surgery tu yang sakit, sebab ubat bius dah habis, darah akan mengalir keluar lah, darah tak keluar lama, kalau aku dalam 4 atau lima jam darah dah takde..esoknya muka aku bengkak..biasala lepas surgery confirm bengkak lah..lepas tu aku makan bubur jer, lebih kurang seminggu lah nak baik betul2 nya..aku sepanjang seminggu tu kurus sikit makan bubur jer, tak boleh makan benda keras keras lah, nak makan jugak kau rasa lah kesakitan yang akan tangung, hehehe, lepas seminggu aku pergi klinik buang die nya jahitan.lepas tu hooray boleh makan apa jer.
untuk gigi bongsu belah kiri pulak aku baru jer operate isnin lepas, nampak tak tangguh aku lama giler, gigi bongsu pertama tu tak silap aku buat bulan 1, 2013, sekarang dah 2014..tangguh setahun tu..tapi serius aku tak sakit pun walaupun dah berlubang teruk doktor check isnin tu.lepas tu habis dah lah gigi bongsu. cuma sekarang kena tanggung pipi bengkak lepas tu makan bubur, hmm tak suka tapi nak buat macam mana kalau tak buat nanti gigi graham rosak pulak..kalau dah teruk nanti lagi sakit kan..so sesapa yang tumbuh gigi bongsu takyah takut yer, kuatkan semangat macam aku, jiwa kental jer.
wasalam
Anak sha pun pernah buat operate gigi ini.. Seram nengoknya.. berdarah-darah.. Buat kat hospital teluk intan..
ReplyDeletetakuttttt
Deletethis is so scary. ray x penah lg ni. takutttt
ReplyDeleteSaya nak bertanya kat klinik gigi shah ada buat tanam gigi ke..
DeleteKat klinik shah ni kalu nak tanam gigi ada buat x...gigi dah goyang tanggal sndiri..depan bahagian bawah.mohon penjelasan.t.kasih
ReplyDelete