Mar 14, 2024

Epitome Siti Nurhaliza - Tak sangka dapat jugak tengok Tokti depan mata

 


Bukan senang nak dapat tengok Konsert Siti Nurhaliza tahun ni . saya antara yang berjaya battle masa beli tiket Tokti. Teringat  bulan december lepas pukul 2pm dah duduk depan laptop masa tu dekat pejabat line sangat slow, dari pukul 2 sampai pukul 4pm saya tunggu giliran untuk masuk dan berjaya masuk masa tu nak ambik tiket bronze jer sebab murahkan . Tapi peminat Siti Nurhaliza desup habiskan semua , masa tu tinggal Gold sahaja . Nak tak nak berjaya dapat 2 tiket dengan banyak kali payment sangkut dekat atome, last2 guna kredit card baru berjaya . 

Hari yang ditunggu pun tiba pada 9 Mac 2024 . saya pergi axiata sorang sahaja naik LRT sebab adik tak dapat join , satu tiket saya jual. Pukul 6.45 saya dah sampai , lepas tu terus pergi solat maghrib di Surau LRT Bukit Jalil. Pukul 7.30 macam tu baru gerak ke Axiata Arena . Masa tu tengok ramai peminat Tokti ada yang bawak keluarga, pasangan dan kawan-kawan . Scan sahaja code dekat tiket alhamdulilah lepas masuk terus beli air dulu sebelum masuk hall . Nak beratur beli air mineral yang RM6 tu pun lama ya beratur, ramai sangat orang . Lepas tu saya dapat cari section saya 306 dan seat B nombor ikut jer dekat tiket . Rupenya seat saya betul- betul depan sekali dekat dengan tiang  . Orang sebelah ada tanya nak tukar dengan kawan ke adik die yg seat tengah atas sikit so nak tengok stage oklah dari seat bawah tu . Saya pun ok jerlah tukar lebih selesa lah seat tu dapat tengok jelas Siti Nurhaliza kat bawah tu .


Bermula lah konsert epitome Siti Nurhaliza, lebih 10 ribu orang menjerit dan bergema Axiata Arena . Tokti yang pakai baju warna biru tu dari jauh dah nampak terang menerang . Intro dengan lagu Lebih Indah (Di sekelilingmu ada dinding dinding ....) . Epitome Saya Siti Nurhaliza ni peminat dapat tengok perjalanan karier Siti sepanjang tempoh 28 tahun . Siti bawakkan 36 lagu termasuk medley sepanjang konsert yang berlangsung 3 jam . 


Siti Nurhaliza juga menunjukkan solidariti terhadapat rakyat Palestin dengan menyanyikan lagu Oda bumi anbia dan lagu kegemaran saya Salju kasihnya . Busana gaun Tokti semuanya cantik . Lagu paling susah dari Tokti Kurniaan dalam samaran menjadi pilihan buat peminat . dasyat lagu ni rasa Siti Nurhaliza yang boleh bawakan lagu tu perfect sangat. 



Artis undangan yang tidak disangka , Judika tampil sebagai artis undangan menyanyi lagu Duet . Bermula dengan Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisahku Inginkan . Judika belanja satu lagu untuk kami Mama Papa Larang. Untuk slot terakhir, syamel pun ada sebagai artis undangan menyanyi dengan Siti lagu Kalau berkasih .


Lagu tradisional mestilah ada, Lagu cindai, joget senyum memikat , nirmala, mahligai permata dan kurik kundi . Tak sangka umur Siti Nurhaliza yang dah masuk 45 tahun, masih bertenaga dan suara power . Bagi yang tak dapat berebut tiket haritu jangan risau Siti dan umumkan akan buat konsert akan datang pada bulan Ogos . 

Jan 24, 2024

Teracun beli Kayman Blumarine Hydrating Ampoule

 



Siapa tak kenal Nisha Izzati , dari dulu saya tengok video review skincare atau makeup Nisha , best sangat review dia sebab kita ni tak lah pandai sangat nak jaga muka ni, tak sangka dia Comeback. Nisha review dekat Youtube yang dia dah guna sampai 4 botol Kayman Blumarine Ampoule dan kesan dia sangat sangat bagus. Oleh itu saya pun beli dan dah guna for this week . Kayman HQ sangat pantas ya delivered tak sampai 2 hari barang sampai dekat rumah . Harga asal Blumarine Ampoule RM75 tapi saya dapat harga promotion RM63 terus grab.

Kenapa perlu beli Kayman Bluemarine Ampoule

  • 1st gredient adalah Deep sea water  (air laut dalam sebagai base)
  • Mengandungi 3 jenis hyaluronic acid yang membuatkan kulit rasa hydration
  • Mengandungi 7 Jenis seaweed Extract
  • Boost hydration , minimize pores  dan control sebum
  • Tak melekit langsung , bila pakai macam letak air laut dekat muka
  • Sesuai untuk sensitive skin, oil dan dry skin (suit  all skin types)
  • Improve skin texture
  • mengurangkan jerawat dan jeragat kulit

Full Ingredient :
Sea Water, Methylpropanediol, Betaine, Water, Hydroxyethyl Urea, 1,2-Hexanediol, Succinic Acid, Pentylene Glycol, Sodium Hydroxide, Panthenol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Xanthan Gum, Adenosine, Allantoin, Hyaluronic Acid, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Tocopherol, Hydrolyzed Collagen, Propylene Glycol, Chondrus Crispus Extract, Codium Tomentosum Extract, Enteromorpha Compressa Extract, Macrocystis Pyrifera (Kelp) Extract, Ecklonia Cava Extract, Gelidium Cartilagineum Extract, Laminaria Japonica Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Pearl Extract

Free Of: Parabens, Mineral Oil, Phthalates, Drying Alcohol, Synthetic Fragrances & Dyes.

Jom cantik sebelum raya dan layari Kayman Beauty website untuk more details .

Jan 20, 2024

Kolam Mandi di Kampung Cegar Bidor, Perak Review

 


Hi semua,

Tak sangka dekat kampung pun ada kolam mandi, bukan satu kolam tapi ada 5 kolam. Ni nak kabor dekat orang-orang Perak yang mana tak tahu di Kampung Cegar Bidor terdapat kolam mandi untuk semua RM12 untuk dewasa dan kanak-kanak RM7. Dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang setiap hari . Nak sampai ke sini waze sahaja Kolam Mandi Kg Cegar, tak jauh pun dari pekan Bidor. 


Terdapat 5 kolam mandi , 3 kolam yang open dan 2 yang tertutup (ada bumbung) . Kedalaman setiap kolam berbeza beza,2 kolam open sesuai untuk kanak-kanak dan pastikan anda melihat anak-anak kecil semasa bermain air. Makanan dibenarkan masuk tetapi bayaran RM2 per head. Pendapat saya sebelum datang dah sesiap makan di luar kerana makanan yang dijual hanya makanan ringan . Sewa pelampung juga ada untuk kanak-kanak average dalam RM10 sehingga RM15. Surau dan toilet juga disediakan dan sangat selesa dan bersih untuk penghujung .


Air kolam yang berbumbung sangat sejuk berbanding yang open . Kolam ini sesuai untuk dewasa untuk berenang, sebab tak panas dan tak ramai berbanding di luar . Homestay juga disediakan untuk bermalam cuma tak pasti harga penginapan . Yang nak tinggal di homestay korang bolehlah hubungi Admin (016-553 5079).






Giveaway Sampul Raya Rare 2024



Jom join GA dari Blog Cuya . Comel-comel sampul raya ni .

Jan 19, 2024

Japanese Grill di Yakiniku Kuro Review

 


Hi semua, 

Minggu lepas saya dapat menikmati Daging Grill di Yakiniku Kuro di IOI City Mall 2  berdekatan dengan Cinema GSC IOI 2 , Level 3 . Selain IOI City Mall terdapat branch baru dibuka di TRX Exhange dan juga One Utama . Siapa peminat daging grill anda semua wajib cuba ya , sumpah sedap sangat-sangat . Banyak pilihan daging  yang boleh korang pilih, saya ambil Prime Angus Combo (Harami & Rosu Set Meal (200gram)) yang berharga RM66.90 . Set ni anda akan dapat nasi , kimchi or salad (boleh pilih) , miso soup dan dipping sauce. Daging anda boleh pilih nak marinate atau not marinate tapi baik korang pilih marinate lagi sedap! 

Cara nak order staff akan beri QR Code di atas meja dan scan di telefon untuk add cart menu yang korang pilih . Lepas tu submit order , bayar lepas habis makan . Paling murah korang boleh dapat set meal berharga RM34.90 untuk 100 gram . Kalau ada duit lebih boleh cuba  Japanese atau Australian Wagyu. Bagi yang single datang seorang ada disediakan seat yang sesuai, tak bawak kawan pun boleh enjoy. Saya beri 5/5 star untuk rasa dan dekorasi restauran macam dekat Japan . Nak lebih lanjut boleh layari https://www.yakinikukuro.com/


Dec 16, 2023

Fun Dive di Kampung Salang Pulau Tioman



Hi semua, 

Setiap tahun pasti saya akan bercuti ke Pulau tahun lepas bercuti di Pulau Redang , kalini kita tukar angin ke negeri Negeri Pahang iaitu Pulau Tioman semasa bulan kemerdekaan lepas . Pulau Tioman bersempadan dengan Negeri Johor dan Pahang disebabkan itu jeti paling dekat adalah di Jeti Mersing dan Jeti Tanjong Gemok untuk ke Pulau Tioman. 

Saya memilih untuk tinggal 3 hari 2 malam di Kampung Salang.Selain di Kampung Salang, terdapat beberapa tempat yang boleh anda tinggal seperti :

  • Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung ABC ,Kampung Genting dan Kampung Paya


Saya pergi naik bas di TBS bertolak pada pukul 11.30pm dan sampai di Jeti Mersing pada pukul 5.30am , sebelum subuh dah sampai. Lepas tu pergi Mersing Harbour Centre untuk solat subuh di surau. Kaunter untuk collect boarding pass dibuka seawal 7am. Saya pergi pada bulan kemerdekaan sebulan sebelum pergi dah beli tiket feri sebab public holiday, risau full. Untuk tiket feri bagi dewasa RM123.60 pergi dan balik dari Jeti Mersing mengambil masa 2 jam . Tiket ferry booking online di  bluewater.my  dan online check in before pergi. Nanti sampai kaunter dekat Mersing Pear Harbour Centre cuma collect boarding pass dan buat pembayaran marine park . Cara nak pergi ke Pulau Tioman boleh klik ni > https://vt.tiktok.com/ZSNbnJH7u/  



Saya tidak ambil pakej  hanya book penginapan 2 malam di Salang Pusaka Resort .Resort ini berdekatan sahaja dengan jeti dan Scubanaut Dive Centre  untuk para penyelam sangat sesuai untuk book di Resort ini. Pada mulanya saya whatsapp admin dive centre untuk fun dive dan mereka maklum ada juga disediakan penginapan . Untuk makan dan minum terdapat kedai makan berhampiran bagi yang tidak mengambil pakej makanan di Resort . Bagi saya makanan senang untuk dapat di Kampung Salang . 



Untuk penginapan bagi saya sangat selesa ada aircond dan peti ais disediakan. Harga penginapan RM170 sahaja semalam untuk bilik 2 orang (twin room). dan saya dapat harga Fun dive RM90/dive . Bestnya masa saya pergi tahun ini pada 31 Ogos ada fireshow dan firework! Current semasa dive agak kuat disebabkan cuaca tak menentu pada waktu tu tapi coral cantik sangat dekat Fan Canyon dan Malang Rock dive site. 



Selain menyelam banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Tioman seperti snorkeling , mandi laut dan jungle trekking. Best time untuk bercuti adalah pada bulan May sehingga September . Tioman akan ditutup pada bulan December sehingga Februari semasa musim monsoon . 

Dec 14, 2023

Review Drama W : Two Worlds versi Malaysia


 

 Hi semua,

W: Two World versi Malaysia telah ditayangkan di Platform Viu bermula 30 November 2023 . Saya dah tengok drama ini di Viu sehingga episod 5 dan drama ini masih on going setiap hari Khamis menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisya sebagai watak utama .

Mesti ramai yang dah tengok drama original ini versi Korea kan jadi jalan cerita setakat ini saya lihat story line sama dengan versi korea mengikut kesesuai drama Melayu . Untuk versi drama melayu saya bagi 5 star dari segi editing dan visual memang tak sangka kita boleh buat drama setanding Korea. Lakonan Hun Haqeem sebagai Aliff setakat ni ok hensem lah walaupun teringat Lee Jong Suk. Daiyan Trisya  belum dapat rasa feel lagi dan  watak dia kelam kabut sebagai Izara.

Cuma pemakaian baju Hun ada yang tak sesuai dengan cuaca Malaysia, kalau Hun pakai baju kemeja pun dah ok.Pelakon tambahan seperti Faizal Hussein, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman juga ada di W: Two Worlds. Elizabeth Tan sebagai watak Hana memang sesuai dalam drama ni seorang yang independent woman dan selalu ada bila Aliff berhadapan dengan masalah . Amierul Aiman sebagai watak Ghaz lain sikit untuk versi Malaysia ni , bodyguard yang agak tegas dan bitter.

Sinopsis

Mengisahkan Izara adalah Doktor muda yang tiba-tiba sahaja muncul dalam komik webtoon popular yang dilukis oleh bapanya . Izara menyelamatkan Aliff  dari dibunuh , Aliff Hadi adalah watak utama yang dicipta oleh bapa Izara mencari identiti pembunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dia dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

Dec 7, 2023

Sleeper Train dari Bangkok ke Hatyai selama 18 Jam Perjalanan


Hi semua, 

Travel saya ke Bangkok sangat lah tak disangka, betul-betul unplan decide beli tiket Isnin malam gerak Bangkok Jumaat ya. Inilah trip yang tak plan tapi menjadi. Alhamdulilah semua ok dari hari pertama kami di Bangkok ke Hatyai sehingga sampai Ipoh.  Kami gerak ke Bangkok naik Air Asia  dapat tiket murah walaupun beli last minute RM154 sahaja seorang tapi tiada check in bag dan makan ya . Balik ke Malaysia kami naik Sleeper train dari Bangkok > Hatyai dan Bas dari Hatyai > Ipoh.

Entry kali ini saya nak share pengalaman naik sleeper train dari Bangkok ke Hatyai. Last minute pun kami berjaya dapat tiket dan beli online sahaja di website https://www.railway.co.th/Home/index  . Saya dan rakan beli 2nd class pukul 2.50pm - 7.30am waktu Thailand dari Krup Thep Athiwat(Bangkok) ke Hatyai Junction . Tiket berharga 1103 baht (RM147) untuk seat katil bawah. Dah sampai station tunjuk sahaja receipt dekat petugas nanti petugas tunjukan coach train . Mereka sediakan penumpang selimut, botol air , plug untuk caj dan bantal. Toilet sangat bersih dan disediakan paip air, tisu dan singki. Walaupun perjalanan 18 jam tapi sangat best sebab selesa dan pemandangan kat luar cantik . 

Sebelum gerak ke Train station kami siap beli makanan sepanjang kami dalam train . Beli untuk dinner dan breakfast yang tak cepat basi seperti pulut ayam dan nasi bujang. Kalau tak sempat boleh jugak beli di Train station ada jual makanan halal atau di dalam train ada disediakan cafe . Pukul 8am kami dah sampai Hatyai Station dan terus pergi pasar pagi . Walaupun perjalanan agak jauh tapi sangat sesuai untuk orang tua dan kanak2 untuk naik sleeper train dari Bangkok dapat rasa pengalaman yang berbeza.

Nak tengok video saya naik train boleh klik sini > https://vt.tiktok.com/ZSNXB9EVP/





Jul 15, 2023

Review Kdrama Celebrity adalah Realiti Influencer

Siapa dah tengok habis Kdrama Celebrity ditayangkan di Netflix ? Sisi gelap influencer ini memang ada di masa kini. Ramai yang menjadi influencer secara tidak sihat macam drama "Celebrity" untuk glamour dan menjadi kaya.Saya menonton 2 hari sahaja untuk tamatkan 12 episod kdrama yang sangat superb yang dibintangi oleh Park Gyu Yong sebagai Seo Ari. Watak Ari dari awal sampai akhir memang berkeyakinan dan berpendirian . Apa sahaja ujian dan cabaran yang terpaksa Ari lalui memang dia hadap dan sampailah dia berjaya. Kalau orang lain mesti dah giveup awal tapi Seo Ari memang tidak, dia sejenis tak kisah apa pun orang buat. 

Awal permulaan cerita akan buat anda pening sikit sebab ada realiti dan flashback Seo Ari membongkar rahsia kehidupan sebagai Influencer secara live dan yang mengenali mengetahui yang Ari telah mati.  Masuk episod kedua dan seterusnya dah mula faham flow cerita ini. Seo Ari pada mulanya adalah anak orang kaya tetapi tiba-tiba ayahnya muflis dan menyebabkan keluarga Ari hidup seperti orang biasa . Tapi dia terjumpa kawan sekolahnya yang famous mengingatkan dia masih kaya. Paling tak sangka dia pulak mendapat followers yang banyak selepas membuka akaun Instagram dan menjana pendapatan sebagai Instafamous dan meniaga baju online . 

Kang Min Hyuk yang dah lama tak berlakon tak sangka comeback untuk watak Han Jun Kyung adalah CEO Company Cosmetic yang kaya raya . Teringat dulu dia berlakon drama Heirs masa tu baru berumur 22 tahun dan sekarang membawa watak utama.  Drama ni tak banyak romance scene antara Ari dan Jun Kyung tetapi watak dia sangat lah best sebab dalam diam dia antara yang membantu dan menyokong apa sahaja yang Ari buat. Drama ni  memang kena fokus sebab banyak watak supporting yang perlu anda tahu dan penting sebab berkaitan sampai akhir episod.

Diakhir drama ada plot twist yang tak disangka. Saya bagi 8/10 untuk Celebrity . Antara the best drama untuk tahun ini. Semoga ada season 2 sebab tak puas tengok sebab laju drama ni episode pun 12 sahaja. Lepas tu harap banyak scene Ari dengan Jun kyung sebab chemistry dah Ok. 

Selamat menonton.

Jun 23, 2023

Titanic Submarine Disahkan Mati


Photo credit : Newshub

5 penumpang disahkan meninggal dunia , Kapal selam Titan dikatakan meletup berhampiran dengan Kapal Titanic oleh Pegawai Pantai Amerika Syarikat . Dilaporkan hilang sejak Ahad yang lalu, 18 Jun 2023. Kapal selam tersebut dipercayai terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 45 minit selepas melakukan selaman.

"Pagi ini, sebuah ROV (remote operated vehicle) iaitu kenderaan kendalian jauh dari kapal Horizon Artic telah menjumpai kon ekor daripada kapal selam Titan yang berkedudukan lebih kurang 1,600 kaki berhampiran kapal Titanic,” katanya.

Syarikat Ocean gate mengenakan sebanyak AS$250.000 (RM1.2 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi melihat sisa bangkai Titanic pada kedalaman 3,800 meter di lautan Atlantik. Penumpang perlu masuk ke dalam kapal selam dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk menyelam ke arah bangkai Titanic.

 5 penumpang adalah:
  1. Shahzada Dawood (Jutawan Pakistan)
  2. Suleman Dawood (anak Shahzada Dawood)
  3. Hamish Harding (Jutawan british)
  4. Paul-Henri Nargeolet (Penjelajah Perancis)
  5. Stockton Rush (Ketua pegawai Ceo)
Salam Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat . 


Jun 17, 2023

Review Campsite di Riveside Camp Gopeng


vlog camping di Riverside camp Gopeng

Apa yang ada di Riverside Camp Gopeng

  • Kemudahan yang disediakan surau dan tandas /ruang mandi.
  • singki untuk basuh pinggan dan mangkuk
  • Tempat letak kereta disediakan dekat dengan campsite.
  • Lokasi yang sesesuai untuk camping berdekatan dengan sungai.
  • Ada aktiviti yang disediakan seperti water rafting, river tubing, cave exploration dan macam2 lagi.
  • Bayaran yang berpatutan RM20/per pax untuk lebih dari 2 pax dan Free untuk kanak-kanak yang berumur 0 sehingga 5 tahun. Selain itu ada harga mengikut Lot dari RM180 sehingga RM250 mengikut bilangan orang.
  • Staff berada di tapak perkhemahan dan bersedia membantu selama 24 jam.
  • Phone coverage ok tiada masalah
  • Nak tahu lebih lanjut layari - > Radak Adventure



Tapak berkonsep bebas siapa yang datang dahulu akan dapat tempat . Kalau datang dalam group besar sila lah datang awal atau datang semua sekali dalam satu waktu untuk susun tempat yang bersesuai . Nanti terpisah dengan ahli keluarga jadi tak best . Tapah khemah muat untuk 100 orang dalam satu masa jadi sangat besar kawasan Riverside Camp ni. Untuk mencari Riverside ni sangat senang tak sesat sebab admin akan hantar gambar panduan lokasi tempat atau waze Dataran Sungai Pahang. 

Untuk tempahan sesuai seminggu awal lah , check in pada pukul 1 sehingga 9pm dan check out pada pukul 12pm.

Jun 2, 2023

Moh Cuba Opah Merry Cafe di Ipoh mengimbau Vibes Lama



Masuk ajer kome di Cafe Opah Merry rasa vibes lama dah mula lah mengimbau zaman kanak-kanak memang  kenalah dengan namanya . Salah satu cafe di Ipoh yang menyediakan makanan tradisional dan sajian kampung. Saya dan rakan pesan Nasi putih dan ayam kicap , lempeng kelapa bersama sambal, cekodok dan tidak lupa kopi O . Lepas tu kami order dessert ada disediakan Croffle dan puding caramel. Penyediaan pinggan mangkuk juga sangat klasik ya baru lah vibe Opah gitu.


Rasa makanan ok kenalah dengan tekak kami . Air yang disediakan penuh ya satu plastic tu kalau jenis minum sikit baik kongsi sebab kami pun tak sangka kuantiti dia banyak . Dessert dari Opah Merry juga sangat sedap dan tak muak. Untuk penggemar manis anda boleh ambil Croffle perisa coklat yang tak suka manis boleh ambil perisa matcha rasa plain sikit.  Dekorasi saya bagi A+++ memang menggamit memori dan kampung style. Jangan risau walaupun stail zaman dulu Opah Merry ada aircond ya taklah kepanasan. Overall Opah Merry makanan yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia !


Lokasi Opah Merry bersebelahan Pejabat Pos Taman Ipoh dan buka pada 10 pagi sehingga 8 malam . Hanya selasa sahaja tutup . Dah sampai Ipoh Perak singgah le ya .








May 30, 2023

Nak menangis makan Tomahawk Salt Bae di Istanbul

 

Penggemar steak mesti tahu restaurant terkenal Salt Bae (Nusr-Et Steakhouse) yang terbaik di Dunia . Gaya memotong daging dan menabur garam itulah yang membuat kan Chef Nusret terkenal dan menjadi viral. Banyak selebriti terkenal datang ke restaurannya yang berada di Istanbul , London, Dubai, Saudi Arabia serta negara lain.

Dekat Malaysia lagi saya dah plan kalau datang Istanbul nanti mesti nak singgah dan makan steak di Nusr-Et. Saya tak sangka dapat masuk ke Restaurant Salt Bae yang sangat exlusice , mewah dan yang pasti sedap di Istanbul. Tercapai jugak hayat saya dan rakan dapat makan Tomahawk steak. 

Harga Tomahawk di Nusr-ET

Ramai yang menjangkakan makanan di Salt Bae terlalu mahal sebenarnya mereka ada menawarkan harga yang rendah sehingga yang tinggi. Salt Bae di Turki harga lebih murah berbanding di London jadi kalau anda pergi ke negara lain harga tidak sama. Kami mengambil pesanan Tomahawk berharga 1050 lira (RM240) dan burger berharga 180 lira (RM42) . Total bayaran bill 1250 lira sahaja dan pasti sangat berbaloi untuk kami dan kemungkinan sekali seumur hidup dapat merasa makan di Nusr Et . Saya dah rakan nak menangis dapat makan daging yang tersangat lah sedap, lembut dan juicy .




Yang berkesempatan sampai di Turkey wajib datang merasai daging steak di Nusr-ET dan dapat merasa suasana mewah dan servis mereka sangat-sangat terbaik . Memang tak disangka ramai yang akan repeat dan datang lagi .

May 21, 2023

Harga menginap di Gopeng Glamping Park

Salam semua

Siapa teringin nak tidur di dalam khemah besar dan nak buat aktiviti outdoor? ha saya recommend Gopeng Glamping Park di Gopeng Perak . Macam-macam aktiviti disediakan oleh pihak Gopeng Glamping Park antaranya berbasikal, ATV, water rafting, cave explore dan macam-macam lagi . Best kan jadi tak bosan tau dekat sini . Malam minggu ada Fire show  dan BBQ disediakan termasuk dalam pakej. Gopeng Glamping ni perlu book cepat jangan last minute tau sebab asyik penuh jer terutama hari minggu. Nak book boleh whatsapp sahaja di nombor admin 6013-240 8857 . Pakej disediakan termasuk katil, makan (4x), fire show dan live band (hari sabtu). Makanan disediakan secara buffet dan sedap.


Weekend package 




vlog dari kami berempat . Share Like & Subscribe

Bestkan bila lagi nak buat aktiviti macam ni hanya di Gopeng Glamping Park 
Nak lebih lanjut layari website Gopeng Glamping Park


May 20, 2023

Cantiknya Hotel Casa 33 Hatyai


Hi semua, 

Rasa lamanya tak post bercuti ni. Tahun lepas pergi Turkey pun tak sempat nak share dekat sini. Tapi kali ini saya nak share short trip saya pergi Hatyai sebelum puasa, bulan February 2023. Saya dah jejak Hatyai ni buat kali ketiga . First trip pergi rombongan naik bas , second trip pergi sendiri naik kereta api  (Hatyai naik train). Trip untuk kali ini saya pergi dengan kawan naik kereta sampai ke Hatyai . Kalau naik kereta ni best nya boleh shopping barang banyak dan sangat senang rupanya bawak kereta ke Hatyai. 

Kami menginap 2 hotel untuk 3 hari 2 malam . Hotel pertama adalah Casa 33 Hatyai dan seterusnya Siam Mansion Hotel . Sangat-sangat recommend untuk menginap di 2 hotel ini . Kami book di Agoda Hotel Casa dapat harga RM246 per night untuk Twin Room dan RM232 untuk King Room . Hotel Casa servis terbaik dan kawasan Hotel sangat cantik boleh OOTD . Masa datang jer terus ada staff akan layan dan disediakan welcoming drink. Hotel juga berdekatan dengan 7E, almaklum lah kalau lapar boleh cari makan. 



Jangan lupa bawak baju renang disediakan kolam renang untuk mandi. Bagi yang  membawa kereta parking ada disediakan tetapi lebih senang park di luar Hotel sebab limited nak park di dalam Hotel. Kami 5 orang ambil 2 bilik , King Room dan Twin room, ada caj ya bagi lebihan pax di dalam satu bilik dan mereka check passport setiap orang yang menginap . Tuala, seterika (iron), hair dryer dan travel adapter disediakan juga. Ada cafe juga di dalam hotel ini boleh beli kopi dan teh . Sesiapa yang nak berkunjung ke Hatyai bolehlah menginap cepat2 book selalu full dan pakai baju cantik-cantik tangkap gambar ok. Yang tangkap gambar kami ni staff Casa tau . cantik sangat!


Video Tiktok -  Casa 33 Hatyai