May 12, 2019

Jom tengok movie di Sunway Velocity

Related image

Asssamualaikum semua dan Salam Ramadhan, alhamdulilah bertemu lagi kita ramadhan tahun ini.

Sebelum berpuasa haritu, cuti hari pekerja 1 May, semestinya tengok movie Avenger End Game, movie yang ditunggu tunggu kan mesti lah wajib tengok, kali ini merasa tengok movie di Sunway Velocity TGV Indulge. Booking online pun tinggal seat depan jer, tapi takpelah sebab baring, best jer duduk depan. Nak merasa lah pulak tengok movie baring sambil makan. Harga tiket untuk seat macam dekat gambar tu RM54. Jika nak order makanan boleh order kat Ipad tu, nanti staff TGV akan hantar terus dekat anda, boleh bayar Cash atau Debit. Barulah best tengok movie 3 jam macam ni kan. Nak tahu lebih lanjut Indulge Cinema, Klik sini




Sementara nak tunggu movie start boleh lah rehat-rehat dekat sini , Khas untuk tiket Indulge. Kalau nak makan pun boleh. Tempat sangat ekslusif ,cantik dan selesa. Toilet pun cantik dan bersih. Memang 5 star lahhh!



5 comments:

  1. Wow.. sesekali belanja diri sendiri, memang best ini.. Eksklusif sangat.. Cantik pun cantik..

    ReplyDelete
  2. perghhh selesa sangat ni. mahu lepas 3 jam dah habis movie taknak keluar. nak stay hahahaa.

    jemput join segmen blog http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :D

    ReplyDelete
  3. Selesanya menonton kalau macam ni. Sesekali nak try jugalah tonton dalam indulge ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete