Jul 21, 2018

Bercuti ke Hatyai menaiki Kereta api (Train)



Salam sejahtera semua. Percutian kali ini berdua sahaja bersama adik saya di Hatyai pada raya ke-10 selama 3 hari 2 malam. Tarikh saya ambil, ketika sudah penghunjung cuti sekolah, jadi tidak begitu crowded dengan orang di Hatyai pada waktu itu.


Perjalanan saya menaiki Ets dari Tapah Road ke Padang Besar (RM57 sehala) dan kereta api dari Padang Besar ke Hatyai (50 baht). Sepanjang berada di Hatyai kami menaiki Grabcar sahaja. Di sebabkan berdua sahaja Grabcar menjadi pilihan. Install aplikasi Grabcar di Handphone anda dan masukkan promo 'Thailand' .  Jika ramai-ramai anda boleh naik Tuk tuk atau sewa van.



Pilihan penginapan kami ialah D-One Hotel, berada di tengah Town Hatyai, tidak jauh dari Lee Garden plaza dan Station Kereta Api. Nak sarapan pun senang berdekatan dengan Halal Restauran, depan hotel sahaja, Mustafa Restauran. Kami tempah di Agoda.com . Rate harga 1 malam pun okay RM100 sehari untuk 2 katil single bed.

Untuk tempahan ETS, saya tempah melalui online sahaja. Sila klik ini untuk tempahan dari KL Sentral sehingga ke Padang Besar. Untuk panduan dan pemilihan seat ETS  klik ini . Jadi lepas ini tiadalah masalah jika naik ETS pilih seat yang salah. Barulah selesa kan. Anda boleh menaiki kereta api ke Hatyai atau mini van dari Padang Besar. Bagi saya naik kereta api lebih menyeronokkan, bukan selalu merasa pengalaman naik kereta api lama bertingkap terbuka kan.



Cadangan waktu Train Ets , KL Sentral > Padang Besar dan perjalan pulang Padang Besar > KL Sentral, jika mahu menaiki kereta api ke Hatyai Junction seperti berikut;

Harga Train Ets: RM80 dewasa sehala (dari KL Sentral)
                          RM44 kanak-kanak sehala (dari Kl Sentral)

KL Sentral - Padang Besar : (11.30 pm - 5.15 am) atau (7.00 am  - 12.45 pm)
Padang Besar - KL sentral : (11.15 am - 4.55 pm) , (5.13 pm - 10.55 pm) , (6.05 pm - 12.06 am)

Jadual waktu Kereta Api Padang Besar > Hatyai

Untuk pengetahuan, Sehari hanya 2 waktu sahaja perjalanan dari Hatyai dan Padang Besar. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi. Jangan lupa bawa passport dan isi borang imigresen. Pembelian tiket pada hari di buat pada hari yang sama.

Padang Besar ke Hatyai : 9.55 am  (waktu Malaysia) - 9.50 am (waktu Thailand)
                                           3.40 pm (waktu Malaysia) - 3.35 pm (waktu Thailand)
Harga Tiket : 50 baht per person
Tempat : Untuk membeli tiket anda ke Hat Yai Junction, perlu pergi ke pejabat tiket Kereta Api Negara Thailand (SRT) yang terletak di hujung utara platform 1/2.

Kawasan imigresen untuk kedua-dua Thailand dan imigresen Malaysia adalah antara platform 1 dan 2 dan hanya dibuka apabila kereta api tiba atau tiba di sempadan.

Jadual waktu Kereta Api Hatyai > Padang Besar

Hatyai ke Padang Besar : 7.03 am (waktu Thailand) - 9.25 am (waktu Malaysia)
                                           1.05 pm (waktu Thailand) - 3.00 pm (waktu Malaysia)

Cadangan Tempat Menarik di Hatyai;
  1. Floating Market (Pasar Terapung) : Tempat pilihan yang perlu anda pergi dan makan! Waktu buka (opening hour ) : 3 pm - 8 pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja)
  2. Walking Street Lee Garden Plaza : Jalan-jalan cari makan dan massage 
  3. Asean Night Market : Shopping lagi, Buka 3pm sehingga 10 malam (Isnin tutup)
  4. Cable Car dan Hatyai Municipal Park 
  5. Chang puak Champ : Bagi makan gajah (100 baht sebakul), jangan ride okay kesian Gajah tu.
    Selain itu, ada aktiviti ATV, memanah dan show.
  6. Walking Street Clock Tower : Shopping Jeans, bag, kekacang dan Keropok
  7. Ranu Kohyo : Shopping Kekacang, keropok
  8. 7-Eleven Thailand : Tempat paling best untuk cari makan, minum dan beli travel kit, memang borong kopi  Arabus dekat 7e Thailand. Kopi die memang sedap! dan jangan lupa cuba green tea dan milk tea dekat kiosk tu sedap. Harga pun okay.
  9. Kim Yong Market : Shopping buah-buahan dan lain-lain.








Jul 11, 2018

Selamat 13 mangsa terperangkap di Gua Tham Luang Thailand

Alhamdulilah, berita yang menjadi sejarah dan tular di seluruh dunia berkenaan mangsa, 12 remaja dan 1 jurulatih dari pasukan bola sepak yang terperangkap di Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand. Semenjak kes ini berlaku, saya hari-hari check di twitter untuk mengetahui mereka selamat atau tidak. Kejadian ini berlaku di sebabkan hujan yang berterusan menyebabkan mereke tidak dapat keluar kerana air sudah naik. Paling risau ketika team rescue belum lagi menjumpai 13 orang mangsa. Semua rakyat Thailand serta bantuan dari luar mengharap  mereka masih selamat. Mengambil masa untuk mengetahui kedudukan mereka kerana laluan berbahaya dipenuhi dengan air dan berlumpur.


Terbukti, pada 3 Julai 2018  diving berpengalaman dari British menemui mereka setelah 10 hari hilang. Setelah mengetahui mereka selamat,  satu perkara yang  sukar untuk mengeluarkan mangsa kerana laluan yang berbahaya dan mangsa tidak pandai berenang . Pelbagai pihak menghulurkan bantuan sehingga mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat. Tetapi salah seorang Navy Seals dari Thailand "Saman Gunan' di dapati meninggal kerana kekurangan oksigen ketika proses menyelamatkan mangsa.





 Big thanks to all the rescue, divers, Thai Navy, Volunteer serta semua yang terlibat.



Credit Photo : Twitter, Channel News Asia, #thaicaveresuce