Mar 1, 2018

Serbuk Teh Cantikkan Kulit anda

Related image

Jika anda ada serbuk teh yang sudah digunakan tanpa campuran gula atau sebagainya, jangan anda buangkan bahan ini kerana ia boleh digunakan untuk menghaluskan kulit anda.

Caranya mudah dengan melumurkan serbuk yang telah digunakan itu pada tangan anda.Selain tangan boleh juga untuk kulit wajah dan mata.

Manfaat Ampas Teh Untuk kulit 

Mengandungi Vitamin E yang sangat baik untuk membantu menghaluskan kulit apabila terasa kering.
Ampas teh tersebut boleh dibuat masker supaya kulit lebih lembap, halus, dan cerah. Selain itu teh juga dapat menghilangkan jerawat serta bekas jerawat di wajah anda.

Related image

Caranya keluarkan ampas teh dari kantongnya, lalu pindahkan ke bekas yang bersih. Masukkan satu sendok madu dan satu sendok tepung beras atau beras tumbuk. Gaul masker sampai rata, boleh tambahkan air jika terlalu kental. Kemudian, letakkan masker pada wajah secara merata dan gosok dengan lembut dalam 5-10 minit. Jika sudah, biarkan sehingga kering. Terakhir, bilas masker dengan air hangat sampai bersih, kemudian bilas lagi dengan air sejuk atau air ais.

Siapa ada masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda? Yes saya antara salah seorangnya. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan ampas teh tersebut. 



Caranya paling mudah, hanya perlu celup ampas teh tersebut ke dalam air sejuk (ais) hingga betul-betul sejuk. Selepas itu letakkan di kawasan kelopak mata dan biarkan selama beberapa minit, jika selalu amalkan dapat mengurangkan mata panda dan mata anda semakin segar dan sihat.

Selain pada muka dan mata, banyak manfaat serbuk teh ini seperti mengatasi kemerahan akibat di gigit nyamuk, bekas luka, menggelupas, dan sunburn. 

Air teh bukan sahaja untuk di minum. Tetapi serbuk teh itu sendiri mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan diri kita agar kekal sihat dan cantik. Sentiasa amalkan. Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Wow banyak kegunaannya ye...untuk kecantikkan wajah..kalau tak silap kak PC ada kawan ajar...nak merahkan inai pun boleh campurkan serbuk teh ni masa tumbuk daun inai...hehe...tapi sekarang ramai pakai inai segera....

    ReplyDelete
  2. Nak cantik tak payah produk mahal2 kan. Guna teh sudah... Yg penting rajin... Hehe

    ReplyDelete
  3. Good info..baru tau serbuk teh ada Vitamin E..thanks sharing

    ReplyDelete
  4. sejuk ja kan letak kat muka hahah masa bujang duk buat gak tp bila ada anak ramai ni xdan la..

    ReplyDelete
  5. Tak payah beli produk mahal2.
    Boleh try yang kitar semula ni.

    ReplyDelete
  6. Wah.. Menarik ini.. Agak-agak malas amik je serbuk teh tempek kat muka kan..

    ReplyDelete
  7. Dulu mak rajin buat masker dengan serbuk teh

    ReplyDelete
  8. mudah ni.
    hi hi hi uncang teh memang wajib ada kat umah aida.
    minuman asas utk anak-anak di kala ptg hari :)

    ReplyDelete