Feb 4, 2018

Review Hotel Jen Penang



Harini nak review Hotel Jen Penang, Siapa pernah menginap dekat sini? Hotel Jen ini adalah 4 star hotel berada di Georgetown berdekatan dengan UNESCO World Heritage Site dan shopping areas. Servis dan kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah Free Wifi di semua tempat, mempunyai swimming pool,  24 jam Gym, terdapat sauna dan steam room dan massage treatment. Saya dan keluarga menginap satu malam di hotel ini pada minggu lepas. Tujuan kami menginap di sini di sebabkan berdekatan dengan Mmall. Selain itu boleh walk in sahaja ke Komtar , 1st Avenue Mall dan Prangin Mall. 

Lobi Hotel






Pengalaman menginap di hotel ini sangat cantik dan servis memang tip top. Kami memilih deluxe room 2 twin beds. Sangat selesa, katil empuk dan 2 bantal besar. Di dalam bilik terdapat juga iron dan iron board, locker box, towel, slippers, hairdryer dan free toiletries. Bagi yang membawa kenderaan, disediakan parking di bawah lobi. Deposit dikenakan bagi hotel ini RM200. 



Bilik mandi nampak selesa dilengkapi dengan shower room.  cuma tiada kepala paip bagi toilet bowl.


Awal pagi saya dah plan nak mandi di swimming pool. Rugi kalau tak mandi, bukan selalu nak mandi kolam hotel 4 star ni. Macam biasa kalau pergi awal pagi tak ramai orang.Terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak. Sebelum mandi perlu register dulu, just tulis nama dan no bilik sahaja, disediakan juga towel. Swimming pool dibuka pada pukul 7 pagi sehingga 8 malam di tingkat 4. Gym dan sauna room juga di tingkat yang sama. Lepas mandi terus pergi sauna room dan steam room. Memang best!






Breakfast include untuk dua orang. Kalau nak extra charge bagi breakfast agak mahal, dewasa RM55 dan kanak-kanak RM25. Overall hotel ini tidak mengecewakan,  cuma lokasi di tengah-tengah Georgetown agak sibuk dengan kenderaan. Bagi yang sukakan ketenangan hotel ini tidak sesuai dengan anda. Yang penting staff berikan layanan yang terbaik dan bilik selesa.


Alamat / Address:-

Magazine Road, George Town, Penang, 10300, Malaysia

No tel: (60 4) 262 2622

24hour check in
12pm check out



16 comments:

  1. cantik hotelnya... aritu menginap kat U Hotel, Bayan Lps masa cuti2 penang mggu lps..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati lah cantik, nanti boleh menginap di sini

      Delete
  2. boleh tahan gak lah hotel ni..lobby dia cantik

    ReplyDelete
  3. Cantik dan bersih persekitaran Hotel Jen.. Lepas baca review Atiah, LZ plan mungkin jika ke Penang boleh stay di sini.. Thanks!

    ReplyDelete
  4. Nampak best jugak hotel ni. Nanti bebila g penang boleh serbu.. Hihi

    ReplyDelete
  5. Dalam plan nak pi Penang next month, boleh try survey hotel ni..

    ReplyDelete
  6. Dekorasi dalaman dia menarik.. Ada bilik steam lagi..

    ReplyDelete
  7. aida lom stay sini.
    ari tu holiday penang, dok kat seberang.
    akan amik peluang lagi la ke penang.
    tak puas ari tu gi.
    musim hujan.
    naik bkt bendera, kelam kabut turun.
    hujan lebat :( hu hu hu

    ReplyDelete