Jan 11, 2018

Drama Trending No 1 KEKASIH PAKSA RELA

Related image

Drama TV3 di slot Akasia bertajuk Kekasih Paksa Rela dibintangi pelakon hebat Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai teraju utama.  Jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakon yang bagus dalam memainkan watak masing-masing. Jumlah episod untuk drama ini sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. 

Review 

Saya boleh terjebak dengan drama ini dari Episod pertama sehingga ke hari ini. Watak Hanan dan Pakcik yang sweet dan romantik. Hari-hari tak sabar nak tengok drama ini. Jadi atiah bagi kredit untuk pelakon sebab atiah jarang tengok drama tv3 kalau pelakon dan cerita tak menarik tapi kali ini boleh layan.






WATAK PELAKON 

Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Jalaludin Hassan sebagai Dato Azman
Aman Gaseka sebagai Kamal
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
Emelda Rosemila sebagai Suraya
Fizz Fairuz sebagai Yusman

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA

Berkisarkan tentang Adham atau Am (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas 
tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Ros dan 
Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk 
merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Ros membuat keputusan untuk 
membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke US dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan 
Ros, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi 
mengelakkan sebarang fitnah, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama 
Ros. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. 
Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan
meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?






credit : myinfotaip

3 comments:

  1. Ray tengok ni bebetul masa minggu last je. Hahahhaa malas gila nak tunggu satu2 episode

    ReplyDelete
  2. Tak tengok sangat drama ini.. Adalah sesekali tertengok..

    ReplyDelete
  3. aida tak tgk.
    sebab timing nyer tak kena.
    ada la tgk few episod tau, atiah.
    then, dpt tau citer sebab ramai member update kat fb ha ha ha :)
    makcik bawang...

    ReplyDelete