Apr 27, 2012

picnic-rakan sekolah di kuala woh




masa:9 pagi
tarikh:25/4/2012
siapa:rakan sekolah
-airynn
-muzianis
-fatinah
-umi najwa
-ain mansor
-wan huraizah
serta 
-afiq

assamualaikum semua para pembaca yang sudi membaca,baru jer nak update entry..aku mengambil masa yang lama untuk menaip naip ni..walaupun tak susah mana..

tajuk berjudul picnic,ala picnic kecil kecilan jer..rakan2 sekolah jer pun..heee,kami dah lama dah rancang nak buat berkelah ni,alhamdulilah jadi..jadi,pukul 8.30 kawan kita yang bernama aireen mengambil kita di hadapan rumah dengan sebuah kereta hitam,fuh kita auto la..mana main manual2 ni..ecehhh
setelah masuk dalam kereta,fatinah sudah ada..umi jer belum ada lagi,jadi hanya berapa meter dari rumah ku,aireen yang memandu sangat cermat pergi la mengambil umi pula..jadi kami berempat menuju ke kuala woh..takde la jauh mana,boleh la sampai..hee

setelah sampai,kami mencari muzianis yang menaiki kenderaan bersama family beliau..muzi sudah sampai membentang tikarnya..ewahhh..aku dan fatinah pergi dahulu ke tempat muzi..dan tiba2,kami ternampak anjing weh,dan aku apalagi,dah le aku pernah trauma kena kejar anjing dulu..aku nak cabut jer,nasib baik ada fatinah dan tinah berkata 'che are,che are,jangan lari',setelah aku tak lari anjing tu tak la mengejar kami..selamat kami..alhamdulilah

tak abis lagi cite ni,tengok la dulu gambar ni..kejap lagi teman menaip lagi ya..


ni la ayam yang dibakar oleh cik muzianis kita,ni gambar die kat bawah..







ni sape plak ni?sebuk interframe..nasib baik comel.LOL


terima kepada cik muzi kita yang sangat sangat rajin membakar ayam serta cik aireen kita ya...dan ayam yang kami makan sangat la sodap dan sodap..setelah siap bakar ayam semua,apalagi dengan pelahap tak makan makan pagi..semua duk makan..dah habis makan,fatinah dan aireen pergi la mandi untuk menyejukkan badan..aku,umi dan muzi hanya rendam2 kaki sahaja..heee
setelah habis aktiviti tersebut,kami pun bersiap untuk balik ke rumah masing2..lebih kurang pukul 1pm la..the end.hee


ewahh..ni gambar pemilik blog che A..nak berkenalan..boleh2


p/s:tahniah rakan2 yang dapat matrik.

Apr 19, 2012

SEGMEN : JOM KENALI BLOG SAYA

miss Z berceloteh
nak join klik banner

tarikh mula berblog adalah NOVEMBER 2009 ketika berumur 15 tahun jadi blog saya berumur 3tahun lebih la kot..tak popular mana pun blog saya,kalau tiada orang baca pun ,saya baca..hee..blog macam diari,disebabkan saya tak suka tulis kehidupan di buku baik tulis kat blog,bila kita teringat moment lepas2,kita boleh tengok balikkan.


Apr 17, 2012

AL FATIHAH BUAT TEACHER ZAHORIN

Assalamualaikum.
harini menerima berita bahawa cikgu bahasa english saya telah meninggal dunia pada 11.20 pagi tadi
mula-mula dengar perkhabaran tu,rasa cam tak percaya jer,tapi bila semua kawan2 bagitahu..baru la percaya teacher dah tiada di dunia ni lagi..

kami bertiga saya,tinah dan tasya ziarah di batu melintang melihat arwah untuk kali terakhir.
teacher meninggal akibat penyakit kanser payudara..
arwah sangat sangat guru luar biasa bagi kami kelas 5yakin dulu..semangat mengajar kami.
arwah sangat sayangkan kami..arwah menggangap kami seperti anak2 arwah sendiri..
kata2nya tidak akan kami pernah lupa buat selamanya

"my dearest student" sentiasa kedengaran bila teacher mula masuk ke kelas kami..sentiasa memberi kata2 semangat buat kami.senyuman tidak lekang bila mengajar kami..bila kali terakhir die memeluk saya sebelum spm bermula,dapat saya rasakan sesuatu sedih di muka arwah..teacher zahorin satu dalam seribu..kami sentiasa merinduimu

JASAMU AKAN DIKENANG
MOGA ARWAH DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.


Apr 9, 2012

tak menang GA tapi dapat jadi tetamu VVIP.alhamdulilah

assalamualaikum semua..
pertama sekali chea nak ucapkan terima kasih yang melawat blog che'a yang rajin hantar coment d cbox saya..terima kasih banyak2,kalau ada masa chea balas kunjungan anda oke

entry terbaru iaitu tak menang tapi dapat jadi tetamu VVIP..
alhamdulilah chea ada masuk contest GA penginapan villa di Langkawi..memang saya tak menang contest ini tapi pihak penganjur baik hati,bukan saya sorang yang lain join contest tu juga dapat menjadi tetamu villa tersebut serta potongan 30%...ah ah,sangat best!

terima kasih Roselangkawi




Apr 3, 2012

seharian bersama rakan & siap hantar borang LCCI

Assamualaikum para blog..
saya dah berhenti kerja dah.last saya kerja 31/3/2012..sekarang saya menjadi pengganggur,yang duduk di rumah..nanti saya akan buat entry selama bekerja di taska.sekarang nak cerita pasal semalam 2/4/2012

semalam,semua dah pakat nak datang sekolah pukul 9 pagi cam tu,last2 semua kumpul dalam kul 10 lebih sebabnya hujan mari dan ada yang bangun lambat.
kami sebenarnya malu nak datang sekolah balik tapi disebabkan kena juga untuk isi Sijil LCCI (accounting) kena la pi jumpa cikgu akaun.

yang hadir lima orang jer-dilah,mimi,tasya,syuhada dan saya.
yang lain dah ambik dulu dan ada yang tak layak untuk sijil ni sebabnya yang layak sijil LCCI ni untuk result spm c+ dan keatas baru layak.alhamdulilah saya dan rakan rapat layak untuk sijil ni

waktu zaman sekolah(baru habis spm)
saya,mimi,tasya,dilah dan syuhada

lepas dah kumpul,kami pergi jumpa cikgu zaki,dan pergi lah kami ke bilik guru..sekejap jer kat bilik guru.cikgu bagi tahu macam mana nak isi semua dan cikgu cadangkan kami hantar dalam satu sampul surat so takde lah membazir kan sebab syarat nya kena bayar RM25..jadi kutip sorang RM5 jer la.
lepas tu pergi makan pagi kat tempat lepak masa dulu2,apa lagi warung cik T la..kenyangkan perut dulu baru pegi pejabat pos.

lepas habis makan semua,dalam pukul 1 lebih kami pergi pejabat pos,nak uruskan LCCI ni..lepas tu cadang nak pegi umah teacher zahorin sebab die menghidap kanser,nak melawat la tapi takde rumah..jadi lepas siap isi semua pegi umah tasya pulak.lepas kat umah tasya.apa lagi sembang2 kat umah tasya sampai pukul 3.30 cam tu la.

pukul 3.30,kami kena hantar dilah kat station bus sebab rumah die kat slim river..saya,tasya dan mimi ada motor sendiri..dilah tumpang mimi dan syu tumpang tasya.kita naik sorang2.hee
dah hantar dilah kami plan pegi link pulak..depa yang on pc,saya duk tengok jer la..

kul 5 petang cam tu kuar dari Link,lepas tuu pegi plak makan burger kat sebelah kospek
aku mintak burger double punyer..yang tasya double special,syu die ambik cheese yang mimi sama ngan kita


tak tahu lagi bila nak kumpul sama2 lagi..and korang best..jumpa masa pendaftaran form6 kot..hee



next entry.insyaallah

Apr 1, 2012

terima kasih eza-stories untuk header bagi GA cik bunny


terima kasih http://eza-stories.blogspot.com/ untuk header terbaru saya..saya berpuas hati.
korang ingat tak entry yang saya menang GA cik bunny,oke kalau tak ingat sila lihat entry ini.
alhamdulilah saya menang GA itu dan dapat header diatas..sangat cantik.terima kasih kepada eza.

apa yang saya inginkan di email itu,sama apa kehendak saya.terima kasih sekali lagi