Jun 16, 2011

LEPAS NORA ELENA,STANZA CINTA PULAK


Drama Stanza cinta adalah cerita yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta, terbitan Grand Brilliance, arahan Along Kamarudin. Drama ini bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam mulai 19 Jun 2011. Dikhabarkan ada 13 episod semuanya.

Sinopsis Stanza Cinta dari novel :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.




3 comments: