Jun 23, 2023

Titanic Submarine Disahkan Mati


Photo credit : Newshub

5 penumpang disahkan meninggal dunia , Kapal selam Titan dikatakan meletup berhampiran dengan Kapal Titanic oleh Pegawai Pantai Amerika Syarikat . Dilaporkan hilang sejak Ahad yang lalu, 18 Jun 2023. Kapal selam tersebut dipercayai terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 45 minit selepas melakukan selaman.

"Pagi ini, sebuah ROV (remote operated vehicle) iaitu kenderaan kendalian jauh dari kapal Horizon Artic telah menjumpai kon ekor daripada kapal selam Titan yang berkedudukan lebih kurang 1,600 kaki berhampiran kapal Titanic,” katanya.

Syarikat Ocean gate mengenakan sebanyak AS$250.000 (RM1.2 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi melihat sisa bangkai Titanic pada kedalaman 3,800 meter di lautan Atlantik. Penumpang perlu masuk ke dalam kapal selam dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk menyelam ke arah bangkai Titanic.

 5 penumpang adalah:
  1. Shahzada Dawood (Jutawan Pakistan)
  2. Suleman Dawood (anak Shahzada Dawood)
  3. Hamish Harding (Jutawan british)
  4. Paul-Henri Nargeolet (Penjelajah Perancis)
  5. Stockton Rush (Ketua pegawai Ceo)
Salam Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat . 


1 comment: