Masuk ajer kome di Cafe Opah Merry rasa vibes lama dah mula lah mengimbau zaman kanak-kanak memang kenalah dengan namanya . Salah satu cafe di Ipoh yang menyediakan makanan tradisional dan sajian kampung. Saya dan rakan pesan Nasi putih dan ayam kicap , lempeng kelapa bersama sambal, cekodok dan tidak lupa kopi O . Lepas tu kami order dessert ada disediakan Croffle dan puding caramel. Penyediaan pinggan mangkuk juga sangat klasik ya baru lah vibe Opah gitu.
Rasa makanan ok kenalah dengan tekak kami . Air yang disediakan penuh ya satu plastic tu kalau jenis minum sikit baik kongsi sebab kami pun tak sangka kuantiti dia banyak . Dessert dari Opah Merry juga sangat sedap dan tak muak. Untuk penggemar manis anda boleh ambil Croffle perisa coklat yang tak suka manis boleh ambil perisa matcha rasa plain sikit. Dekorasi saya bagi A+++ memang menggamit memori dan kampung style. Jangan risau walaupun stail zaman dulu Opah Merry ada aircond ya taklah kepanasan. Overall Opah Merry makanan yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia !
Lokasi Opah Merry bersebelahan Pejabat Pos Taman Ipoh dan buka pada 10 pagi sehingga 8 malam . Hanya selasa sahaja tutup . Dah sampai Ipoh Perak singgah le ya .
suka tengok hiasan dalaman cafe ni. dpt mengimbau kenangan zaman kanak2 ....
ReplyDeleteKlasik betul deko dia.. Memang menggamit memori..
ReplyDelete