Nov 1, 2020

Review Drama Terbaru Korea Start Up


Hi, saya nak review drama korea baru sahaja episode 5 ditayangkan di Netflix. Sumpah drama lain dari yang lain dan sangat best , Episode 1 dah buat aku rasa wow drama ni walaupun mula-mula tu agak sedih lah jugak. Selalu drama korea kalau anda perasan episod 1 sampai 3 dia nak penonton kenal dulu dengan watak dalam drama ni. dah masuk episod ke-4 itu yang ditunggu-tunggu.

Drama ini ada komedi, sedih, Friendship, Family dan love. Start up mengisahkan kehidupan anak muda nak berjaya tapi masih tak tahu cara untuk mereka berjaya tu dan diorang ambil keputusan join Sandbox. Sandbox ini adalah tempat untuk orang yang nak mula belajar dalam dunia business. Seronok nya sandbox ni semua benda FREE, tempat latihan semua cantik. Tapi nak masuk bukan mudah ya. Banyak la cabaran diorang nak harungi sepanjang berada di Sandbox. 

Dalam drama ni juga persaingan antara adik beradik gitu, Seol dal mi (Suzy) dan Wong In Jae (Kang Hana)  disebabkan mak ayah diorang decide nak bercerai. Dal mi pergi ke ayah, In jae pergi dekat mak dia. Lepas tu Mak dia kawin dengan orang kaya. Makin diva dan berlagak la kakak dia ni. Dal mi pulak stay dengan hidup yang sederhana. Dah besar bila jumpa kakak dia diva lah cakap yang dia buat keputusan yang tepat ikut mak dia dari ayah dia. Lepas tu dua2 pulak masuk Sandbox ni so nanti kita tengok lah persaingan adik beradik ni. Saya sokong dal mi !

Watak utama dalam drama ini mestilah akak Suzy kita, Kim seon Ho dan Kang Hana.Boleh tengok di Netflix setiap hari Sabtu dan Ahad. 

1 comment:

  1. ada usha juga haritu... belum decide nak tengok ke tak, tunggu reviews dulu hahaha

    ReplyDelete