Sep 9, 2017

Tips memilih skincare untuk Kulit Kering



Credit : Google

Assalamualaikum semua
Entry kali ini saya akan share Tips Skincare bagi yang menghadapi masalah kulit kering (dry skin). Pasti ramai yang menghadapi masalah kulit kering seperti mengelupas dan bersisik di sebabkan cuaca, alergi, atopik dermatitis (Ekzema) , sabun, efek ubat-ubatan. Saya antara menghadapi masalah kulit kering kerana mengalami penyakit ekzema, jika tidak di atasi kulit saya akan mengelupas dan bersisik.

Jadi saya nak kongsi Tips untuk memilih skincare product bagi kulit sentiasa cantik dan sihat.

1. Facial Cleanser 

Bagi yang menghadapi masalah kulit kering di wajah pencuci muka adalah sangat penting. Anda perlu memilih pembersih wajah yang lembut, tidak mengandungi alcohol dan pewangi. Kurangkan pengunaan Scrub atau foaming ini dapat menambahkan pengeringan di muka anda.

2. Moisturising Cream 

Pelembap perlu di gunakan setiap hari selepas mandi terutama yang menghadapi kulit kering. Selain melembapkan wajah anda ia juga dapat menjaga wajah dari paparan sinar UV. Jika berada di luar pilih pelembap yang memiliki SPF untuk melindungi dari sinaran matahari. Manfaat pelembap juga dapat menyegarkan, menghalus dan mencerahkan kulit wajah anda. Bagi kulit kering pilih pelembap wajah yang mengandungi bahan dasar air atau minyak. Hindari kandungan alcohol, pewangi dan perwarna sintetis.





Image result for clean face

Credit : Google
3. Toner

Memakai Toner dapat menyegarkan kulit, membantu melembapkan wajah dan membersihkan makeup anda. Pilih toner yang tidak mengandungi alcohol. Kelebihan menggunakan toner mencegah kulit wajah menjadi kering, kasar dan kusam. Guna toner sebelum menggunakan pelembap, serum dan krim mata.

4. Serum Vitamin C

Manfaat menggunakan serum dapat melambatkan proses penuaan, dapat mengurangkan pembentukan garis halus di wajah anda. Garis halus selalu terbentuk di bahagian garis senyum antara pipi dan hidung ketika sedang tersenyum jika berlaku kekeringan. Ini dapat diatasi dengan menggunakan serum Vitamin C dan E pada kulit wajah. Selain itu dapat mengurangkan bekas parut dan jerawat di wajah kerana Vitamin C ada asupan  nutrisi yang masuk kedalam tubuh manusia yang membuat parut dan bekas jerawat hilang. Gunakan sebelum menggunakan pelembap. Sesuai digunakan bagi yang masalah kulit sensitif, kusam dan dehidrasi.

Akhir kata gunalah skincare yang sesuai dengan kulit anda dan mengetahui kandungan di dalam produk tersebut agar kulit sentiasa sihat dan indah.  Kulit kering bukan halangan untuk tampil cantik, yang penting percaya dan yakin!







3 comments:

  1. Good sharing. Tp kulit muka cikla jenis combination kot. Kdg2 mcm kering, kdg mcm berminyak

    ReplyDelete
  2. ray punye kulit jenis yg berminyak. so mmg those are not for me i guess. hihi

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Tak rajin dah nak apply sume-sume tu.. huhuhu..

    ReplyDelete