Sibayak Mount Medan Indonesia
MasyaAllah, view paling cantik yang pernah aku lihat depan mata. Terharu sangat diberi peluang untuk lihat matahari terbit di Gunung Sibayak Medan Indonesia. Awan karpet dan view 360 darjah yang sangat-sangat cantik. Ini kali kedua aku menjejak kaki di Gunung Sibayak, Sebelum ini tiada rezeki untuk melihat sunrise kerana cuaca yang sangat buruk.
Setelah hampa kali pertama tak dapat tengok sunrise, aku kumpul duit untuk pergi kali kedua pada bulan Januari lepas bersama rombongan yang lain. Dapat kawan baru lagi.aku tak kesah pergi dengan rakan yang tidak dikenali. Tapi aku bawak partner sorang. Sampai Medan baru jumpa geng rombongan. Hanya kak anis dan kak fatin sahaja yang aku kenal masa rombongan yang pertama tahun lepas. Walaupun bawa backpack kalini aku belanja dua pasang telekung dan kek cheese dari Medan. Nasib baik dekat airport lepas walapun bawa beg sangat-sangat lah berat. Sekarang Air Asia dah ketat dari sebelum ini, Hati-hati yang bawak backpack, Harap tak lebih 7kg. Untuk belanja aku tak bawak banyak pun duit sebab aku pergi Medan bukan untuk shopping hanya nak tengok nature.
Untuk budget flight ticket aku beli tak mahal, tak murah sangat lah, sedang2 gitu sebab aku beli pon lambat jugak. sebulan sebelum pergi macam tu. Dalam RM240 ,return. Pakej di sana 3hari 2malam hanya RM350 termasuk tour guide, camping equipment, transport dan entrance fee.
Kolam Abadi Teroh-Teroh (Body Rafting)
Gunung Sibayak (Hiking) 2210m
Kolam Air panas
Air Terjun Sipiso-piso
Air Terjun dwi warna (tidak dapat pergi kerana cuaca)
Kota Medan
Sangat-sangat puas hati trip yang kedua berbanding yang pertama. Next travel InsyaAllah China bulan 10 nanti.
SubhanAllah 😍
ReplyDeletecantiknyaaaaaa view!!
ReplyDeletei love the viewwww
ReplyDeleteSubhanallah.. Cantiknya pemandangan yg dikongsi.. Beruntung awak..
ReplyDeletecame back to look at the view
ReplyDelete