Sep 7, 2016

3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian



Salam..rindunya lah perhentian, habis jer convocation hari ahad (21/8/2016) , terus stay tak balik perak sebab hari selasa (23/8/2016) petang ada interview di bangsar dan malam jam 10pm bermulalah perjalanan dari TBS - Kuala Besut Terengganu selama 7 jam.

Hari Pertama (First Day)

  • Transport (Bus) : Terminal Bersepadu Selatan (TBS) to Kuala Besut return about RM88 (10pm until 5am)
  • Depan jeti Kuala Besut ada Surau mudah nak istirehat dan solat sementara nak tunggu boat pukul 8 am.
  • Perjalanan naik boat Jeti Kuala Besut - Perhentian Island lebih kurang sejam setengah (1 hour half)
  • Dah sampai kami tinggal di Pangkalan Raja, lepas tu excited sampai matahari terpacak kami jalan dari homestay  sampai ke hujung, tak ingat pulak nama tempat tu..haritu memang berjalan jer dah lama tak pergi pulau katakan
  • Petang sikit kami training snorkeling , tak jauh pon pergi sebab kat tepi tu pon banyak coral dan ikan cantik-cantik. 
  • Malam kami pergi Long Beach nak tengok Fire show . Sebab kena pergi seberang laut kena bayar sorang RM30 seorang dekat boatman.
Hari Kedua (Second Day)

  • Pagi bangun awal , jalan-jalan lagi
  • Hiking ke Windmill. Cantik sangat view. Ini wajib pergi kalau dah pergi perhentian
  • lepas tu bersnorkeling lah apalagi. Memang penat walaupun tiga jer checkpoint. Dapat tengok turtle, coral dan ikan yang sangat lawa. 
  • sampai ke shark point dah tak larat, sekejap jer dekat sini sebab shark pon tak da. takda rezeki nak jumpa shark.
  • Petang mandi laut lagi sampai burn. masa ni dapat tengok ikan Nemo.
  • Malam aktiviti BBQ. Terima kasih dekat pakcik nelayan bagi kami dua ekor sotong gemok-gemok. buat makan bbq malam tu. 
Hari Ketiga (Third day)
  • Hari terakhir. Sedih nak tinggalkan pulau
  • pagi macam biasa aktiviti berjalan sekitar pulau dan mandi laut
  • Tengah hari kami masak manggi sebab pakej makan sampai breakfast jer. pinjam dapur kami masak maggie banyak-banyak. 
  • Pukul 4pm gerak balik Kuala besut
  • Disebaban tiket kami balik pukul 8.30 pm, jadi jalan - jalan tengok rumah api dekat dengan jeti. 
  • sampai TBS pukul 5pagi. Lepas tu drive balik perak . 2jam drive. Kereta memang kita park dekat TBS. Murah jer sehari RM4. 
  • Jumpa lagi perhentian, next year !














12 comments: