Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Mar 1, 2018

Serbuk Teh Cantikkan Kulit anda

Related image

Jika anda ada serbuk teh yang sudah digunakan tanpa campuran gula atau sebagainya, jangan anda buangkan bahan ini kerana ia boleh digunakan untuk menghaluskan kulit anda.

Caranya mudah dengan melumurkan serbuk yang telah digunakan itu pada tangan anda.Selain tangan boleh juga untuk kulit wajah dan mata.

Manfaat Ampas Teh Untuk kulit 

Mengandungi Vitamin E yang sangat baik untuk membantu menghaluskan kulit apabila terasa kering.
Ampas teh tersebut boleh dibuat masker supaya kulit lebih lembap, halus, dan cerah. Selain itu teh juga dapat menghilangkan jerawat serta bekas jerawat di wajah anda.

Related image

Caranya keluarkan ampas teh dari kantongnya, lalu pindahkan ke bekas yang bersih. Masukkan satu sendok madu dan satu sendok tepung beras atau beras tumbuk. Gaul masker sampai rata, boleh tambahkan air jika terlalu kental. Kemudian, letakkan masker pada wajah secara merata dan gosok dengan lembut dalam 5-10 minit. Jika sudah, biarkan sehingga kering. Terakhir, bilas masker dengan air hangat sampai bersih, kemudian bilas lagi dengan air sejuk atau air ais.

Siapa ada masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda? Yes saya antara salah seorangnya. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan ampas teh tersebut. 



Caranya paling mudah, hanya perlu celup ampas teh tersebut ke dalam air sejuk (ais) hingga betul-betul sejuk. Selepas itu letakkan di kawasan kelopak mata dan biarkan selama beberapa minit, jika selalu amalkan dapat mengurangkan mata panda dan mata anda semakin segar dan sihat.

Selain pada muka dan mata, banyak manfaat serbuk teh ini seperti mengatasi kemerahan akibat di gigit nyamuk, bekas luka, menggelupas, dan sunburn. 

Air teh bukan sahaja untuk di minum. Tetapi serbuk teh itu sendiri mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan diri kita agar kekal sihat dan cantik. Sentiasa amalkan. Selamat mencuba!

Feb 10, 2018

Limau Nipis Ubat Sakit Kepala

Related image


Sakit Kepala kalau datang, memang tak boleh nak buat kerja apa-apa. Atiah memang jarang sakit kepala tapi bila datang sekali memang sakit dia tak tahu nak cakap apa.

Jadi cara paling mudah mengatasi sakit kepala ialah anda perlu kan dua biji limau nipis. Limau nipis itu dibelah dua. Campurkan sedikit air lalu digosok pada kepala beberapa kali. Insya Allah sakit kepala akan hilang.

Jika diamalkan selalu boleh menghilangkan kelemumur di kepala serta dapat menyihatkan rambut.


Sumber : Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 7, 2018

Buah Delima Ubat Kurus

Tahukah anda buah delima yang dicampurkan dengan garam dapat membantu mengatasi masalah gemuk.

Caranya ambil tiga biji buah delima yang masih muda, tumbuk sehingga halus kemudian campurkan dengan air yang suam, campur sedikit garam dan tapis hingga menjadi airnya segelas.

Minumlah ramuan ini selama seminggu. Berat badan anda akan turun . Jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

Photo credit: Google.com
Sumber: Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 5, 2018

Menghilangkan Parut di Muka


Image result for daun lidah buaya

Parut antara paling susah untuk di hilangkan, mengambil masa yang lama untuk pulih terutama parut dari kesan jerawat atau luka. Bagi menghilangkan parut ada banyak cara antara rawatan tradisional  yang boleh kita amalkan ialah daun lidah buaya. Caranya adalah ambil sehelai daun lidah buaya, kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka anda.

Lakukan cara ini sehingga anda memperolehi kesannya. Anda boleh lakukan setiap hari jika ingin cepat pulih. Itu kalau rajin, sekarang dah ada jual gel aloe vera brand Natural Land, Natural Republic dan banyak lagi , jadi sapu sahaja lebih senang dan cepat. Yang penting beli yang Original ya.


Sumber : Panduan Petua Untuk Keluarga

Nov 9, 2017

10 Makanan Terbaik Agar Jantung Tetap Sihat (The best food for the Heart)

Makanan adalah kunci utama tahap kesihatan anda, jika tidak makan makanan yang sihat akan menyebabkan kesan di kemudian hari seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetis dan sebagainya. Jadi mari sama-sama kita menjaga kesihatan agar tidak menghadapi sebarang penyakit berbahaya.


10 Makanan Terbaik Agar Jantung Tetap Sihat

1) Oatmeal

Mulakan pagi anda dengan semangkuk oatmeal yang kaya dengan Omega 3.

Sep 20, 2017

Makanan Terbaik Untuk Mata

Photo Credit : Google.com

Mata (eyes) sangat penting pada manusia. Tanpa mata maka susah lah untuk kita melakukan pekerjaan seharian. Kita boleh mencegah atau merawat penyakit  seperti Cataracts, Conjunctivitis, Glaucoma, Macular degeneration of the retina, night blindness, visual acuity dengan makan makanan yang baik untuk kesihatan mata anda.

Antaranya adalah:-


Lobak (Carrot) 



Photo Credit : Google.com
  • Lobak adalalah sangat berguna untuk masalah retina dan mata secara umum. Selain itu masalah kulit, gastrik dan menghalang dari penyakit kanser.
  • Lobak atau carrot bersama Alfafa Green adalah kandungan makanan yang sangat kaya dengan Vitamin A.
  • Compositon of carrot : Carotenoids : beta-carotene. Fungsi untuk retina ,terutama night vision atau low light situation. Ia membantu kulit dan mucosa dalam keadaan yang baik. Serat Sayuran (Vegetable Fiber) ,dan Minyak pati (Essential Oil).