May 26, 2018

2% Gaji Suami dicarumkan dalam KWSP atas nama isteri



Image result for 2% Gaji Suami dicarumkan dalam KWSP

Minggu ini menjadi tular di media social berkenaan isu 2% gaji suami untuk dicarumkan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas nama isteri yang baru di umumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan pelan tindakan bagi cadangan memberi caruman KWSP kepada suri rumah. 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia bertujuan merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk caruman KWSP kepada suri rumah melalui pemotongan 2% gaji suami.

Semestinya kaum isteri yang suri rumah menyambut baik cadangan ini. Dalam ramai yang bersetuju, tetapi ada juga yang menolak akan cadangan ini. Itu hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. Tapi tak sangka ada juga golongan suami yang membantah akan cadangan ini. Pelik-pelik. 

Credit photo : www.ohmymedia.cc

May 14, 2018

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

 http://www.shuhaidasaad.com/2018/05/shuhaidasaadcom-2nd-giveaway.html

Salam, sejak kebelakangan ini Atiah tak aktif dalam blogging. Bila saya dah mula bekerja memang susah nak aktif , dulu masa belajar pun sama. Bila malam saya ngantuk jadi tiada masa untuk buka laptop. Hari ini sebab on laptop nak search tempat menarik di Cameron, dapatlah on blog sekejap.

Dah sign in, tengok reading list ada rakan blogger buat giveaway. Rugi ni tak join dari Shuhaida Saad. 2nd giveaway dari shuhaida bermula 12 May sehingga 12 Jun 2018. Sebulan giveaway ini, jom jangan tunggu lama-lama nanti terlepas.