Mar 13, 2015

Review super glowing foundation Farra beauty BEST!

Salam, okay first time, saya nak cerita berkenaan product beauty and care ini, nak kongsi foundation yang saya pakai baru 3 minggu.

Macam saya ni, memang tak suka makeup, dan tak pandai pun nak bermakeup2 ni, tapi disebabkan saya praktikal, terpaksa lah  make up jugak, dah bekerja katakan. dulu  pergi kelas letak pelembap body shop vitamin e tu siang, letak bedak sikit, lip balm dah terus pergi kelas..sebelum praktikal saya tengok dekat Instagram foundation apa yang sesuai sebab kulit saya ni jenis sensitif dan kering.

Akhirnya berkenan dekat super glowing foundation ni itu pun tengok atitaharis asyik promote dekat Instag dia. serius tak tipu foundation die walaupun kecik jer tapi puas hati, sikit jer sapu dekat muka dah macam banyak.Flawless dah muka, tak melekit, tak berminyak bila sapu rata jer dekat muka, memang superb la.jadi yang tak berapa suka makeup ni, pakai foundation tu jer dah okay, boleh pergi kerja dan kelas.aku beli dalam harga RM56.



Foundation ni ada 3 colours,

no.1 (pinky), warna kulit Nora Danish/Emma Maembong.
no.2 (natural) warna kulit Neelofa/Rozita Che Wan.
no.3 (sawo matang) kulit wajah Nabila Huda.

Antara kelebihan Foundation Super Glowing:
– long lasting tahan sehingga 8 jam

– smooth
– texture yang halus dan jimat
– memberi hasil yang flawless, menaikkan seri muka
– sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah jerawat, jeragat, parut, open pores dan garis halus
– mengandungi vitamin e untuk memperbaiki struktur kulit yang rosak
-spf35 mengalang dari sinar uv
-ringkas, mudah dan cepat






Jan 31, 2015

Travel ke Jakarta & Bandung Part 2

Assalamualaikum
memang nak buat part2 makan masa yang lama aku nak update, cerita dah ada , nak taip tu ha malas sikit, hahaha

recap balik last aku cerita di betara hotel, sampai situ jer kan. untuk hari ketiga, kami pergi ke kartikasari, tempat jual keropok-keropok, kuih muih, kek, serius sedaplah rugi tak beli banyak. mula aku ni berlagak, sebab kat malaysia pun ada kot jual macam ni jugak, tak berminat la, sampai malaysia nasib baik mak aku beli keropok dua tiga bungkus, rasa perhhh sedap sangat. rugi tak beli banyak.





selepas itu kami terus ke floating market bandung, pasar terampung.cantik sangat tempat ni dan sejuk sangat macam dekat cameron highland, yang suka tangkap gambar sila tangkap gambar banyak-banyak dekat sini.











kami dekat sini tak lama adalah dalam 45 minit jer, kejap jer , sedih sebab banyak tempat tak ronda ronda lagi.kami terus pergi kampung daun untuk makan tengah hari. tempat makan paling best dekat bandung, ada air terjun, tenang dan nyaman makan dekat sini..rindunya










selepas makan, kami gerak ke toko tiga-original jeans centre, best sangat tengok baju dan seluar jeans dekat toko tiga, serius tak tipu murah murah, aku beli satu baju jer, duit dah habis nak beli banyak.next, dinner di kampiun bistro dan balik hotel.

hari keempat,esok paginya checkout hotel, kami terus gerak balik jakarta, sampai jakarta singgah dulu di ITC Cempaka mas. disebabkan flight kami delay, shooping di itc 2 jam, tak tahu nak buat apa dekat situ, sebab barang mahal sikit berbanding kat bandung. lepas tu terus gerak ke airport nak balik malaysia. flight pukul 10 malam waktu indonesia. sampai malaysia dalam pukul 12 lebih. lepas tu terus balik perak sampai tapah pukul 5 pagi.




harap dapat bercuti dekat jakarta dan bandung lagi, best sangat, lepas ni bali lah pulak, hahaha

p/s:next week dah final exam, sem depan dah praktikal