Dec 19, 2014

TRAVEL JAKARTA & BANDUNG part 1

Assalamualaikum
okay cerita aku bercuti di Jakarta dan Bandung dah lama lah juga, sekarang baru nak share-share,hahaha..bukan apa aku sibuk dengan university life, sekarang baru jer habis segala test, sekarang nak cuti krismas dah tapi aku balik Perak hari sabtu sebab aku join dinner esok..

Korang nak taw masa aku bercuti ni sebenarnya aku buat cuti sendiri, seminggu aku tak datang kelas. Jangan lah contohi aku demi bercuti sanggup tak masuk kelas.hahaha..patutnya aku ponteng dua hari je kelas. Pergi hari sabtu balik hari selasa la. 4 hari 3malam, tapi disebabkan flight boleh pulak delay. apa lagi tak larat nak balik, sampai Malaysia pun pukul 12.30 pagi, sampai Perak 5.30 pagi weh, aku punya train nak balik KL pulak pukul 8.30 pagi, memang aku larat nak balik, jawabnya seminggu tak datang kelas sebab kelas aku sampai hari khamis jer.dua haritu tu aku duduk rumah dan boleh tukar braces sekali. nasib baik takda test sepanjang aku bercuti.

okay teruskan pasal percutian,  aku pergi Jakarta/bandung 29 Nov 2014 hingga 2 Disember 2014. Aku sangat puas hati dengan service dan food  naik KLM Royal Airline, pergi dan balik dengan KLM semua okay, siap tangkap gambar dengan steward dia.


pergi dua beg, kita tengok balik nanti

Malaysia ke Jakarta adalah dalam 1 jam lebih.sampai jer Soekarno-Hatta Airport aku blur mungkin sebab pening flight. boleh plak masa aku nak bercuti aku demam, batuk dengan selesama. bertambah pening la aku kat dalam flight tu. nasib demam aku kejap jer, sampai Bandung aku okay.First dah sampai Jakarta kami terus ikut tour guide kami Ibu yanti. service tour guide sangat tiptop, driver pun bagus bangat. Ibu yanti terus bawa kami dinner di Lembur kuring. Restaurant die ekslusif lah jugak, cantik bangat.
              
 Lembur kuring Restaurant Jakarta



Selepas sahaja dinner kami terus dibawa rehat di  d'primahotel WTC Mangga Dua Jakarta.



Esoknya terus bertolak ke Bandung, bangun pukul 4 pagi weh, sebab jakarta masuk subuh awal. 1 jam awal dari Malaysia. breakfast pukul 6 pagi di starbuck bawah hotel ni. satu bilik ni dua orang, so memang selesa lah satu katil sorang, takda gaduh dengan adik aku.hehehe

saya bangun paling awal, peace sikit.


jakarta ke bandung adalah sekitar 2 jam kami sampai, masa kami pergi takda jam, jalan raya smooth jer. ibu yanti bilang kalau jam mau sampai 5 jam ke 8 jam. 

PASAR BARU, BANDUNG


memang sesak lah jalan ke Pasar baru, sebab menjadi pilihan orang nak shopping dekat pasar baru.murah murah. bas kami turunkan kami betul betul depan pasar baru.shopping dekat situ hampir 4 jam.itu pun tak semua lantai (tingkat) dapat shopping. 4 jam diberi memang tak cukup, aku rasa sehari pun tak cukup, hahaha. perempuan kalau pergi sini memang untunglah tak balik balik rumah. selepas bershopping sakan di pasar baru kami gerak factory outlet


selepas di factory outlet dinner di praoe seafood, makanan sini okay lah sedap, tapi aku yang tak makan sangat, sebab terlampau penat sampai takde selera nak makan.selepas dinner terus gerak ke hotel X-Trans De Batara. okay tak tipu bilik die cantik dan besar.








okay kalau nak tahu bilik ni aku tidur dua orang jer weh, besar giler macam boleh tidur 4 orang. selesa lah bila dua orang jer tidur bilik besar ni. service tiptop, nanti saya datang lagi k.hahaha

hari ketiga dan keempat nanti aku sambung lain hari.





Apr 16, 2014

Pengalaman cabut dua gigi bongsu



Foto kredit : google

Assamualaikum, okay harini saya nak ceritakan pengalaman dicabut dua gigi bongsu ku yang tetiba tumbuh, cerita mula mula aku dapat tahu gigi bongsu ni masa tingkatan lima, kan setiap tahun kan kena check kat sekolah tu, masa check ada doktor tu cakap  kena pergi poliklinik, aku pun bingung ahh asal plak aku kena pergi poliklinik, lepas tu aku pergilah dengan mak aku, doktor tu cakap aku ada gigi bongsu belah bawah kiri dan kanan dia suruh buang, kena surgery lah, masa tu terkejut dah lah lah tak pernah pernah aku kena operate gigi, dua  gigi pulak tu..masa tu nak spm pulak tu..adoi susah lah nak belajar lagi, confirm confirm lepas operate sakit kan..bila pikir pikir terpaksa tangguh sebab spm punya pasal, tak sanggup merana nak study kan..

dah habis spm kononnya nak lah surgery gigi ni lepas tu terpaksa tangguh lagi sekali sebab belajar memandu, lepas tu dapat tawaran uniten, tak dapat lah buat habis cuti sem pertama pulak ada masalah nak buat surgery sebab aku tak habis lagi buat jpj kereta..cuti dua minggu jer terpaksa lah habiskan belajar memandu dulu, so kali keberapa dah aku tangguh tangguh, last last buat masa cuti sem kedua, waku tu tak da pape nak buat baik aku settle kan gigi aku ni, tapi yang peliknya orang cakap gigi bongsu tumbuh sakit semua, tapi aku langsung tak sakit.takde rasa apa pun tu sebab boleh main tangguh tangguh..hehehehe

aku buat dekat klinik shah dekat Tapah,Perak, klinik swasta, bayaran satu gigi RM250, mula2 buat appoiment lah dulu, sebab surgery kan.buat sebatang gigi belah kanan dulu sebab gigi bongsu belah kanan dah teruk..masa mula2 operate tu tak sakit pun sebab nya kena bius, kalau tak bius meraung aku, lepas surgery tu yang sakit, sebab ubat bius dah habis, darah akan mengalir keluar lah, darah tak keluar lama, kalau aku dalam 4 atau lima jam darah dah takde..esoknya muka aku bengkak..biasala lepas surgery confirm bengkak lah..lepas tu aku makan bubur jer, lebih kurang seminggu lah nak baik betul2 nya..aku sepanjang seminggu tu kurus sikit makan bubur jer, tak boleh makan benda keras keras lah, nak makan jugak kau rasa lah kesakitan yang akan tangung, hehehe, lepas seminggu aku pergi klinik buang die nya jahitan.lepas tu hooray boleh makan apa jer.

untuk gigi bongsu belah kiri pulak aku baru jer operate isnin lepas, nampak tak tangguh aku lama giler, gigi bongsu pertama tu tak silap aku buat bulan 1, 2013, sekarang dah 2014..tangguh setahun tu..tapi serius aku tak sakit pun walaupun dah berlubang teruk doktor check isnin tu.lepas tu habis dah lah gigi bongsu. cuma sekarang kena tanggung pipi bengkak lepas tu makan bubur, hmm tak suka tapi nak buat macam mana kalau tak buat nanti gigi graham rosak pulak..kalau dah teruk nanti lagi sakit kan..so sesapa yang tumbuh gigi bongsu takyah takut yer, kuatkan semangat macam aku, jiwa kental jer.

wasalam


Apr 15, 2014

Tahniah pemenang baju SIMPLE GA H&A



http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/03/simple-giveaway-by-h.html



Tahniah kepada peserta no 28 blog ierahluvie , baju sudah di post semalam, harap anda suka! nak tahu pemenang yang lain boleh klik sini