Jan 20, 2024

Kolam Mandi di Kampung Cegar Bidor, Perak Review

 


Hi semua,

Tak sangka dekat kampung pun ada kolam mandi, bukan satu kolam tapi ada 5 kolam. Ni nak kabor dekat orang-orang Perak yang mana tak tahu di Kampung Cegar Bidor terdapat kolam mandi untuk semua RM12 untuk dewasa dan kanak-kanak RM7. Dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang setiap hari . Nak sampai ke sini waze sahaja Kolam Mandi Kg Cegar, tak jauh pun dari pekan Bidor. 


Terdapat 5 kolam mandi , 3 kolam yang open dan 2 yang tertutup (ada bumbung) . Kedalaman setiap kolam berbeza beza,2 kolam open sesuai untuk kanak-kanak dan pastikan anda melihat anak-anak kecil semasa bermain air. Makanan dibenarkan masuk tetapi bayaran RM2 per head. Pendapat saya sebelum datang dah sesiap makan di luar kerana makanan yang dijual hanya makanan ringan . Sewa pelampung juga ada untuk kanak-kanak average dalam RM10 sehingga RM15. Surau dan toilet juga disediakan dan sangat selesa dan bersih untuk penghujung .


Air kolam yang berbumbung sangat sejuk berbanding yang open . Kolam ini sesuai untuk dewasa untuk berenang, sebab tak panas dan tak ramai berbanding di luar . Homestay juga disediakan untuk bermalam cuma tak pasti harga penginapan . Yang nak tinggal di homestay korang bolehlah hubungi Admin (016-553 5079).






1 comment:

  1. Swimming pool ni memang betul-betul terletak dalam kampung ke ? Wahh mesti best laa penduduk kampung cegar ni. Swimming pool pun bukan biasa-biasa tu . Siap ada gelongsor . Anak-anak mesti happy dapat datang sini

    ReplyDelete