Dec 16, 2023

Fun Dive di Kampung Salang Pulau Tioman



Hi semua, 

Setiap tahun pasti saya akan bercuti ke Pulau tahun lepas bercuti di Pulau Redang , kalini kita tukar angin ke negeri Negeri Pahang iaitu Pulau Tioman semasa bulan kemerdekaan lepas . Pulau Tioman bersempadan dengan Negeri Johor dan Pahang disebabkan itu jeti paling dekat adalah di Jeti Mersing dan Jeti Tanjong Gemok untuk ke Pulau Tioman. 

Saya memilih untuk tinggal 3 hari 2 malam di Kampung Salang.Selain di Kampung Salang, terdapat beberapa tempat yang boleh anda tinggal seperti :

  • Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung ABC ,Kampung Genting dan Kampung Paya


Saya pergi naik bas di TBS bertolak pada pukul 11.30pm dan sampai di Jeti Mersing pada pukul 5.30am , sebelum subuh dah sampai. Lepas tu pergi Mersing Harbour Centre untuk solat subuh di surau. Kaunter untuk collect boarding pass dibuka seawal 7am. Saya pergi pada bulan kemerdekaan sebulan sebelum pergi dah beli tiket feri sebab public holiday, risau full. Untuk tiket feri bagi dewasa RM123.60 pergi dan balik dari Jeti Mersing mengambil masa 2 jam . Tiket ferry booking online di  bluewater.my  dan online check in before pergi. Nanti sampai kaunter dekat Mersing Pear Harbour Centre cuma collect boarding pass dan buat pembayaran marine park . Cara nak pergi ke Pulau Tioman boleh klik ni > https://vt.tiktok.com/ZSNbnJH7u/  



Saya tidak ambil pakej  hanya book penginapan 2 malam di Salang Pusaka Resort .Resort ini berdekatan sahaja dengan jeti dan Scubanaut Dive Centre  untuk para penyelam sangat sesuai untuk book di Resort ini. Pada mulanya saya whatsapp admin dive centre untuk fun dive dan mereka maklum ada juga disediakan penginapan . Untuk makan dan minum terdapat kedai makan berhampiran bagi yang tidak mengambil pakej makanan di Resort . Bagi saya makanan senang untuk dapat di Kampung Salang . 



Untuk penginapan bagi saya sangat selesa ada aircond dan peti ais disediakan. Harga penginapan RM170 sahaja semalam untuk bilik 2 orang (twin room). dan saya dapat harga Fun dive RM90/dive . Bestnya masa saya pergi tahun ini pada 31 Ogos ada fireshow dan firework! Current semasa dive agak kuat disebabkan cuaca tak menentu pada waktu tu tapi coral cantik sangat dekat Fan Canyon dan Malang Rock dive site. 



Selain menyelam banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Tioman seperti snorkeling , mandi laut dan jungle trekking. Best time untuk bercuti adalah pada bulan May sehingga September . Tioman akan ditutup pada bulan December sehingga Februari semasa musim monsoon . 

5 comments:

  1. Pulau Tioman ni termasuk di dalam wish list saya...

    ReplyDelete
  2. Bestnya awak berani dive, boleh tahan murah harga resort kat sana..berbaloi lah pergi peak day harga still murah, kalau pulau lain tak jumpa harga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, harga penginapan bagi saya murah , booking awal jer risau full

      Delete
  3. Fuhh sambil menyelam boleh tgk kehidupan dalam laut ni ya Allah best sangat kan . Tapi CCL tak pandai berenang apatah lagi nak menyelam ke dasar laut .

    ReplyDelete