Penggemar steak mesti tahu restaurant terkenal Salt Bae (Nusr-Et Steakhouse) yang terbaik di Dunia . Gaya memotong daging dan menabur garam itulah yang membuat kan Chef Nusret terkenal dan menjadi viral. Banyak selebriti terkenal datang ke restaurannya yang berada di Istanbul , London, Dubai, Saudi Arabia serta negara lain.
Dekat Malaysia lagi saya dah plan kalau datang Istanbul nanti mesti nak singgah dan makan steak di Nusr-Et. Saya tak sangka dapat masuk ke Restaurant Salt Bae yang sangat exlusice , mewah dan yang pasti sedap di Istanbul. Tercapai jugak hayat saya dan rakan dapat makan Tomahawk steak.
Harga Tomahawk di Nusr-ET
Ramai yang menjangkakan makanan di Salt Bae terlalu mahal sebenarnya mereka ada menawarkan harga yang rendah sehingga yang tinggi. Salt Bae di Turki harga lebih murah berbanding di London jadi kalau anda pergi ke negara lain harga tidak sama. Kami mengambil pesanan Tomahawk berharga 1050 lira (RM240) dan burger berharga 180 lira (RM42) . Total bayaran bill 1250 lira sahaja dan pasti sangat berbaloi untuk kami dan kemungkinan sekali seumur hidup dapat merasa makan di Nusr Et . Saya dah rakan nak menangis dapat makan daging yang tersangat lah sedap, lembut dan juicy .
No comments:
Post a Comment