Mar 14, 2024

Epitome Siti Nurhaliza - Tak sangka dapat jugak tengok Tokti depan mata

 


Bukan senang nak dapat tengok Konsert Siti Nurhaliza tahun ni . saya antara yang berjaya battle masa beli tiket Tokti. Teringat  bulan december lepas pukul 2pm dah duduk depan laptop masa tu dekat pejabat line sangat slow, dari pukul 2 sampai pukul 4pm saya tunggu giliran untuk masuk dan berjaya masuk masa tu nak ambik tiket bronze jer sebab murahkan . Tapi peminat Siti Nurhaliza desup habiskan semua , masa tu tinggal Gold sahaja . Nak tak nak berjaya dapat 2 tiket dengan banyak kali payment sangkut dekat atome, last2 guna kredit card baru berjaya . 

Hari yang ditunggu pun tiba pada 9 Mac 2024 . saya pergi axiata sorang sahaja naik LRT sebab adik tak dapat join , satu tiket saya jual. Pukul 6.45 saya dah sampai , lepas tu terus pergi solat maghrib di Surau LRT Bukit Jalil. Pukul 7.30 macam tu baru gerak ke Axiata Arena . Masa tu tengok ramai peminat Tokti ada yang bawak keluarga, pasangan dan kawan-kawan . Scan sahaja code dekat tiket alhamdulilah lepas masuk terus beli air dulu sebelum masuk hall . Nak beratur beli air mineral yang RM6 tu pun lama ya beratur, ramai sangat orang . Lepas tu saya dapat cari section saya 306 dan seat B nombor ikut jer dekat tiket . Rupenya seat saya betul- betul depan sekali dekat dengan tiang  . Orang sebelah ada tanya nak tukar dengan kawan ke adik die yg seat tengah atas sikit so nak tengok stage oklah dari seat bawah tu . Saya pun ok jerlah tukar lebih selesa lah seat tu dapat tengok jelas Siti Nurhaliza kat bawah tu .


Bermula lah konsert epitome Siti Nurhaliza, lebih 10 ribu orang menjerit dan bergema Axiata Arena . Tokti yang pakai baju warna biru tu dari jauh dah nampak terang menerang . Intro dengan lagu Lebih Indah (Di sekelilingmu ada dinding dinding ....) . Epitome Saya Siti Nurhaliza ni peminat dapat tengok perjalanan karier Siti sepanjang tempoh 28 tahun . Siti bawakkan 36 lagu termasuk medley sepanjang konsert yang berlangsung 3 jam . 


Siti Nurhaliza juga menunjukkan solidariti terhadapat rakyat Palestin dengan menyanyikan lagu Oda bumi anbia dan lagu kegemaran saya Salju kasihnya . Busana gaun Tokti semuanya cantik . Lagu paling susah dari Tokti Kurniaan dalam samaran menjadi pilihan buat peminat . dasyat lagu ni rasa Siti Nurhaliza yang boleh bawakan lagu tu perfect sangat. 



Artis undangan yang tidak disangka , Judika tampil sebagai artis undangan menyanyi lagu Duet . Bermula dengan Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisahku Inginkan . Judika belanja satu lagu untuk kami Mama Papa Larang. Untuk slot terakhir, syamel pun ada sebagai artis undangan menyanyi dengan Siti lagu Kalau berkasih .


Lagu tradisional mestilah ada, Lagu cindai, joget senyum memikat , nirmala, mahligai permata dan kurik kundi . Tak sangka umur Siti Nurhaliza yang dah masuk 45 tahun, masih bertenaga dan suara power . Bagi yang tak dapat berebut tiket haritu jangan risau Siti dan umumkan akan buat konsert akan datang pada bulan Ogos . 

Jan 24, 2024

Teracun beli Kayman Blumarine Hydrating Ampoule

 



Siapa tak kenal Nisha Izzati , dari dulu saya tengok video review skincare atau makeup Nisha , best sangat review dia sebab kita ni tak lah pandai sangat nak jaga muka ni, tak sangka dia Comeback. Nisha review dekat Youtube yang dia dah guna sampai 4 botol Kayman Blumarine Ampoule dan kesan dia sangat sangat bagus. Oleh itu saya pun beli dan dah guna for this week . Kayman HQ sangat pantas ya delivered tak sampai 2 hari barang sampai dekat rumah . Harga asal Blumarine Ampoule RM75 tapi saya dapat harga promotion RM63 terus grab.

Kenapa perlu beli Kayman Bluemarine Ampoule

  • 1st gredient adalah Deep sea water  (air laut dalam sebagai base)
  • Mengandungi 3 jenis hyaluronic acid yang membuatkan kulit rasa hydration
  • Mengandungi 7 Jenis seaweed Extract
  • Boost hydration , minimize pores  dan control sebum
  • Tak melekit langsung , bila pakai macam letak air laut dekat muka
  • Sesuai untuk sensitive skin, oil dan dry skin (suit  all skin types)
  • Improve skin texture
  • mengurangkan jerawat dan jeragat kulit

Full Ingredient :
Sea Water, Methylpropanediol, Betaine, Water, Hydroxyethyl Urea, 1,2-Hexanediol, Succinic Acid, Pentylene Glycol, Sodium Hydroxide, Panthenol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Xanthan Gum, Adenosine, Allantoin, Hyaluronic Acid, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Tocopherol, Hydrolyzed Collagen, Propylene Glycol, Chondrus Crispus Extract, Codium Tomentosum Extract, Enteromorpha Compressa Extract, Macrocystis Pyrifera (Kelp) Extract, Ecklonia Cava Extract, Gelidium Cartilagineum Extract, Laminaria Japonica Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Pearl Extract

Free Of: Parabens, Mineral Oil, Phthalates, Drying Alcohol, Synthetic Fragrances & Dyes.

Jom cantik sebelum raya dan layari Kayman Beauty website untuk more details .

Jan 20, 2024

Kolam Mandi di Kampung Cegar Bidor, Perak Review

 


Hi semua,

Tak sangka dekat kampung pun ada kolam mandi, bukan satu kolam tapi ada 5 kolam. Ni nak kabor dekat orang-orang Perak yang mana tak tahu di Kampung Cegar Bidor terdapat kolam mandi untuk semua RM12 untuk dewasa dan kanak-kanak RM7. Dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang setiap hari . Nak sampai ke sini waze sahaja Kolam Mandi Kg Cegar, tak jauh pun dari pekan Bidor. 


Terdapat 5 kolam mandi , 3 kolam yang open dan 2 yang tertutup (ada bumbung) . Kedalaman setiap kolam berbeza beza,2 kolam open sesuai untuk kanak-kanak dan pastikan anda melihat anak-anak kecil semasa bermain air. Makanan dibenarkan masuk tetapi bayaran RM2 per head. Pendapat saya sebelum datang dah sesiap makan di luar kerana makanan yang dijual hanya makanan ringan . Sewa pelampung juga ada untuk kanak-kanak average dalam RM10 sehingga RM15. Surau dan toilet juga disediakan dan sangat selesa dan bersih untuk penghujung .


Air kolam yang berbumbung sangat sejuk berbanding yang open . Kolam ini sesuai untuk dewasa untuk berenang, sebab tak panas dan tak ramai berbanding di luar . Homestay juga disediakan untuk bermalam cuma tak pasti harga penginapan . Yang nak tinggal di homestay korang bolehlah hubungi Admin (016-553 5079).






Giveaway Sampul Raya Rare 2024



Jom join GA dari Blog Cuya . Comel-comel sampul raya ni .

Jan 19, 2024

Japanese Grill di Yakiniku Kuro Review

 


Hi semua, 

Minggu lepas saya dapat menikmati Daging Grill di Yakiniku Kuro di IOI City Mall 2  berdekatan dengan Cinema GSC IOI 2 , Level 3 . Selain IOI City Mall terdapat branch baru dibuka di TRX Exhange dan juga One Utama . Siapa peminat daging grill anda semua wajib cuba ya , sumpah sedap sangat-sangat . Banyak pilihan daging  yang boleh korang pilih, saya ambil Prime Angus Combo (Harami & Rosu Set Meal (200gram)) yang berharga RM66.90 . Set ni anda akan dapat nasi , kimchi or salad (boleh pilih) , miso soup dan dipping sauce. Daging anda boleh pilih nak marinate atau not marinate tapi baik korang pilih marinate lagi sedap! 

Cara nak order staff akan beri QR Code di atas meja dan scan di telefon untuk add cart menu yang korang pilih . Lepas tu submit order , bayar lepas habis makan . Paling murah korang boleh dapat set meal berharga RM34.90 untuk 100 gram . Kalau ada duit lebih boleh cuba  Japanese atau Australian Wagyu. Bagi yang single datang seorang ada disediakan seat yang sesuai, tak bawak kawan pun boleh enjoy. Saya beri 5/5 star untuk rasa dan dekorasi restauran macam dekat Japan . Nak lebih lanjut boleh layari https://www.yakinikukuro.com/