Pages

Jul 15, 2023

Review Kdrama Celebrity adalah Realiti Influencer

Siapa dah tengok habis Kdrama Celebrity ditayangkan di Netflix ? Sisi gelap influencer ini memang ada di masa kini. Ramai yang menjadi influencer secara tidak sihat macam drama "Celebrity" untuk glamour dan menjadi kaya.Saya menonton 2 hari sahaja untuk tamatkan 12 episod kdrama yang sangat superb yang dibintangi oleh Park Gyu Yong sebagai Seo Ari. Watak Ari dari awal sampai akhir memang berkeyakinan dan berpendirian . Apa sahaja ujian dan cabaran yang terpaksa Ari lalui memang dia hadap dan sampailah dia berjaya. Kalau orang lain mesti dah giveup awal tapi Seo Ari memang tidak, dia sejenis tak kisah apa pun orang buat. 

Awal permulaan cerita akan buat anda pening sikit sebab ada realiti dan flashback Seo Ari membongkar rahsia kehidupan sebagai Influencer secara live dan yang mengenali mengetahui yang Ari telah mati.  Masuk episod kedua dan seterusnya dah mula faham flow cerita ini. Seo Ari pada mulanya adalah anak orang kaya tetapi tiba-tiba ayahnya muflis dan menyebabkan keluarga Ari hidup seperti orang biasa . Tapi dia terjumpa kawan sekolahnya yang famous mengingatkan dia masih kaya. Paling tak sangka dia pulak mendapat followers yang banyak selepas membuka akaun Instagram dan menjana pendapatan sebagai Instafamous dan meniaga baju online . 

Kang Min Hyuk yang dah lama tak berlakon tak sangka comeback untuk watak Han Jun Kyung adalah CEO Company Cosmetic yang kaya raya . Teringat dulu dia berlakon drama Heirs masa tu baru berumur 22 tahun dan sekarang membawa watak utama.  Drama ni tak banyak romance scene antara Ari dan Jun Kyung tetapi watak dia sangat lah best sebab dalam diam dia antara yang membantu dan menyokong apa sahaja yang Ari buat. Drama ni  memang kena fokus sebab banyak watak supporting yang perlu anda tahu dan penting sebab berkaitan sampai akhir episod.

Diakhir drama ada plot twist yang tak disangka. Saya bagi 8/10 untuk Celebrity . Antara the best drama untuk tahun ini. Semoga ada season 2 sebab tak puas tengok sebab laju drama ni episode pun 12 sahaja. Lepas tu harap banyak scene Ari dengan Jun kyung sebab chemistry dah Ok. 

Selamat menonton.

1 comment:

  1. Tak tengok lagi drama ini.. Ramai cakap best.. Nantilah cuba.. kikiki..

    ReplyDelete